Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Thursday, 26 April 2012

Haruman Cinta - Bab 7



“Hahaha… senang je nak buat awak menangis ye.”
“Bos ni!” Aku terus menarik muka.
Ada ke patut seksa aku dengan suruh baca surat naik pangkat dalam keadaan aku yang tangisan. Ingat ini drama Korea ke? Nasib baiklah bukan dalam rancangan Just Kidding. Kalau tak, memang hari-hari aku pergi kerja pakai topeng Spiderman.  
“Itu balasan asyik tipu MC.”
“Saya baru buat sekali jelah bos. Orang lain tu berkali-kali tak ada pun bos nak ambil tindakan,” balas aku spontan sambil mengesat saki baki air mata. Sumpah! Sampai bila-bila pun aku takkan lupa peristiwa pahit-manis ini.
“Alhamdulillah, terima kasih bos,” aku mula mengucap kesyukuran. “Tapi saya masih peliklah bos. Bukan ke jawatan ni dah diisi oleh Kak Nora? Lagipun saya dengar Encik Azman yang letak jawatan.”
“Awak ni, bukan ke saya dah kata dulu. Jangan asyik duduk buat kerja kat meja tu nanti jadi beku. Satu tempat kerja dah kecoh hal ni.”
“Hal apa bos?” soal aku.
“Pergi cairkan air batu dalam kepala awak tu,” arah Encik Alias macam malas hendak layan aku dah. Tapi dari cara dia tadi, aku tengok dia memang mengelak jawab soalan aku tadi. Tak mengapa. Aku ada sumber yang gerenti akan cakaplah. Siapa lagi kalau bukan Tiara. Dia tu semua rahsia yang berlaku di tempat kerja dia tahu.
“Err… sekali lagi bos. Terima kasih sebab percayakan saya,” aku ucap lagi.
“Jangan ucapkan terima kasih kepada saya. Kalau diikutkan hati memang saya tak nak lepaskan awak kat sesiapa pun. Tapi demi cut cost, saya terpaksa korbankan awak,” jawab bos selamba.
Ayat, memang tak boleh tahan! Mujurlah aku kenal bos aku macam mana orangnya.
“Dan sebab tulah saya suruh awak ajar Zana bancuh kopi untuk saya. Kalau awak tak ada nanti siapa pula nak buatkan saya kopi?”
Aduhai, ini ke bos aku? Manja bukan main.
“Zana!” jerit Encik Alias sehingga mengejutkan aku.
Apa hal pulak panggil Zana ni.
“Ya, Encik Alias,” jawab Zana terus berdiri di hadapan pintu pejabat Encik Alias.
“Tolong buat tempahan tempat kat Pizza Hut. Malam ni kita raikan kenaikan pangkat Harum kat sana. Saya nak semua orang hadir, kalau tak hadir, diorang kena tanggung semua kos makan nanti. Pendek kata, gaji kena potong sebab membazir!”
“Malam ni?” Zana menggaru kepala.
“Ya. Malam ni.”
“Tapi Encik Alias, mana saya sempat nak buat….”
“Itu saya tak peduli. Cepat buat sekarang!”
“Baik,” selepas menurut perintah Zana kembali ke tempatnya.
“Hah, apa lagi tunggu? Cepat senaraikan kerja kamu dan beri kepada saya esok. Saya nak suruh Liyana ganti kerja kamu buat sementara waktu,” kata Encik Alias.
“Okey,” balasku pendek terus berlalu keluar dari bilik Encik Alias.
Baru sahaja aku keluar, nama aku dipanggil Zana.
“Kak Harum,” panggil Zana sambil melambai-lambai aku.
Sah. Budak ni mesti nak apa-apa.
“Harum! Jangan tolong Zana tu. Biar dia berdikari sendiri!” pekik Encik Alias dari dalam pejabatnya menyebabkan langkah aku terbantut.
