Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Friday 18 May 2012

Haruman Cinta - Bab 8



Cerita malam itu tidak habis di situ. Masuk sahaja ke dalam perut kereta yang dipandu Haikal, aku terus mendiamkan diri. Malangnya Haikal pula tidak mahu bertoleransi dengan isyarat aku mendiamkan diri. Mendengar suara Haikal yang membebel sensorong membuat aku bertambah tension. Mana tidaknya, bukan suara Haikal yang aku dengar tetapi suara Uzair yang menghina aku tadi!
Serius. Aku tension!
“Kau boleh diam tak?” tengking aku yang sudah tidak tahan lagi mendengar Haikal membebel.
Terus Haikal berhenti membebel. Sambil dia memandu dia memandang aku sebelum kembali memandang ke hadapan.
“Err… aku ada buat salah ke?” tanya Haikal teragak-agak.
Aku diam. Cuba bertenang.
“Cuba kau cakap dengan aku, kenapa kau marah-marah ni?”
Haikal terus bersuara apabila aku mendiamkan diri.
“Kalau kau marah kat aku sebab aku sampai lambat, kau patut salahkan kontraktor yang buat jalan raya ni kat Malaysia ni. Ada ke patut buat jalan macam buat roller coaster, berbelit-belit sampai otak aku yang bijak ni pun terbelit,” sekali lagi Haikal membebel.
“Apa yang kau merepek ni?” aku mula bersuara. Kali ini dengan nada terkawal.
“Aku tak merepek. Aku cakap sesuatu yang betul. Aku mana pernah merepek tak tentu pasal tapi aku hanya akan merepek kalau partner aku kat sebelah ni perasan yang aku tengah merepek. Kalau dia perasan aku tengah merepek, mesti dia akan tengking aku dan aku gembira sebab akhirnya aku berjaya buat partner aku ni bersuara. Betul tak?” tanya Haikal melemparkan senyuman.
Sabar ajelah aku dengan si Haikal bakal Lawyer yang memang terkenal dengan loyar buruknya!
“Senyum sikit,” ujar Haikal lagi.
Aku rasa macam bibir aku mengkhianati aku. Walaupun aku berusaha kakukan bibir ini daripada mengukirkan senyuman tetapi bagaikan ada satu tarikan yang membuatkan aku terus tersenyum.
“Hah, macam tulah.”
Haikal memang bermulut manis. Malangnya, baru aku tahu!
“Kau ni memang tak reti pujuk perempuan langsung. Ni. Ada ke patut bagi lollipop? Kau ingat aku ni budak kecil lagi ke?” komen aku masih lagi tidak puas hati.
Seumur hidup aku tak pernah terima lollipop daripada seseseorang walaupun masa itu aku tengah bersedih. Entah teknik memujuk zaman bilalah Haikal belajar ni. Tak romantik langsung!
“Habis, dengan status penganggur terhormat yang aku sandang sekarang, itu saja yang aku mampu bagi. Itupun nasib baiklah aku bagi lollipop. Kalau aku bagi bunga tahi ayam, kau nak tak?” balas Haikal.
“Sudahlah! Aku malas nak layan kau.”
Aku terus mengaku kalah. Kalau bercakap dengan orang yang belajar teknik-teknik loyar buruk macam Haikal ini, memang aku kalah. Aku melemparkan pandangan ke luar. Aku mengerut dahi. Ini bukan macam jalan hendak balik rumah aje. Lantas aku pandang Haikal yang meneruskan pemanduan.
“Kau nak pergi mana? Ini bukan jalan balik rumah,” soal aku.
Macam-macam sudah aku fikir. Semuanya negatif. Cuak. Entah apa yang dirancangkan oleh Haikal sekarang. Hendak bawa aku kahwin lari? Itu memang cari nahas dengan ayah aku la!
“Err….” Haikal menggaru kepalanya. Aku mula rasa macam ada sesuatu yang tidak kena.
“Baik kau cakap sekarang kalau tak aku terjun keluar dari kereta ni,” aku mengugut. Siap dengan aksi hendak buka pintu kereta lagi. Tapi janganlah paksa aku terjun dari kereta. Aku masih sayang dengan nyawa aku lagi. Siapa mahu mati dengan sia-sia?
“Okey… okey. Bertenang Cik Harum semerbak,” Haikal kelihatan panik. “Aku cuma… aku cuma,” dia sekali gagap. Sejak bilalah bakal peguam ini boleh jadi gagap.
“Cuma apa?!”
“Cuma nak bawa kau tengok KLCC!” ujarnya sambil menunjuk ke arah bangunan berkembar KLCC yang disinari cahaya indah.
“Hah?”
