Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Wednesday 8 August 2012

Haruman Cinta: Bab 19




Alhamdulillah. Aku tak dipecat.
Aku tak tahu apa yang dah berlaku. Bagi aku ini merupakan satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Hidup aku yang terumbang-ambing beberapa hari lalu kini bertukar serta-merta. Aku bagaikan sedang melangkah masuk ke istana yang cantik. Hati aku yang gundah gulana sebelum ini, terasa lega seleganya. Beban yang aku tanggung sudah tiada lagi.
Aku sudah bebas. Bebas daripada masalah yang memeningkan kepala aku. Kalau beberapa hari yang lalu, aku fikirkan masa depanku, bagaimana hendak beritahu ibu dan ayah tentang pemecatan aku, dan kini, tidak lagi. Masalah itu pergi dengan begitu saja. Aku balik ke rumah dengan tenang.
Aku ingat aku balik rumah ingin beri ibuku kejutan dengan cerita-cerita aku ini. Mana mungkin aku hendak berahsia dengan ibu. Ibu adalah kawan aku sejak kecil dan apa-apa cerita (selalunya cerita yang dah basi) yang berlaku, aku akan berkongsi dengan ibu. Namun, niat aku hendak beri kejutan pada ibu, tak menjadi tapi sebaliknya aku pula yang terkejut.
Ada dua sebab aku terkejut. Pertama, sebaik aku sampai rumah aku dikejutkan dengan kehadiran kereta ayah. Ini bermakna ayah tak bekerja dan ada di rumah. Kemudian, mata aku terpandang satu kereta yang sangat-sangat aku kenali. Mana tidaknya, aku sudah banyak kali naik kereta itu. Tidak lain tidak bukan, itulah kereta Uzair!
Menyedari kereta Uzair ada di depan rumah aku, aku terus masuk ke dalam. Tanpa beri salam, aku terus redah pintu rumah yang terbuka sedikit itu.
“Harum,” kata Uzair terkejut.
Aku lihat ibu dan ayah. Mereka juga terkejut lihat aku. Aku perasan ibu tengok jam dinding. Aku tahu, ibu terkejut bila tengok anak perempuannya yang bekerja sekarang, tiba-tiba ada di hadapan mata mereka. Ayah pula, sukar hendak tafsirkan. Ayah memang nampak terkejut tapi sekejap saja. Lepas tu dia buat muka selamba dan kembali memandang Uzair.
Belum aku sempat hendak bersuara, ibu bangun dan menarik aku ke dalam bilik. Aku cuma menurut. Sampai saja dalam bilik, ibu menutup pintu dan menguncinya sekali. Aku duduk di atas katil sambil memandang ibu yang nampak terkejut.
“Harum tak kerja ke hari ni?” tanya ibu.
“Itu tak penting ibu. Apa yang Uzair buat kat sini?” Aku mula menyoal. Tak sabar-sabar lagi hendak mengetahui jawapan dari mulut ibu.
Namun, bukan itu yang aku dapat daripada ibu sebaliknya tangisan ibu yang tiba-tiba sebak. Ibu terus memeluk aku kuat-kuat. Aku jadi blur. Ini kali pertama aku tengok ibu sedih. Tangisan ibu buat aku tertanya-tanya. Apa sebenarnya sudah berlaku? Apa Uzair dah buat sampai buat ibu menangis? Takkanlah Uzair beritahu yang kami bergaduh!
Tapi aku buang jauh-jauh soalan-soalan yang menganggu itu. Aku terus tumpukan perhatian terhadap ibu dan cuba mententeramkan ibu. Cubaan pertama aku memujuk ibu, lagi membuatkan ibu bertambah sedih. Tidak lama kemudian, ibu kembali tenang. Dia melepaskan pelukan eratnya dan memandang aku dengan mata yang berair.
“Ibu tak sangka... ibu tak dapat bayangkan...,” kata ibu tersekat-sekat.
Aku semakin cuak. Entah kesalahan apa yang aku sudah buat sampai buat ibu menangis.
“Ibu... kenapa?”
“Ibu tak sangka anak ibu dah besar. Rasanya macam baru semalam ibu melahirkan kamu dan hari ini....”
“Hari ni... apa?”