Serentak itu Zana menarik muka. Aku sekadar tersenyum. Nasiblah kau Zana dapat bos yang prihatin dengan prestasi kau. Aku terus kembali ke tempat dudukku tanpa pedulikan Zana. Pada mulanya aku biarkan sahaja si Zana tu. Tapi sepuluh minit kemudian, aku rasa tak tenang. Melihat Zana yang macam buntu hendak buat apa, teringat zaman aku muda-muda dulu. Masa pertama kali aku ditabalkan menjadi kuli Encik Alias. Macam itulah situasi aku dulu.
Panik apabila pertama kali aku disuruh uruskan sesuatu. Nak mintak tolong, aku tengok semua orang tengah tekun buat kerja masing-masing. Dia orang semua macam tak ada perasaan bila Encik Alias terpekik panggil dan marah aku bila buat salah.
Terkenang sahaja pengalaman pertama aku bekerja di bawah Encik Alias, aku terus mencapai pen dan kertas. Aku tak mahu jadi seperti mereka yang tak pedulikan aku dahulu. Mungkin ini tradisi tapi sampai bila tradisi membiarkan seorang pekerja baru terkontang-kanting cari jalan penyelesaian kerja yang belum pernah dia lakukan sebelum ini.
Aku terus tulis:
Sebelum booking tempat; ni perkara penting yang perlu ditanya kat bos:
1.      Restoran pizza yang mana. Dekat atau jauh. Bos cerewet, walaupun Pizza Hut tu sama rasanya tapi ada juga restoran Pizza Hut yang dia tak suka.
2.      Tanya sama ada nak ajak sesiapa tak. Pengurus bahagian lain ke.
3.      Tanya bos tentang menu. Sebelum tanya, check dulu website Pizza Hut. Menu baru wajib tahu sebab bos cerewet, dia tak suka makan menu yang lama. Kadangkala, kalau tak ada menu baru dia boleh buat keputusan tukar makan kat tempat lain.
4.      Lepas confirm semua, baru telefon pizza untuk booking tempat.
5.      Booking tu macam biasalah.
6.      Bila dah settle semua baru maklumkan kepada semua orang. Jangan lupa bagi warning ya.

Selesai menulis, aku terus keronyokkan kertas itu dan golekkannya ke arah kerusi Zana. Zana yang tengah menggaru kepala memikirkan tindakan yang perlu dibuat terus tersedar. Dia pandang aku. Aku bagi isyarat. Dia ambil kertas yang dikeronyokkan aku tadi. Dibukanya dan aku lihat dia mengukir senyuman. Separuh berbisik dia mengucapkan terima kasih.
Aku sekadar tersenyum puas. Macam dah lama aku tak buat baik!

~~~~

Setibanya kami ke restoran Pizza Hut, meja dan kerusi yang ditempah oleh kami telahpun dirapatkan dan boleh memuatkan seramai 15 orang. Hari ini semua pekerja department Admin berkumpul meraikan kenaikan pangkat aku. Bangga aku pegang watak utama hari ini.
“Tahniah Kak Harum,” kata Liyana tersengih-sengih. “Nanti jangan lupa ajar tau,” tambahnya lagi seakan gusar.
Mana tidaknya, Encik Alias panggil dia tadi dan beritahu tentang apa yang perlu dia buat kalau aku tiada di department itu bulan hadapan. Awal-awal lagi dia sudah tidak puas hati sebab bertambah lagi kerja dia. Tapi hendak buat macam mana kalau dah dapat bos yang berjimat cermat. Itu sajalah cara aku tenangkan dia.
“Jangan risaulah,” aku membalas berseloroh. “Tak susah pun kerjanya,” tambah aku lagi sambil beberapa orang pelayan mula mengagihkan gelas-gelas yang berisi ais.
“Zana, awak dah jemput Encik Uzair?” soal Encik Alias dari hujung sana kepada Zana yang baru sahaja lepas berinteraksi dengan salah seorang daripada pelayan tadi.
Dengar sahaja nama Encik Uzair aku terus tersentak. Encik Alias jemput Encik Uzair? Aku cuba pasang telinga.
“Dah. Dia kata Insyallah kalau tak ada apa-apa dia datang,” kata Zana.