“Kawan aku pernah cakap, kalau nak pujuk perempuan marah-marah adalah dengan membawa dia pergi ke tempat yang cantik dan indah macam suasana bangunan KLCC tu. Itu adalah salah satu cara yang paling berkesan bagi seseorang yang bergelar penganggur terhormat,” ujar Haikal.
Buat seketika aku terdiam. Dalam masa yang sama aku lihat Haikal mengukir senyuman sambil mengenyit sebelah matanya.
Ya Allah! Kenapa aku rasa macam Haikal tengah curi hati aku?

~~~

Haikal memberhentikan kereta di tepi jalan berhadapan dengan bangunan KLCC. Aku yang pada awalnya malas hendak keluar kereta terpaksa juga keluar sebab Haikal tutup air cond dan enjin kereta. Sudah tentulah aku tak dapat bernafas di dalamnya nanti. Terpaksalah menemani Haikal yang bersandar di tepi kereta memerhati keindahan KLCC pada waktu malam.
“Kau tahu tak, kenapa KLCC tu ada dua bangunan?” tanya Haikal
“Sebab orang yang rekanya nak buat dua bangunan,” jawab aku.
“Salah.”
Jawapan yang aku sudah dapat agak. Kalau aku jawab mesti salah punya. Mana ada yang betul. Nanti mulalah ayat-ayat loyar buruk dia. Mari kita dengar apa jawapan Haikal The Loyar Buruk ini!
“Jawapannya, sebab ada dua huruf C,” jawab Haikal.
“Ohh… pandainya. Kenapalah aku tak pernah terfikir selama ni?” balas aku sambil bertepuk tangan. Haikal sudah menunjukkan muka berlagak.
“Sebab kau tak pernah ambil peduli dengan apa yang berada di hadapan mata kau,” balasnya dengan nada berseloroh. Aku menjeling tajam. Ini macam hendak cari gaduh dengan aku aje.
“Haikal, buat pengetahuan kau, aku ni orang Kuala Lumpur. Lahir di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Buat pengetahuan kau juga, boleh dikatakan hari-hari aku nampak KLCC ni. Perasaan teruja tengok KLCC ni dah biasa kau tahu tak?”
“Kau nampak jejantas yang menghubungkan kedua bangunan tu?” tanya Haikal.
“Mata aku tak rabun lagi.”
“Kau tahu kenapa mesti ada jejantas tu?”
“Sebab senang orang yang dari bangunan 1 pergi ke bangunan 2. Kalau tak ada lecehlah kena ambil lif turun ke bawah, lepas tu menapak pergi ke bangunan sebelah. Kena naik lif lagi. Jadi ia direka untuk memudahkan…,” aku terus berhenti bersuara.
Bukan sebab aku tidak mempunyai idea atau idea aku tadi salah tetapi aku mula memahami sesuatu. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran aku.
“Setiap manusia juga memerlukan seseorang bukan sahaja untuk berkongsi kegembiraan tetapi marah, sedih, geram. Dengan cara itu, secara tidak langsung kita boleh membina jejambat macam KLCC tu. Kesimpulannya, kalau kau rasa nak luahkan sesuatu yang menyesakkan kepala, aku sentiasa akan berada di sisi kau.”
Aku pandang dia. Dia pandang aku. Lama. Sampai bibir aku kelu hendak berkata-kata. Otak aku macam kosong. Macam baru kena “cuci” pun ada. Jantung aku yang normal tadi tiba-tiba sahaja berdegup kencang. Aku langsung tidak menyukai perasaan ini! Tak boleh! Aku tak boleh terus begini. Kalau tidak aku akan jatuh ke lembah hati seorang lelaki loyar buruk ini. Tidak. Aku perlu bertindak sekarang!
“Jom kita balik,” aku bersuara cuba melarikan diri dari mata Haikal.
“Err…,” sekali lagi Haikal jadi gagap.
“Dah malam ni. Aku tak nak ibu dan ayah aku risau,” jawab aku memberi alasan.
Kemudian baru aku perasan. Tiada langsung panggilan mahupun SMS yang aku terima daripada ibu dan ayah aku. Pelik. Mana tidaknya. Dahulu, kalau aku balik lambat sikit hampir berpuluh-puluh kali aku terima panggilan daripada ibu ataupun ayah yang suruh aku balik. Ajaib sungguh!
“Tapi….”
“Cepatlah buka pintu ni. Kau nak balik ke tak nak?”
“Mestilah nak.”
“Kalau nak, apa tunggu lagi?”
“Kau nak dengar cerita pasal seekor lembu tak?”
Haikal nampak macam cuba menyembunyikan sesuatu. Ini tak boleh jadi!
“Haikal,” panggil aku lembut.
“Kisahnya macam ni. Pada suatu hari, ada seekor lembu….”
“Haikal!” tengking aku.
“Okey, aku mengaku. Aku tak tahu jalan balik rumah,” jawab Haikal serta-merta.
“Hah?”
Dia tersenyum seperti seekor kambing yang perasan bijak!
Sabar ajelah.

