Hari ini aku datang kerja
dengan senyuman yang ceria. Ada dua sebab kenapa aku perlu ceria. Pertama,
tentulah hubungan aku dengan Uzair sudah menjadi semakin akrab. Kami kerap
berjumpa walaupun Uzair memang teramat-amat sibuk (giler) tetapi dia tetap
telefon aku, bertanyakan khabar. Kalau dia tak sempat nak telefon pun dia akan
hantar mesej yang mampu buat hati aku berbunga-bunga. Ah, indahnya.
Sebab yang kedua, hari ini
merupakan hari pertama aku memulakan kerja sebagai setiausaha di jabatan pemasaran.
Seronok dan takut. Seronok sebab walaupun berbekalkan SPM, tapi hasil berkat
usaha aku selama lapan tahun akhirnya aku dapat naik pangkat. Dalam seronok aku
juga takut juga. Takut aku tak dapat lakukan kerja ini dengan baik dan takut
bila terbayangkan bakal bos aku nanti.
Aku harap dia taklah secerewet
Encik Alias dan taklah sekacak Uzair. Dengar-dengar cerita, orangnya lebih
kurang baya aku. Pada awalnya aku memang tabik spring betul kat dia sebab dalam
usia yang muda dilantik jadi pengurus tapi bila Tiara beritahu yang dia tu anak
Dato’ Omar, spring aku putus sama sekali.
Patutlah dapat jadi pengurus,
rupa-rupanya ada kena mengena dengan Dato’ Omar, CEO tempat aku bekerja ini.
Aku cuba bertanya Tiara dengan lebih lanjut tentang bakal bos aku memandangkan
Tiara rapat dengan Dato’ Omar tapi dia juga tak tahu banyak. Nampaknya aku
terpaksa tunggu dan lihat sajalah hari ini.
Aku melangkah masuk ke jabatan
pemasaran seperti pekerja baru. Melangkah sahaja ke dalam, aku dapat rasa satu
aura yang menakutkan. Apatah lagi apabila pekerja-pekerja bahagian itu
memandang aku. Kalau pekerja baru ni, gerenti keluar balik bila dipandang macam
nak makan orang saja. Mujurlah aku sudah lama bekerja dan kenal dua tiga orang
dalam bahagian itu.
“Cik setiausaha kita dah
sampai. Tepuk tangan, tepuk tangan,” sorak seseorang. Lelaki tapi aku tak pasti
namanya. Roslan? Rosli? Lupakan. Nantilah aku pastikan betul-betul.
Satu tepukan gemuruh aku
terima dari berpuluh orang orang pemasaran. Aku sendiri tak pasti tapi aku rasa
dalam 25 orang. Kebanyakannya aku tak kenal sebab muka baru-baru. Orang lama
seperti aku sudah tiada lagi. Semua cabut lari sebab tak tahan kerja. Itu
antara komen yang selalu aku dengar bila pekerja pemasaran letak jawatan.
Bila disambut mesra begini,
perasaan takut tadi mula turun sedikit demi sedikit. Kemudian, aku dibawa oleh
Kak Nana ke sebuah bilik yang menjadi tempat Kak Nora setiausaha pemasaran
sebelum ini. Dalam bilik itu ada satu lagi pintu. Itulah pintu ke bilik
pengurus.
Kak Nana sudah tinggalkan aku
seorang diri dalam bilik itu. Aku tersenyum puas dan duduk di kerusi baru.
Perasannya? Mestilah tak boleh diungkap oleh kata-kata. Tapi, apa perlu aku
buat sekarang?
Tiba-tiba Kak Nana masuk
dengan membawa beberapa helai kertas. Aku blur.
“Baguslah kau datang, tolong
akak selesaikan invoice ni,” kata Kak Nana.
Aku menggaru kepala. Buat
invoice? Ah, bedal ajelah. Aku tak ada kerja sekarang ni. Lagipun aku seorang
pembantu tadbir yang serba boleh. Semasa di bawah Encik Alias, aku sudah
belajar semuanya. Dari buat kopi sehinggalah tulis dokumen perjanjian semuanya
aku sudah rasai. Setakat selesaikan invoice, kacang saja!