Dengar sahaja jawapan Zana aku menghela nafas lega. Mujurlah. Mintak-mintaklah Dato’ Omar panggil Encik Uzair bagi dia banyak kerja sampai dia tak boleh join parti aku ini. Lagipun mustahil Encik Uzair hendak datang sini. Yelah. Sanggup ke dia menghadap muka aku yang dah malukan dia semalam? Aku pasti, dia gerenti takkan datang punya.
“Assalamualaikum,” sapa satu suara.
Sekali lagi aku dikejutkan. Macam kenal saja suara ni. Jangan-jangan…
“Hah, Uzair! Jemput duduk!”
Keadaan aku sekarang, umpama watak utama dihempap batu besar saja. Apalah mimpi Encik Uzair hari ini. Aku tak pasti fius mana yang tak berfungsi dekat kepala dia. Perlu ke dia turut serta juga. Yelah, aku faham. Dia dijemput tapi dia juga ada pilihan sama ada hendak datang atau tidak. Lagipun, siapalah aku. Hanya seseorang yang berjaya menjatuhkan air muka dia saja.
“Harum, saya rasa awak perlu tahu,” Encik Alias mula bersuara. Kini semua orang tertumpu pada aku.
“Perlu tahu pasal apa bos?” aku menyoal.
Kebetulan pula aku terpandang wajah Encik Uzair tapi lantas aku memandang tepat wajah Encik Alias. Walaupun aku sudah tiada hati pada Encik Uzair tapi entah kenapa jantung aku masih berdegup pantas apabila aku pandang wajah Encik Uzair. Penyakit apakah ini?
“Kalau awak nak tahu, inilah orangnya. Orang yang gatal sebut nama awak pada Dato’ Omar untuk kekosongan jawatan setiausaha bahagian Audit tu,” terang Encik Alias.
Terkejut besar aku. Tapi aku buat muka selamba je. Tak perlu over sangat. Nanti ada pula yang mengata aku menggedik depan Encik Uzair yang bujang lagi handsome ini. Huh, tak kuasa nyah!
“Terima kasih Encik Uzair,” aku mengatur kata mengucapkan terima kasih.
Tapi sempat aku berpaling ke arah dua orang rakan sekerja di hujung sana. Dua orang pekerja senior yang sudah lama bekerja daripada aku. Puan Gayah dan Puan Kamariah. Kedua-duanya aku kenalkan sebagai musuh dalam selimut. Depan aku baik sampai pijak lipas pun takut. Tapi belakang aku, tak payah cerita. Kalau ada sahaja khabar angin yang tak baik tentang aku, dua orang itulah puncanya.
Ini bukan diskriminasi senior dengan orang muda tapi memang sejak aku masuk kerja lagi dia orang memang tak sukakan aku. Merekalah sebahagian pekerja yang pernah buat tingalkan aku sendirian buat kerja. Walaupun aku masih tidak puas hati dengan perangai mereka, tetapi aku hormat mereka sebagai pekerja lama.
Dan tadi, bila aku tengok mereka, masing-masing buat muka. Manusia. Aku sendiri tidak faham dengan keduanya. Tapi aku jenis yang tak suka duduk diam.
“Tak sangka saya jadi perhatian juga ya,” tambah aku lagi sengaja hendak memanaskan hati dua orang senior itu.
Lepas ini kalau nak cop aku sebagai perempuan murahan, perempuan gedik, silakan. Memang dah lama aku menggedik dengan Encik Uzair cuma tak dapat tangkap aje. Tapi sejak peristiwa semalam, aku dah tak heran.
“Sudah tentu. Awaklah satu-satunya perempuan yang mampu buat saya tak tidur malam,” balas Encik Uzair. Tersengih.

~~~~

“Terima kasih Encik Alias sebab belanja kami semua makan,” kata aku selepas masing-masing mengangkat kaki keluar daripada restoran Pizza Hut. Encik Alias hanya mengangguk. Kemudian aku pandang Encik Uzair.
“Dan terima kasih kepada Encik Uzair kerana sudi meriahkan suasana,” teragak-agak mulut aku menutur kata-kata. Kemudian aku mengukir senyuman. Senyuman plastik.
“Kami balik dulu,” suara-suara yang lain pula bersuara.