~~~

Aku menghempas tubuh yang keletihan di atas katil. Satu hari yang memenatkan. Bukan sahaja fizikal tetapi mental pun penat juga. Mana tak penat. Sudahlah kena ceramah dengan Encik Jimat Cermat. Tidak cukup dengan itu, Uzair pula menghina aku dan tadi Haikal pula buat hal. Arrghhh!! Kenapalah hari ini aku kena berhadapan dengan tiga orang lelaki yang memeningkan kepala?
Kalau hal ini berterusan, habislah aku.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari handset aku. Sah. Ini tak lain tak bukan mesti Haikal. Entah apa pula kali ni? Tak dapat cari jalan balik ke rumah? Itu memang nak suruh aku kejar dia dengan parang malam-malam ini agaknya.
Aku cuba abaikan panggilan itu tetapi handset aku tetap berdering. Dengan malas aku mencapai. Bila aku pandang skrin handset aku mengerut dahi. Nombor yang tidak dikenali? Kalau tidak silap aku ada simpan nombor handset Haikal. Rasanya ini bukan Haikal.
“Hello,” aku menjawab panggilan.
“Assalamualaikum Harum,” sapa si pemanggil.
Amboi, ustaz mana yang telefon aku malam-malam buta ni? Aku yakin. Ini bukan Haikal. Kenapa aku yakin? Sebab aku memang yakin.
“Waalaikumsalam. Siapa ni?”  Aku langsung tidak dapat agak.
“Ini saya, Uzair.”
Berderau darah aku apabila Uzair perkenalkan dirinya.

6 comments:

  1. Tu diaaaaaa.. Lamanya harum menghilang??
    Apa la haikal ni.. Da tatauu nak wt2 pandai jugak..
    Pity harumm.. Tu apa plak uzair nak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mizz acu,
      Harum terpaksa menghilang lama disebabkan ada tuntutan kerja. terima kasih kerana setia menanti.

      Delete
  2. agaknya nak kutuk harum lagi kot sebab ada laki yang ambik dia balik...
    tak puas lagi kutuk masa nak balik tadi...

    ReplyDelete
  3. hah! sudah. apa pulak lah yg si Uzair ngot nget tu nak. mencik..mencik.hahaha

    ReplyDelete