Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Thursday, 12 July 2012

Hujan; Payung; Hati.



Hujan lagi. Sekali lagi aku berdiri di sini. Sekali lagi tangan aku lupa mencapai payung. Aku memandang langit yang hitam. Sama gelap dengan hati aku. Pandangan aku jatuh pada orang ramai yang lalu lalang di hadapan aku. Mereka semua membawa payung. Payung mereka bewarna warni. Pelbagai saiz. Pelbagai jenis. Ada yang kecil. Ada yang besar. Ada yang murah; yang dibeli dengan harga 10 Ringgit. Ada yang mahal; yang mahal sudah tentu berjenama yang aku tak ketahui harganya. Penting sangatkah harganya? Penting sangatkah jenamanya? Payung; walau murah atau mahal; kegunaannya tetap sama. Melindungi manusia daripada panas dan basah. Dibuang juga akhirnya apabila rosak. Menjadi sampah. Kemudian, manusia akan mendapatkan payung yang baru.

Aku tersenyum. Kitaran hidup memang menakjubkan. Bukan sahaja payung boleh dibuang tetapi hati juga. Dua hati yang bertemu, menjadi satu. Apabila sudah jemu, dua hati dipisahkan. Di buang sebahagian hati jauh-jauh. Terkapai-kapai hati yang dibuang itu mencari perlindungan, merawat lukanya sendiri; hati, sama seperti payung.

Jadi, kenapa aku perlukan payung? Ya, aku tak perlukan payung; yang sama nasib seperti aku. Aku rela ditimpa hujan. Aku rela dibasahi hujan sebab aku tahu, sebab aku pasti, tatkala aku berjalan dalam hujan, tiada siapa yang tahu aku sedang menangis.

-GP-
12 Julai 2012

Nyanyian lagu syahdu;
Di malam angin bertemankan bayu;
Andai kasih kita bersatu;
Ucapkan selalu; aku cinta padamu ♥


ps: Haruman Cinta Bab 13 akan menyusul hari Sabtu (14 Julai 2012)

1 comment: