Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Sunday 5 August 2012

Cerita #1: Shopping; ganjaran dan jenama

Shopping; satu ganjaran kepada kita yang penat bekerja.
Setuju? Pada awalnya saya tak beberapa suka dengan kata-kata ini sehinggalah kini – yang mana saya abadikan hidup ini dengan bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal. Selama ini saya anggap shopping barang-barang yang mahal dan tak patut adalah membazir. Bayangkan, kita boleh dapat sesuatu barang tu dengan harga yang murah daripada beli barangan berjenama dan mahal; kini, saya ada pemikiran yang lain. Kini, saya faham apa maksud kawan-kawan saya yang gemar membeli barang berjenama.
KEPUASAN.
Di pendekkan cerita. Semalam saya mula start shopping raya. Bajet adalah dalam beberapa ratus saja.  Dapatlah beli sepasang kasut dengan harga yang murah. Kemudian, misi mencari beg tangan, saya sengaja jalan-jalan di bahagian yang menjual beg berjenama dan saya jatuh cinta dengan satu beg BONIA. Tengok harga RM6++. Sudah tentulah saya tak mampu nak beli. Harga tu separuh dari gaji bulanan saya. Jadi, saya keluar dari kedai itu dengan hati yang kecewa.
Tetapi untuk memujuk hati saya, saya pergilah ke kedai yang jual beg yang murah. Memang tak dinafikan ada juga beg yagn cantik di mata saya tapi hati saya dah jatuh cinta dengan beg BONIA tadi. Balik rumah saya pun cerita pada ibu saya.
IBU: Kalau dah suka beli ajelah.
Saya: Separuh gaji tu harganya!
Ibu: Tak apalah. Kumpul duit.
Saya: Ibu tak rasa membazir ke?
Ibu: Membazir apanya. Kamu tu guna beg sampai hancur lunyai baru tukar. Tu beg yang kamu guna tu, dah setahun lebih kamu guna, sampai dah tak rupa beg dah. Kalau beli yang harga RM 6++ kira berbaloi juga guna sampai lunyai. Lagipun inilah masanya nak dapat kepuasan lepas bekerja.
Saya: Ohhh… ibu…
Lepas saja dengar komen ibu, saya terus bernekad untuk kumpul duit beli beg tu! Betul kata ibu, kadangkala diri ini juga mahu kepuasan selepas penat bekerja. Bukanlah bermaksud hendak membazir tapi seolah-olah menghadiahkan diri sendiri dengan barang yang kita inginkan.
So! Mulai hari ini saya perlu mengumpul duit beli beg 

No comments:

Post a Comment