Keluar Kak Nana datang pula
seorang pekerja pemasaran.
“Harum, tolong I buat claim, I
takut tak sempatlah. Hari ni I ada meeting,” tanpa aku tahu namanya, tanpa aku
bersetuju hendak kata ‘baiklah’ lelaki itu pergi begitu sahaja.
“Harum, I punya claim pun.”
Satu fail diletak di meja aku.
“I pun sama.”
Seorang lagi masuk dan letak
segala resit-resitnya di atas meja aku. Dalam masa lima minit, meja aku yang
bersih tadi penuh dengan claim mereka. Aku terpinga-pinga. Apakah ini?
Kemudian, barulah aku tahu bahawa aku tepukan gemuruh tadi bukan disebabkan
mereka mengalu-alukan kedatangan aku ke sini tetapi mereka berpendapat aku
dapat meringankan beban kerja mereka.
Ah, mati aku begini.
Tiba-tiba aku dikejutkan
dengan bunyi telefon. Tanpa perlu menunggu ia berdering lagi, aku terus
menjawab panggilan itu.
“Selamat pagi,” jawab aku.
“Harumkan?” sapa satu suara.
Suara halus-halus. Aku kenal suara
itu.
“Ye kak,” aku terus menyapa
mesra ibu segala setiausaha yang ada dekat syarikat ini, Kak Qaseh. Kenapa aku
panggil dia ibu segala setiausaha, sebabnya pangkat dia lebih tinggi dari
mana-mana setiausaha yang ada di sini dan dia juga merupakan setiausaha Dato’
Omar.
“Harum datang sini. Dato’ nak
jumpa.”
“Hah?!” terus berderau darah
aku.
“Kenapa?”
“Datang jelah. Dato’ tengah
tunggu tu. Cepat. Kejap lagi Dato’ nak pergi meeting,” arah Kak Qaseh terus
mematikan talian.
Aku terpinga-pinga. Jantung aku
dah berdegup pantas. Walaupun aku selalu jugak terserempak dengan Dato’ Omar tapi
aku tak pernah terfikir nak jumpa Dato’ Omar face to face. Nak tak nak, aku
terpaksa gagahkan diri pergi ke pejabat CEO.
~~~
“Kak,” aku menyapa Kak Qaseh
yang sedang melayan facebook. Huh, sempat lagi melayan facebook waktu-waktu
begini.
“Hah, Dato’ tengah gayut.
Tunggu jap,” kata Kak Qaseh.
“Kenapa Dato’ nak jumpa saya?
Saya ada buat salah ke?” aku bertanya. Cuak. Mana tak cuaknya. Tak ada angin.
Tak ada ribut, tiba-tiba Dato’ Omar nak jumpa. Jangan-jangan dia hendak tanya
pasal aku dengan Uzair. Hisy, pening kepala aku.
“Isy, kamu ni cepat
menggelabah. Dato’ nak jumpa saja bukannya nak marah,” kata Kak Qaseh cuba
tenteramkan aku.
“Yelah tapi nak jumpa sebab
apa?”
“Sebab nak bagi warning,” sapa
satu suara di belakang aku.
Berderau darah dalam badan aku
bila suara garau itu menjawab. Walaupun aku bukan selalu dengar suara Dato’
Omar tapi aku tahu boleh agak itu suara Dato’ Omar. Perlahan-lahan aku
berpaling. Aku tak tahu hendak beri reaksi apa. Nak tersenyum? Bibir aku langsung
tak bekerjasama dengan arahan otak aku. Aku cuma boleh berharap berlaku satu
keajaiban.
“Kenapa? Awak tengok saya
macam baru nampak hantu,” kata Dato’ Omar sambil memandang sekelilingnya.
“Dia takut Dato’ marah dia,”
kata Kak Qaseh di belakang.
“Takut? Kenapa nak takut?”
soal Dato’ Omar.
“Tadi tu, Dato’ kata nak bagi
warning,” kata Kak Qaseh.
Huh, berani betul Kak Qaseh
kata begitu. Aku dah separuh menggeletar depan lelaki yang lebih kurang baya
ayah aku ini.