Ibu memandang aku. Tiada lagi wajah kesedihan yang aku lihat tapi aku lihat senyuman ibu. Aku mula menganggak. Hanya satu saja yang aku fikir dalam kepala aku sekarang.
“Uzair... takkan dia....”
Belum sempat aku ingin teruskan kata-kata aku, ibu memeluk aku lagi sambil mengucapkan tahniah. Sah! Uzair lamar aku!

~~~

“Kalau Harum setuju, ayah dan ibu pun setuju,” kata ayah tidak lama selepas Uzair balik.
Aku masih lagi tidak percaya. Ini semua seperti satu kejutan yang mendadak bagi aku. Aku dengannya belum lagi berada ditahap serius dan keputusan Uzair melamar aku sesuatu yang tak dijangka. Dia buat keputusan tanpa berbincang dengan aku. Kini, sekali lagi aku berada dalam dilema.
Harum masih terkejut. Beri Harum masa untuk fikirkannya,” jawab aku.
Ayah mengangguk.
“Harum fikirlah masak-masak. Ayah tengok dia pun memang serius dengan keputusan dia,” kata ayah yang kemudiannya meninggalkan aku dengan ibu dalam bilik.
Kalau ayah dah kata begitu, kenapa aku perlu ragu-ragu ya tak? Tapi, walau apa pun aku perlukan masa untuk memikirkannya. Aku perlu berjumpa dengan Uzair terlebih dahulu dan minta penjelasan dia. Sekurang-kurangnya aku hendak dengar dari mulutnya sendiri.
“Ibu rasa macam mana?” aku menyoal ibu.
“Tanya ibu pulak? Siapa yang nak kahwin ni? Ibu ke Harum?” Ibu menyoal kembali dengan soalan yang bernas. Sudah tentulah aku yang hendak berkahwin tapi orang kata, kita perlu minta pendapat dengan orang yang lebih tua.
“Harum tak tahulah ibu. Harum suka Uzair. Walaupun dia selalu buat keputusan yang buat Harum rasa macam nak belasah saja dia tapi dia tetap terbaik di hati Harum.”
“Cuma?” soal ibu yang seperti tahu apa yang akan aku luahkan.
“Cuma Harum pelik.”
“Pelik?”
“Ada sesuatu yang hilang.”
“Apa yang hilangnya?” soal ibu.
Aku mengeluh kecil. Aku tak tahu bagaimana aku hendak terangkan kepada ibu.
“Okey, ibu faham,” kata ibu.
“Ibu faham?”
“Ya. Kamu perlu sendirian untuk fikirkan hal ni. Ibu keluar dulu dan jangan paksa diri sangat. Kamu tu belum baik sepenuhnya. Nanti kalau masuk hospital lagi, ibu juga yang susah. Fikir perlahan-lahan ya,” kata ibu sebelum menutup pintu bilik aku.
Kini, aku keseorangan. Dan itu tidak membantu!
Siapa? Siapa boleh bantu aku? Aku perlukan nasihat.
Aku teringatkan Tiara. Lantas aku mencapai handset aku dan mendail nombor telefon Tiara. Lama aku cuba menghubungi dan akhirnya Tiara menjawab.
“Tiara....”
“Sorry, Harum. Aku busy sekarang. Aku call kau malam nanti,” kata Tiara terus matikan talian.
Sekarang, aku keseorangan lagi.
Aku tak salahkan Tiara. Aku tahu dia memang sibuk dan bukan ke aku telefon waktu pejabat. Sudah sah-sahlah Tiara tidak dapat melayan aku. Akhirnya, aku melihat satu demi satu senarai nombor telefon kawan-kawan aku. Kini, barulah aku sedari. Selain Tiara, aku tiada kawan yang betul-betul memahami aku. Kebanyaknya kawan-kawan aku sekadar mengenali aku dari jauh. Dan aku tak yakin jikalau mereka ada masa untuk mendengar dan memberi nasihat.
“Haikal...,” aku memandang nama Haikal. “Nah, bukan pilihan yang bijak.”
“Kalau Uzair hero novel kau, aku pula angel yang comel yang selalu berada kat sisi kau.”
Kata-kata Haikal itu masih melekat dalam kepala aku. Sungguhpun Haikal pernah berkata begitu tapi bagi aku, mungkin lebih baik aku menjarakkan diri dengan Haikal. Bukan apa, aku cuma tak nak dicop menganggu anak teruna orang lagi.
