Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Friday 13 April 2012

Haruman Cinta - Prolog



“Kau dah gila!” Itu reaksi pertama Tiara. Aku dah agak dari awal lagi. Dia mesti akan sebut ayat popularnya. Ayat yang mana akan keluar apabila dia dapat sebarang berita yang tidak langsung diterima oleh akalnya.
“Cuba cakap sekali lagi,” Tiara sekali lagi menanya.
“Aku tak boleh buat apa lagi. Semuanya dah diatur,” jawabku malas hendak menyakinkan Tiara. Ingat aku ni main-main ke sebarkan perkara yang tak betul? Aku masih ingat lagi kata ustazah yang mengajar aku semasa di sekolah rendah. Berdosa menipu orang. Jadi, apa faedahnya aku tipu kawan baik aku sendiri. Cari penyakit adalah.
“Habis, takkan kau terima bulat-bulat macam tu?” tanya Tiara lagi.
“Habis tu kau nak aku buat apa?” aku menyoalnya kembali.
Tiara terdiam. Barangkali dia pun sedang berfikir, jikalau dia berada di situasi seperti aku. Dari raut wajahnya aku tahu dia pun pening kepala dengan apa yang dah terjadi pada aku. Tapi aku lagi pening kepala tengok Tiara yang senyap. Aku harap Tiara berkata sesuatu yang boleh menaikkan semangat aku.  Ya. Seperti yang Tiara selalu lakukan apabila aku menghadapi masalah.
“Aku rasa…,” Tiara mula bersuara. Aku menunggu dengan penuh harapan. “Aku tetap rasa…,” Tiara kelihatan serba salah ingin meneruskan perbualan. Aku tahu dia ingin menjaga hati aku tapi buat masa sekarang, aku sendiri tak peduli. Aku lagi puas bila dengar kata-kata Tiara sebab Tiara seorang yang tulus. Dia akan kata apa yang terbuku di hatinya. Bukan macam sesetengah orang yang lebih suka menipu semata-mata ingin menjaga hati kawan. Tiara bukan begitu.
“Cakap sajalah,” aku mendesak. Pandangan Tiara amat-amat aku perlukan buat masa ini!
Tiara menghela nafas berat.
“Baik. Aku cakap tapi kau jangan ambik hati. Walaupun masa tu aku tengah makan hati ayam, aku larang sama sekali kau jangan sesekali ambik, faham!” Itulah Tiara.
Dalam keadaan macam ni pun dia masih sempat nak buat lawak. Aku gerenti kalau orang dengar apa yang dia kata, seorang pun takkan gelak. Siapa peduli dengan lawak dia. Yang penting sekarang aku perlukan pandangan dia. Kalau dia masih berdegil, aku takkan belanja kek Secret Resepi yang dia tengah makan sekarang. Aku tak kira, walaupun sebelum datang sini tadi aku cakap akan belanjanya.
“Aku tetap rasa… kau patut terima lamaran tu!” kata Tiara pantas atau apa orang putih cakap, straight to the point.
“Apa?!” Sumpah aku rasa macam aku perlu korek tahi telinga yang menganggu pengaliran bunyi di telinga aku ni. Mana taknya. Tadi baru saja aku terima habuan “Kau dah gila” dari Tiara yang ternyata dia sendiri tidak suka dengan apa yang aku lalui tapi sekarang lain pula.
“Okey, mula-mula aku fikir kau memang tak patut terima tapi bila aku fikir balik kau patut terima!” kata Tiara yang agak takut-takut lagi hendak bersuara.
Aku mengerut dahi. Entah bahasa apa yang Tiara sedang bercakap sekarang. Aku yakin, itu Bahasa Malaysia dan aku yakin, selain Bahasa Inggeris, Tiara langsung tidak pandai berbahasa Cina, India mahupun Bahasa Iban.
“Aku terpaksa cakap macam ni sebab… tengoklah diri kau sekarang. Tahun ni kau berusia 28 tahun. Masih single. Masih tiada pekerjaan tetap. Masih tengok wayang seorang diri. Masih shopping seorang diri. Semuanya kau lakukan seorangan. Umur kau makin meningkat dan kau tahu apa yang perempuan takut bila umur makin meningkat? Bukan sebab kedutan di muka tapi dipanggil andartu. Jadi, sebab tu aku rasa kau patut terima keputusan keluarga kau nak jodohkan kau dengan pilihan mereka,” kata Tiara panjang lebar.
Tiba-tiba aku rasa air coklat yang aku minum ni macam air cili api pulak. Amat pedas!  Aku memandang ke lantai restoran Secret Resepi. Aku harap adalah lipas lalu di hadapan aku ni supaya aku boleh pijak dia sampai mati. Malangnya, restoran ni terlampau bersih. Cis, aku patut pilih gerai mamak tepi jalan sejak awal tadi!
“Terima sajalah. Mungkin dah jodoh kau berkahwin dengan orang yang kau tak kenal,” kata Tiara lagi cuba mempengaruhi aku.
“Masalahnya aku kenal dia!”
“Kalau dah kenal kira baguslah,” jawapan Tiara macam jawapan mak aku malam tadi. Sebijik. Agaknya mak aku dah rasuah Tiara awal-awal lagi tak? Lain macam aje nasihat Tiara hari ni. Tapi tak boleh jadi jugak, mak aku bukannya suka sangat dengan Tiara ni. Semuanya sebab cara pemakaian Tiara yang agak seksi. Masalah orang tua, faham-faham ajelah.
“Tapi aku tetap tak suka,” aku merungut macam anak kecil.
“Kenapa pula?” soal Tiara lagi. “Hah, aku tahu. Kau ni mesti fobia dengan novel-novel kahwin paksa yang kau bacakan? Kau takut kena sepak terajangkan? Came on la, kau jangan risaulah. Semua tu cerita saja. Kalau ya pun dia tu jenis sepak teranjang, aku sarankan kau belajar silat dari sekarang!” Tiara sudah mula merapu.
“Bukan. Aku kenal dia. Dia tak berani sepak terajang aku,” jawabku makin gelisah.
“Habis tu? Apa masalahnya?”
“Masalahnya dia lahir tahun 1987!”
“Apa?!” Kali ini Tiara pula terkejut. “Maksud kau….”
“Ya. Maksudnya aku, Harum Atikah akan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda daripada aku!”

No comments:

Post a Comment