“Hahaha!” Dato’ Omar ketawa
terbahak-bahak. Sama macam ketawa orang kaya yang baru dapat tender. “Qaseh,
buat air untuk saya dengan... siapa namanya tadi?”
“Harum... Harum Atikah,” jawab
aku tergetar-getar.
“Harum Atikah. Sedap nama tu.
Jom masuk ke bilik saya,” arah Dato’ Omar yang sudah masuk ke biliknya. Aku
pandang Kak Qaseh. Kak Qaseh memberi isyarat supaya jangan risau. Aku mulakan
langkah kanan.
“Duduk,” arah Dato’ Omar
mempersilakan aku duduk di sofa hitam di dalam bilik itu. Aku hanya menurut
arahan dan menunggu Dato’ Omar memulakan bicara tapi sebelum itu Kak Qaseh
sudah masuk dengan membawa dua cawan air kopi.
“Mungkin kamu dah tahu yang
anak saya akan pegang jawatan pengurus di bahagian pemasaran,” kata Dato’ Omar
memulakan bicara. Aku mengangguk. Mustahillah aku tak tahu. Satu tempat kerja
sudah kecoh. “Anak saya tu... agak panas baran.”
Aku mengangkat kening. Inikah
amaran yang Dato’ Omar katakan tadi? Amaran kepada aku supaya aku berhati-hati
dengan anak lelaki dia yang panas baran?
“Dia suka buat kerja tanpa
berfikir. Saya sebagai bapa pun tak tahu hendak buat bagaimana lagi,” tambah
Dato’ Omar.
Ini luahan perasan ke? Tapi,
layan sajalah.
“Jadi, saya nak awak
berhati-hati dengan dia. Apa-apa perkara yang dia buat yang awak rasa tak masuk
akal terus report kat saya.”
Aku mengangguk.
“Bila dia masuk?” Aku
memberikan diri bertanya.
“Dia boleh masuk bila-bila
masa dia nak.”
Ah, sudah!
“Tapi, jangan risau Harum,
saya akan pastikan awak selamat dengan anak saya nanti.”
Kenapa tiba-tiba aku rasa
macam sedang melompat masuk ke dalam gunung berapi?
~~~
Sedang tekun aku membuat
kerja-kerja yang berlambak aku terima tadi, telefon bimbit aku berbunyi. Aku
menjeling telefon bimbit aku. Panggilan daripada Haikal. Nampak sahaja nama
Haikal, terus aku membiarkan panggilan itu. Tapi Haikal tetapi hubungi aku dan
akhirnya aku terpaksa mengalah.
“Wei, kau tahu tak makna
office hour? Aku tengah kerja ni!”
“Aku pun tengah kerja,” balas
Haikal.
“Habis tu? Takkan tak
faham-faham lagi.”
“Sebab aku tak fahamlah aku
telefon kau.”
“Apa hal?”
“Apa tu facebook?”
“Hah?”
“Facebook. Apa tu?” tanya
Haikal.
“Haikal, kau datang dari zaman
mana? Takkan itu pun kau tak tahu?”
“Sebab aku tak tahulah aku
tanya kau.”
Masalah! Aku dah tak tahu nak
kata apa dah. Ini soalan yang paling bodoh yang aku pernah terima. Seorang
peguam tak tahu apa itu facebook? Nak saja aku tempah tiket kapal terbang ke
Pulau Pinang dan kejar dia dengan parang.
“Harum, cepatlah. Ada beberapa
orang pekerja perempuan kat sini nak add aku kat facebook. Masalahnya aku tak
tahu facebook tu menatang apa,” keluh Haikal dari hujung talian.
Terus aku yang tension tadi
bertambah tension bila dengar alasan Haikal. Berani betul buat aku tension
dengan alasan beberapa orang pekerja perempuan nak add dia dalam facebook.
“Kalau macam tu, kata sajalah
kau tak ada facebook. Habis cerita!” terus aku tekan butang merah. Geram. Apa
punya bekas bakal suami yang ayah aku berkenan ni. Macam orang baru lepas
hospital bahagia saja perangainya!
