Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Monday 3 September 2012

Haruman Cinta: Bab 20 [part 2]


“Teh strawberi?” tanya aku kepada Uzair apabila dia menyarankan aku supaya merasai teh berperisa strawberi pada pagi itu. “Apa rasanya?” soal aku lagi yang rasa waswas ingin merasainya. Lagipun aku bukanlah penggemar minuman teh. Bagi aku teh tu semuanya sama saja rasanya. Bila dengar teh itu dicampur dengan strawberi lagilah aku rasa pelik dan tak puas hati.
Kenapa? Sebab aku tak suka benda yang dicampur-campur ini. Walaupun satu kombinasi yang bagus tapi aku tetap suka yang original!
“Rasalah. Kalau datang sini memang patut cuba rasa teh perisa strawberi,” katanya sebelum menghirup air teh perisa strawberi yang masih panas itu. Aku masih memandangnya. “Awak tengok saya macam ragu-ragu dengan teh yang saya buat tu saja. Jangan risau, saya tak letak racun.”
“Bukan macam tulah,” aku membalas sambil menarik muncung. Kemudian aku tengok air teh yang Uzair buat itu. Bukan senang aku nak rasa hasil tangan lelaki bernama teman lelaki tapi bukan itu yang aku hendak sekarang.
“Habis tu?”
Patut ke tak aku beritahu dia?
“Kenapa?” Uzair tengok aku semacam. Dia macam sudah boleh agak ada sesuatu yang aku simpan.
“Tak delah. Awak tahukan, ini kali pertama saya jejak kaki ke Cameron,” aku mula berbicara. Aku lihat dia mengangguk dan kemudian cuba menyembunyikan senyuman dia. Bila tengok senyuman mengusiknya dia, aku rasa macam nak pijak lipas saja!
“So?” soalnya lagi.
Ini yang buat aku rasa macam nak bertukar jadi heroin yang gedik terlampau ni!
“Awak, saya datang sini bukannya nak rasa teh strawberi. Saya datang sebab nak rasa buah strawberi yang real punya! Jomlah. Jom kita pergi kebun strawberi dan petik buah strawberi banyak-banyak! Jomlah!”
Sambil bercakap sambil itulah aku hentak kaki. Memang gedik habis dan berharap Uzair terpesona dengan gedik aku. Aku nampak bibirnya tersenyum lebar. Yeah, aku dah berjaya!
“Tak semudah tu, Cik Harum,” katanya sambil menghirup teh strawberinya semula.
Terus aku menarik muncung. Aku tak faham betul dengan Uzair ni. Dia bawa aku ke Cameron Highland tapi dia sorok aku kat rumah tumpangan ini. Kalau aku tahu, sudah lama aku menyelinap masuk ke dalam kereta Haikal yang pergi dating dengan Mimi Fazila tadi. Sekurang-kurangnya dapat juga aku tengok sekitar Cameron Highland.
Haikal dan Mimi Fazila. Mesti dia orang berdua sedang bergembira dekat ladang teh atau ladang strawberi sekarang. Aku pula, terpaksa duduk di rumah tumpangan menghadap muka Uzair. Ah, bosannya!
“Cameron ni bukannya ada apa pun,” kata Uzair tiba-tiba.
“Memanglah tak ada apa-apa sebabnya awak lahir kat sini. Jomlah. Awak tak kesian ke dengan saya?” aku masih mencuba. Sekurang-kurangnya aku mahukan alasan yang kukuh kenapa dia tak mahu membawa aku jalan-jalan.
“Nantilah saya fikirkan,” katanya sambil berlalu dari situ.
Aku mengeluh lemah. Air teh yang Uzair buat langsung aku tak usik. Aku tak ada mood langsung hendak merasainya. Kalau aku rasa sekarang pasti pahit gila.

~~~

Aku tak fikir Uzair akan fikirkannya. Sejak dari pagi hinggalah ke petang, aku masih lagi di rumah tumpangan ini. Bosannya tak payah kata. Aku dah banyak kali mengeluh bosan. Tapi keluhan aku langsung tak diendahkan oleh Uzair. Aku tak tahu apa yang melanda Uzair hari ini. Selalunya dia tak begitu. Hari ini rasanya dia macam dah jadi orang lain. Bila aku tanya, dia kata tak ada apa-apa. Kalau tak ada apa-apa kenapa dia macam nak tak nak saja layan aku. Aku ada buat salah ke?
“Awak tak buat salah. Saya saja. Mood saya kurang baik hari ni,” jawab Uzair selamba ketika kami menikmati makan malam.