Jadi, kesimpulannya... aku perlu tunggu Tiara!
Baru sahaja aku letak handset, handset aku berdering. Aku lihat nama pemanggil. Bukan daripada Tiara tetapi daripada Mimi Fazila. Entah apa pula budak manja ini hendak dari aku. Jangan dia minta aku belanja satay sudahlah. Ataupun dia hendak tanya pasal Haikal. Ya. Baru aku ingat, dia pernah suruh aku siasat siapa teman wanita Haikal tapi sampai sekarang aku langsung tak dapat jawapannya.
Tanpa berlengah lagi, aku terus jawab panggilan itu.
Kak Harum!!!” jerit Mimi Fazila mengejutkan aku. Ini kalau aku dapat lemah jantung memang aku suruh Dato’ Omar tanggung rawatan aku.
“Ya Allah. Mimi, terkejut akak,” kataku memegang dada. Hampir gugur jantung aku.
“Kak Harum! I’m so excited!” kata Mimi lagi.
Aku tersenyum. Ini tak lain tak bukan mesti Mimi dah tahu pasal Uzair melamar aku. Uzair mesti dah beritahu Mimi punya sebab dia orang tu macam adik beradik. Apa sahaja tentang Uzair, Mimi mesti tahu begitu juga dengan Mimi.
“Mimi tak sangka...,” kata Mimi lagi.
Walaupun aku berhadapan dengan Mimi sekarang, tapi aku tahu dia sangat seronok. Bila dia seronok macam tu, entah kenapa aku lagi bertambah seronok.
“Akak pun tak sangka,” aku menjawab.
“Akak dah tahu?” soal Mimi.
“Dah tentulah akak tahu,” jawabku. Lagi mau tanya soalan yang tak masuk akal ke? Uzair melamar aku sudah tahulah aku tahu. Takkanlah nak buat kejutan pada hari perkahwinan sendiri. Tak masuk akal!
“Hahaha! Cepatnya akak tahu. Tapi tak apa, kita patut raikannya! Sama-sama! Eee... seronoknya!” kata Mimi seakan tidak tahu berhenti berseronok. Sekarang ni siapa yang lamar siapa ni? Aku keliru tapi layan sajalah.
“Nak raikan ke?” soal aku. Hilang terus rasa dilema aku tadi.
“Mestilah. Kita raikan sama-sama. Bertahun Mimi tunggu kata putus dari Haikal, akhirnya Haikal dapat terima Mimi dengan seadanya! Emm... apa kata kita buat double date? Akak bawak Uzair. Mimi bawak Haikal. Kita pergi bercuti dekat Cameron.”
“Haikal?” soal aku. Kalau tak silap aku mendengar nama Haikal. Haikal terima Mimi? Apa yang dah berlaku ni? Kita bukan ke bercakap tentang Uzair melamar aku? Atau...
“Kenapa kak?” soal Mimi.
Mimi cakap apa tadi? Haikal terima Mimi semula?” aku memberanikan diri menyoal.
“Bukan akak dah tahu ke?” soal Mimi pula.
Jadi, betullah! Telinga aku tak berbohong. Tapi, Haikal terima Mimi? Selepas dia menolak Mimi, dia terima Mimi kembali? Kenapa? Apa dah berlaku sebenarnya?
“Err... Kak Harum?” panggil Mimi sedikit mengejutkan aku. “Kenapa?”
“Tak ada apa-apa,” aku cuba tersenyum dan cuba juga ingin mengucapkan tahniah kepada Mimi tetapi suara aku seakan tak mahu keluar.
“Jadi tak?” soal Mimi.
“Jadi apa?”
“Double date.”
“Oh, itu. Akak kena tanya Uzair dulu.”
“Kalau macam tu biar Mimi yang tanyakan!”
“Hah? Tak payah. Akak memang nak telefon dia ni.”
“Jangan risau. Abang Uzair takkan marah punya. Kalau Mimi yang pelawa mesti dia tak ada alasan tak nak pergi. Akak tunggu saja berita baik dari Mimi okey?” Mimi terus tutup talian. Langsung tak beri aku peluang untuk berkata.
Aku tak mampu berbuat apa-apa lagi. Memang kalau boleh aku ingin menghubungi Uzair tapi aku tak ada mood hendak menelefonnya sekarang. Tumpuan aku sekarang bukan dengan dilema dilamar Uzair tapi anehnya persoalan Haikal menerima Mimi kembali mencuri tumpuan aku.
Dengan semudah itu saja?
Lelaki, memang sukar dijangka!