Aku kembali memandang meja
kerja yang bersepah dengan bil-bil yang perlu aku selesaikan hari ini. Itu
belum lagi mula buat invoice. Kak Nana sudah banyak kali tanya sudah siapa atau
belum. Gila betul janda berhias tu. Dengan kerja yang banyak macam ni dan
semuanya nak cepat, mana mungkin aku boleh siapkannya dalam masa setengah hari.
Bila aku kata akan siapkan sebelum balik nanti, terus dia buat muka.
Aku sendiri tak faham. Selama
ini dia baik sahaja dengan aku tapi sejak beberapa hari ini, bila aku tegur
dia, terus tarik muka sepanjang-panjangnya. Entah apa tidak kena dengan mood
dia, aku pun tak tahu dan aku tak nak tahu sebab ia boleh membuatkan aku lebih
tension!
Aku perlukan kopi!
Aku terus bangun mencapai
cawan dan berlalu ke pantri. Tapi belum sempat kaki aku melangkah ke pantri aku
terdengar satu perbualan dan nama aku disebut-sebut. Aku berdiri di sebalik
pintu. Mendengar dengar teliti.
“Aku yakin sangat si Harum tu
dah bagi something dekat Uzair,” kata satu suara yang aku tak tahu kepunyaan
siapa.
“Yelah. Aku pun rasa macam tu.
Dulu Uzair ramah dengan semua orang tapi sejak akhir-akhir ni dia langsung tak
pandang perempuan lain. Aku kata ‘hai’ kat Uzair pun dia cuma angguk saja.
Kalau dulu bila aku kata ‘hai’ semua pujian keluar. Huh, memang sah Uzair tu dah
kena something dengan Harum,” suara Kak Nana pula aku dengar.
Aku menarik nafas dalam-dalam.
Sekarang, semua soalan aku tadi sudah terjawab. Aku faham, sejak satu tempat
kerja aku kecoh pasal Uzair bagi bunga pada aku, semua yang dikatakan kipas
angin susah mati Uzair memandang serong pada aku. Sebabnya, bagi mereka, aku
memang tak layak bersama Uzair. Huh, tak payah beritahu pun aku dah tahu tapi
masalahnya bukan aku yang terhegeh-hegeh dekat Uzair.
Okey! Ya. Dulu aku
terhegeh-hegeh harapkan cinta Uzair tapi aku tak pernah tunjukkan perangai
gedik aku depan Uzair. Kalau jumpa Uzair, jantung aku dah berdegup sampai nak
pecah, macam mana aku nak terhegeh-hegeh dengan tergedik-gedik depan Uzair. Aku
suka dia tapi aku hanya tengok dia dari jauh sebab aku sedar siapa diri aku.
Tapi, sudah takdir. Aku terima
bunga daripada Uzair, itu adalah takdir. Uzair datang pada aku, itu juga takdir
aku. Tapi mereka langsung tak faham dan aku rasa kalau hati mereka sudah busuk,
sampai berbuih mulut aku cuba terangkan pun mereka tak akan faham.
Kesimpulannya, biarlah mereka dengan andaian gila mereka.
Walaupun mereka sedang
bercakap tentang aku, tapi aku terus masuk ke pantri dan berlalu di sebelah
mereka. Ada tiga orang semuanya. Mereka terkedu tapi aku berlagak selamba. Aku
terus membancuh air kopi dan mereka perlahan-lahan berlalu dari situ. Tahu pun
terkedu. Tadi bukan main kata macam-macam. Aku main bomohlah. Aku sihir
Uzairlah. Tapi bila aku ada kat tepi langsung terkedu nak mengagak. Bukan ke
lebih baik cakap terus pada aku! Huh, geram!
~~~
“Kalau macam tu saya nak tanya
awak, awak sihir saya ke?” tanya Uzair.
“Itu soalan yang gila!” jawab
aku sambi memotong daging sebelum mencucuknya dan makan dengan lahap. Uzair di
hadapan, mengukir senyuman. “Apa? Lucu ke? Ini serius tau. Walaupun saya pernah
tergila-gilakan awak tapi saya tak pernah terfikir nak jumpa bomoh.”
“Apa?” soal Uzair.
Opss! Aku dah terlepas cakap.