Kemudian barulah aku perasan ramai yang sudah mengangkat kaki. Hanya tinggal aku, Zana dan Encik Uzair aje yang berdiri di hadapan pintu masuk restoran. Encik Alias aku lihat sudah masuk ke dalam kereta dia. Beberapa minit kemudian kereta Encik Alias sudah tidak kelihatan.
“Kamu berdua balik dengan apa?” tanya Encik Uzair.
“Nanti ayah saya ambil,” kata Zana dengan lemah lembut. Kontrol ayu lagaknya. Tapi aku biarkan aja. Aku faham. Aku pun pernah muda dan aku pun pernah alami situasi begini.
“Cik Harum? Ayah ambil jugak ke?” soal Encik Uzair. Nada Encik Uzair menekankan ‘ayah’ tadi macam memerli aku pun ada. Kemudian aku lihat dia tersengih. Tersengih macam dia di meja makan tadi. Apa sahaja yang aku buat semuanya serba tidak kena. Seolah-olah macam Encik Uzair ini berdendam dengan aku.
“Hah, itu pun ayah saya dah sampai. Saya balik dulu Encik Uzair, Kak Harum,” kata Zana sambil menunjuk ke arah sebuah kereta Myvi berwarna silver berhenti tidak jauh dari mereka.
Aku mengangguk dan sekadar melihat langkah Zana ke kereta yang dimaksudkan. Kini Zana sudah pulang. Hanya tinggal aku dengan Encik Uzair. Aku menjeling jam di tangan. Hampir jam 9.00 malam tetapi ayah yang berjanji hendak ambil aku langsung tidak kelihatan. Situasi semakin menjengkelkan apabila Encik Uzair masih lagi tidak mengangkat kaki.
“Awak balik naik apa?” tanya Encik Uzair.
“Hah?” aku memberi reaksi spontan.
“Cik Harum, berapa lama awak tak korek tahi telinga? Saya tanya, awak balik dengan siapa?” tanya Encik Uzair dengan nada menyindir.
“Dengan sesiapa pun boleh,” aku jawab selamba.
Kemudian dia ketawa lucu. Serius. Aku tak faham. Kenapa dia perlu ketawa dengan jawapan yang aku bagi. Lawak ke jawapan aku tadi?
“Maaf. Saya tak dapat tahan lucu.”
Aku mengerut dahi. Langsung tak faham.
“Tak faham? Okeylah. Sebenarnya saya kesian dengan awak. Yelah, lepas habis SPM terus bekerja. Bekerja keras sampai 8 tahun baru dapat naik pangkat. Lepas tu, sampai sekarang saya tengok awak tak ada boyfriend. Pergi kerja naik bas. Balik kerja ayah ambil. Tak penat ke hidup macam tu?” soalnya dengan nada menyindir.
Sah. Lelaki ini mesti sakit hati dengan apa yang aku buat semalam. Sekarang dia hendak lancarkan perang nuklear dengan aku. Aku pula, senyap saja. Bukan tak ada idea hendak balas kembali tapi memang aku sengaja tidak mahu cari pasal dengan Encik Uzair lagi.
“Emm… saya faham kenapa sampai sekarang awak tak ada boyfriend lagi. Yelah. Saya lelaki. Mestilah saya faham. Orang lelaki sekarang ni mana suka perempuan yang tak reti berfesyen macam awak ni. Sudahlah buta fesyen, tak berpelajaran pulak tu. Kalau saya diberi percuma perempuan macam awak, saya campak lombong je terus.”
Ya Allah, berilah aku kekuatan. Apa yang dilafazkan oleh lelaki perasan di sebelah aku ini memang sengaja hendak sakitkan hati aku. Tiada apa yang boleh aku buat selain bersabar dan berharap dia akan biarkan aku keseorangan.
“Kenapa senyap? Betulkan?” soal Encik Uzair lagi.
Wajibkah aku bagi penampar? Mungkin teknik menyimbah air semalam langsung tidak berkesan ke atas lelaki perasan ini. Kalau bagi penampar mungkin tersedar agaknya.
Dia mengeluh.