~~~

“Kau sepatutnya fikir pasal hubungan kau dengan Uzair bukan pasal Haikal dengan Mimi,” kata Tiara menelefon aku malam itu seperti yang dijanjinya. Aku yang tak sabar-sabar terus berkongsi cerita dengan Tiara. Pada mulanya aku hanya bercerita tentang lamaran Uzair tapi hendak bagaimana aku boleh masuk bab Haikal menerima Mimi.
Dan betul kata Tiara. Aku patut fikirkan hubungan aku dengan Uzair. Tapi sebaliknya yang berlaku. Seolah-olah lamaran Uzair itu langsung tak bermakna bagi aku.
“Tapi aku kecewa,” kata Tiara lagi. “Lelaki cute aku dah berpunya!” kata Tiara dengan penuh rasa kecewa.
“Tiara, stop it!”
“Kau cemburu?”
“Siapa kata aku cemburu?”
“Oh ya. Harum tengah cemburu,” kata Tiara lagi sengaja hendak bermain-main dengan aku.
“Tolonglah. Aku cuma geli bila kau kata dia lelaki cute.”
“Dia memang cute apa!”
Aku mengeluh sambil mengeleng. “Kau tahu, sampai sekarang aku tak dapat tengok definasi cute yang kau kata untuk Haikal. Kalau kau jumpa dia, aku pasti, kau akan tarik balik perkataan cute terhadap Haikal.”
Haha... kalau bukan cemburu, kenapa kau lebih risaukan Haikal berbanding masalah kau sendiri?” soal Tiara.
“Aku tak risaukan dia. Aku cuma...,” aku lihat idea untuk mengelak. Tapi, aku tak boleh mengaku kalah. “... aku cuma, tak tak faham. Dia dah tolak Mimi dulu dan sekarang dia kembali pada Mimi. Kau tak rasa sesuatu yang pelik dah berlaku ke?”
“Tak. Melainkan kau betul-betul tengah cemburu atau tak puas hati.”
“Dah berapa kali aku cakap. Aku tak cemburu. Aku cuma nak tahu. Itu saja. Aku langsung tak ada perasaan terhadap Haikal. Buat apa aku nak cemburu?” tegas aku.
Bertenang. Okey... aku gurau saja,” kata Tiara cuba tenteramkan aku. “Kalau betul kau tak ada perasaan terhadap Haikal, kau patut biarkan. Haikal dah dewasa. Walaupun dia lebih muda daripada kau tapi aku yakin dia tahu apa yang dia buat. Sekarang ni, kau patut lebih fikirkan masa depan kau dengan Uzair.”
Aku terdiam. Fikiran aku semakin jelas kembali. Hal Haikal sudah aku sapu ke tepi malah semakin lama semakin hilang dari kepala aku. Kini, aku nampak apa masalah utama aku.
“Aku cuma tak nak buat keputusan yang salah.”
“Seseorang beritahu aku, kadangkala kita memang ditakdirkan untuk memilih keputusan yang salah,” kata Tiara.
Kata-kata Tiara tadi mengingatkan kembali perbualan aku dengan Haikal dulu. Haikal pernah cakap seperti itu dahulu. Tapi, kenapa dua orang yang tak pernah bertemu boleh beri nasihat yang sama dan sekali gus buat aku rasa selesa selepas mendengarnya.
“Tiara, kau memang kawan yang baik,” jawabku.
Tentulah!” balas Tiara sambil ketawa. Aku juga turut ketawa. “Jadi, fikirlah sebaik-baiknya ya. Umur kau tu bukan muda lagi. Dah patut berumah tangga dah. Lagipun betul kata Uzair, mungkin lebih baik kau orang berkahwin daripada dia membawa kau ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah. Cuba kau beritahu aku, berapa ramai lelaki yang ada fikiran begini dalam zaman sekarang ni? Kau kira bertuah!” tambah Tiara lagi.
Ya. Aku kira bertuah. Banyak kali Tiara beritahu aku begitu tapi aku saja yang sering tak ambil peduli. Kini, barulah aku menyedari – aku patut bersyukur kerana dianugerahkan teman lelaki seperti Uzair.
Keputusan muktamat!

4 comments:

  1. tiba2 turut rs sakit same mcm harum bila tau haikal dgn Mimi..ahh..tidakk...

    ReplyDelete
  2. susah jugak bila ada banyak pilihan ni... Uzair, Haikal dan shahrin.... Siapalah yg akan ends up dgn Harum ni?

    ReplyDelete
  3. alah...Harum tenang okey. Buat keputusan jgn terburu2. Lihat, fikir dan nilai. Go Harum :)

    ReplyDelete
  4. Kata-kata yang sama dari orang yang berbeza...
    Erm...mungkin ke Tiara dan Haikal pernah berhubung???
    Siapa sebenarnya kekasih yang Haikal damba dulu???

    ReplyDelete