“Ulang sekali lagi yang awak
cakap tadi?”
“Err... makanan kat sini
memang sedap. Pandai Encik Uzair pilih restoran yang sedap-sedap,” aku cuba
ubah topik dan terus makan memenuhkan perut yang tak dapat makan tengah hari
tadi.
Mana nak sempatnya kalau kerja
bertimbun atas meja kena siapkan sebelum balik tadi. Itu pun baru setengah
siap. Hajat nak buat OT tapi otak aku mintak rehat. Perut juga minta makanan.
Kebetulan pula Uzair ajak keluar makan. Bila dia ajak makan, aku bagaikan
disihir terus setuju.
Nampak? Siapa yang sihir siapa
sekarang?
“Apa senyum-senyum?” Aku
menjeling tajam apabila melihat Uzair yang tersenyum-senyum. Entah apa yang
melucukan, aku pun tak tahu.
“Ini kali pertama saya makan
malam dengan perempuan yang makan dengan gelojoh sampai tak sedar bibirnya
comot,” kata Uzair.
“Hah?” pantas aku mencapai
sapu tangan dan menyapu di sekitar bibir aku. Tapi tiba-tiba tangan Uzair
mengelap kekotoran di muka aku. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Jantung aku
dah menari di taman bunga.
“Kenapa?” tanya Uzair.
Tiba-tiba aku mendengar satu
bunyi yang kuat keluar dari perut aku. Aku pandang perut aku. Kemudian, aku
pandang Uzair yang sudah menahan ketawa.
“Err... saya rasa saya nak
order satu set lagilah,” kata aku yang masih lapar.
Terus dia ketawa. Aku juga
turut ketawa. Hilang terus tension yang aku alami siang tadi.
~~~
Haikal memberhentikan
keretanya di hadapan rumah aku. Aku memandang jam. Tepat jam 9.00 malam. Dia
betul-betul tepati masa yang diberikan oleh ayah aku iaitu kena hantar aku
sebelum pukul 10.00 malam. Satu lagi markah untuk Uzair.
“Terima kasih sebab belanja
saya makan.”
“Anytime, my dear,” katanya
dengan nada romantik.
Aku tak tahu hendak kata apa.
Hanya tersenyum dan membuka pintu keretanya tapi belum sempat aku hendak buka,
dia panggil aku. Menghalang perbuatan aku itu.
“Kenapa?”
“Harum, saya tahu apa yang
awak lalui sekarang bukan satu perkara yang mudah. Saya tahu awak takkan guna
bomoh semata-mata nak buat saya jatuh hati pada awak,” kata Uzair sedikit
kesal. Aku tak salahkan dia. Dari dulu lagi aku faham situasi begini. Kalau ada
perempuan rapat dengan Uzair, memang kena sumpahlah dengan peminat Uzair. Tapi
aku tak sangka mereka akan fitnah aku sebegitu.
“Harum, saya cuma nak kata,
saya betul-betul cintakan awak. Ini kali pertama saya jatuh cinta tanpa sebab.
Seseorang pernah beritahu saya, kalau saya jumpa seseorang yang buat saya
hilang akal, dia suruh saya jangan lepaskan peluang. Pada mulanya saya tak
percaya tapi bila ia berlaku, saya tahu awak adalah orangnya. Saya tahu, saya
banyak buang masa dengan perempuan entah apa-apa tapi saya cuma nak awak tahu
yang itu bukan saya sebenar. Ini diri saya sebenar. Yang pernah hilang dulu.”
Aku mengerut dahi.
“Apa maksud awak?”
Uzair tersenyum.
“Saya selalu percaya, berterus
terang adalah kunci pertama dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang. Saya
akan beritahu awak perkara sebenar. Kenapa saya jadi lelaki miang tapi sebelum
tu saya rasa awak perlu masuk dulu sebab ayah awak dah mengintai di sebalik
tingkap,” kata Uzair.
Aku terus berpaling memandang
ke arah tingkap. Betul kata Uzair. Ayah dan ibu tengah mengintai di sebalik
jendela tingkap.
“Jumpa lagi,” kata Uzair.