“Bisu pulak? Semalam hebat sangat berkata-kata. Hari ni bisu pula. Sebenarnya saya banyak benda nak kata tapi memandangkan saya ada hal, saya simpan untuk hari lainlah. Oh ya, saya sebenarnya tak suka tinggalkan perempuan seorang diri kat tempat ini tapi saya agak malu dengan pandangan orang lain bila saya berdiri di sebelah awak. Yelah, saya ni kacak dan bila berdiri di sebelah awak rasa macam… berdiri sebelah pengemis tua.”
Aku memandang Encik Uzair. Terkejut.
“Saya balik dulu ya. Kalau boleh saya pun hendak tumpangkan awak tapi maaflah, kereta saya hanya untuk perempuan muda dan cantik saja. Selamat malam pengemis tua. Jumpa lagi nanti,” kata Encik Uzair pergi dengan senyuman sinis.
Sebaik sahaja kereta Encik Uzair hilang dari pandangan mata, aku terus terduduk di hadapan pintu restoran Pizza Hut. Teruk sangat ke aku sampai digelar pengemis tua? Hodoh sangat ke aku sampai dia boleh hina aku begitu?
Perlahan-lahan satu demi satu air mata menitik ke pipi. Aku tidak sangka begitu hina pandangan Encik Uzair terhadap aku. Bodohnya aku sebab membazir masa 8 tahun memuja lelaki seperti dia. Bodoh! Aku memang bodoh!
Aku terus menangis. Aku langsung tidak peduli dengan pandangan orang sekeliling. Perasaan sedih aku mengatasi segalanya. Biarpun aku cuba untuk menahannya dengan memujuk diri sendiri, tetapi air mata aku tetap mengalir tanpa henti.
Tiba-tiba aku terpandang lollipop. Tepat di hadapan mata aku. Dengan muka yang basah dengan air mata, aku mendongak.
“Err… lollipop ni sebagai tanda minta maaf dari patik sebab buat tuan puteri berduka. Patik minta maaf. Patik tahu patik bersalah sebab datang lambat menjemput tuan puteri. Bukan patik sengaja tapi patik sesat jalan. Jadi, sebagai tanda minta maaf, terimalah lollipop ni,” ujar Haikal di hadapan aku.
Cahaya lampu jalan yang terletak di sebelah jalan sana menganggu pandangan mata aku. Pada saat itu, aku hanya mendengar suara Haikal tapi di hadapan aku sekarang bukan Haikal tapi seorang putera raja dari kayangan datang menghulurkan pertolongan.
Perlahan-lahan bibir aku mengukir senyuman.
Sekarang aku faham. Aku faham pengemis tua seperti aku ini walaupun diherdik, dicaci dan dihina dengan manusia yang tidak reti bersyukur, tetapi aku perlu mengatakan syukur kerana masih ada lagi insan yang mulia menghulurkan pertolongan.
Ini takdir aku. Walaupun pahit, aku harus telan.
Lolipop tadi aku sambut seakan aku menyambut jodoh yang datang.
 ~~~~

Cerita yang tak diceritakan.


Mak Piah: Kau tahu ke jalannya? Kalau tak tahu bawa GPS tu. Risau mak.
Haikal: Alah, KL ni kecik je. Sesat pun kat KL jugak.
Dua jam kemudian.
Mak Piah: Hah, dah jemput Harum? (melalui telefon)
Haikal: Err… mak. Nak tanya, sejak bila Damansara Utama bertukar jadi Rawang?


4 comments:

  1. hahahah. ilike part cerita yang tak diceritakan tu.

    cerita yg makin lama makin best.*muka teruja*

    ReplyDelete
  2. hahahhahaa...bngong pnye haikal,damansara jadi rawang??

    my imagination : rse mcm haikal tu cupid,de wing,trbang prlahan2 kt harum smbil pgg lolipop -____-"

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah.. Belagak pandaii gitu la jdnya haikal.. Adeyy!! Sian harum..
    Uzair ni kuang ajor laaa.. Kasik lesson sket kt dia harum!

    ReplyDelete
  4. am loving this story so much lah cik garnet! cepat2 sambung!

    ReplyDelete