“Jumpa lagi,” balas aku.
“Dan I love you,” ucap Uzair
yang buat aku terkedu seketika. Hanya senyuman yang terukir di bibir aku.
Handset aku berbunyi selepas
aku selesai mengeringkan rambut yang basah tadi. Lantas aku mencapai handset
aku. Ada dua mesej. Satu daripada Uzair dan satu lagi daripada Haikal. Dan cuba
teka, mesej siapakah yang aku akan buka dulu? Ya, sudah tentu mesej daripada
Uzair!
Cuma nak beritahu, saya dah
sampai rumah. Sweet dream dan jangan stress sangat – Uzair.
Baca mesej Uzair buat hati aku
bertambah berbunga-bunga. Selesai saja baca mesej Uzair, aku terus buka mesej
Haikal. Aku tak faham betul dengan lelaki ini. Mungkin dia tak ada kawan nak
bermesej agaknya.
Cik Harum yang harum
sangat-sangat, akhirnya tanpa bantuan kau, aku dah tahu apa tu Facebook. Nasib
baik Cik Google Warna-warni tu ada jawapan untuk aku, kalau tak
terkapai-kapailah aku nak jawab soalan dia orang. So, aku dah ada facebook
sekarang. Kalau sudi, silalah accept friend aku ya – Haikal.
“Biar betul budak ni?”
Aku terus mencapai laptop dan
membukanya. Laman web facebook yang telah lama aku tak layari, akhirnya aku
buka hari ini. Ada banyak jugak notification dan begitu juga dengan rakan baru.
Tapi aku langsung tak pedulikan notification. Aku terus klik pada friend
request. Ada dalam 10 orang yang request dan salah seorangnya adalah Haikal!
Tangan aku terus approve
Haikal tanpa berfikir panjang lagi. Lagipun facebook aku ni tak ada rahsia sangat.
Sudahlah lama tak buka dan aku pula jarang update status, jadi, menerima Haikal
sebagai kawan memang tak rugi apa-apa pun.
Selepas aku approve Haikal,
terus aku layari wall Haikal. Aku melihat beberapa keping gambar yang ditag
oleh rakan-rakan kerja Haikal. Pelbagai bangsa ada dan pekerja wanita kat sana
pun tidak kurang hebat cantiknya.
Puas tengok gambar, aku
membaca status Haikal. Boleh dikatakan setiap jam dia akan letak status dia.
Huh, boleh tahan jugak budak ni main facebook. Kebanyakan statusnya berunsur
bosan. Yelah, baru beberapa hari dia bekerja kat sana. Belum sampai tahap sibuk
lagi.
Tiba-tiba aku tertarik dengan
satu status yang berbunyi; “Untuk seseorang
yang akan baca status ini.”
Status itu berserta dengan
video youtube. Aku terus tekan link itu. Keluar satu laman web youtube. Sebuah
lagu Inggeris. Aku terus mendengarnya sambil tersenyum. Romantik jugak Haikal
ni. Tapi, persoalan yang timbul sekarang, siapa perempuan yang buat Haikal
crush tu?
I got a crush on you, and you don't even know
Do you even notice me when I walk through the door?
Don't even know your name, or if we're compatible
Gotta build me up some courage baby and just let you know
I gotta letcha know, I gotta letcha know
That your pretty lil smile is incredible
I gotta letcha know, I gotta letcha know
'Cause until the day I do, I'm just invisible
I got a crush, on youuuu
I got a crush, on youuuu
I got a crush, on youuuu
I got a crush, on youuuu
Alahaii simpati kt haikal.. Pnya suka harumm tp tn pya bdn xtau
ReplyDeletehuwaaa!! Sabarlah Haikal ya.
ReplyDeletedebar2 tggu ank dato' omar..adakah dia llki ke tiga yg jatuh ht pd harum??
ReplyDeleteNakal juga ye Haikal ni. Tp cian plak terpaksa pendam cinta dia kat harum. Uzair tu mmg betul jth cinta kat Harum or sengaja nak main-mainkan sj. Jgn plak ada lelaki ke-3 plak yg jatuh cinta kt harum, mahu sewel minah tu nnt...
ReplyDelete