Makan malam itu pun aku terpaksa ketuk pintu biliknya sebab aku sudah lapar sangat. Kalau aku tak ketuk pintu bilik Uzair, aku rasa gerenti aku perut aku dah memberontak sekarang ni. Perut aku kalau dah memberontak susah nak pujuk balik. Mahu sehari dua sakitnya.
“Awak ada masalah ke?” Aku menyoalnya lagi. “Kalau awak ada masalah yang nak dikongsikan....”
“Jangan risau. Tak ada apa-apa,” kata Uzair memotong kata-kata aku. “Awak makanlah. Saya dah kenyang. Saya masuk tidur dulu. Esok pagi kita dah nak balik KL,” tambahnya lagi dan terus meninggalkan aku seorang diri. Aku keseorangan lagi.
Kini, baru aku perasan. Aku mula rasai kapal yang aku dan Uzair naiki sedang terumbang-ambing dipukul ombak yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa yang boleh aku lakukan sekarang adalah berdoa supaya hubungan kami tak berakhir di tengah jalan.
Tidak lama kemudian, aku lihat kelibat kereta yang dipandu oleh Haikal berhenti di pekarangan rumah tumpangan. Wah, lama betul mereka berjalan. Dari awal pagi sampai malam nak dekat pukul 10.00 baru balik. Ini yang buat aku cemburu sangat-sangat ni. Sedangkan aku... ah, lupakan. Kalau aku fikir perkara ni memang buat aku sakit hati saja.
“Kak Harum!” panggil Mimi Fazila dengan gembiranya. Aku menyambutnya dengan senyuman. “Wah, sedapnya!” tegur Mimi apabila melihat makanan malam yang terhidang di atas meja.
“Nak makan ke?”
“Tak apalah. Perut Mimi dah penuh dah. Kami baru makan tadi,” balas Mimi.
Aku mengangguk perlahan. Sudah tentulah dia orang dah makan.
“Mimi beli apa tu?” soal aku walaupun aku sudah nampak buah strawberi dalam plastik yang dipegangnya.
“Ini... buah strawberi. Untuk abang. Dia memang hantu strawberi,” jawab Mimi.
Buah strawberi... Aku rasa macam hendak menangis saja bila aku tengok buah strawberi. Kenapa dunia ini tak adil dengan aku? Apa salahnya kalau bagi aku petik buah strawberi. Satu pun tak mengapalah.
“Hari ni Kak Harum pergi mana?” tanya Mimi seakan berbisik dengan aku.
Apa yang harus aku jawab?
“Hari ni akak tak de moodlah nak keluar. Nak tenangkan fikiran,” jawab aku cuba cover line. Harap-harap Mimi tak tanya dengan lebih lanjut lagi. Buat masa sekarang aku tak nak orang tahu yang hubungan aku dengan Uzair ada masalah sikit. Sudahlah masalahnya pun  aku tak tahu, nanti jenuh aku hendak menjawabnya.
“Hah? Apa ni? Rugi tau tak jalan-jalan kat sini. Dapat pergi ladang teh. Dapat petik buah strawberi. Akak pernah petik buah strawberi?”
Tolonglah. Janganlah buat aku rasa macam hendak pergi rampas kunci kereta Uzair dan pandu kereta malam-malam buta ni pergi ladang strawberi. Tolonglah, jangan cemburukan aku dengan buah strawberi lagi. Sungguh terseksa!
“Mana Uzair?” tegur Haikal pula.
“Err... baru saja lepas makan. Dia dah masuk bilik,” jawab aku yang kurang senang bila nama Uzair disebut. Lantas aku cuba menukar topik. “Kau orang ke mana tadi? Seharian berjalan.”
“Macam-macam tempat kami pergi. Yelah. Esok dah nak balik KL. Lebih baik kita borong semua barang. Esok takut tak sempat,” jawab Mimi Fazila. “Apalah akak ni, akak patut ajak Abang Uzair berjalan hari ni. Kalau tak rugi saja.”
Aku hanya mengangguk.
“Akak bukannya jenis suka berjalan,” kataku menipu lagi.
“Ruginya!”
Aku tersenyum lagi.
“Mimi masuk bilik dululah ya. Nak mandi. Dah melekit-lekit dah badan ni,” kata Mimi terus berlalu meninggalkan aku dengan Haikal berduaan.
“Kau tak apa-apa?” tanya Haikal tiba-tiba.
“Kenapa? Aku mesti diapa-apakan ke?” Aku menyoalnya kembali. “Jangan risau. Uzair jaga aku dengan baik,” tambah aku cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi antara aku dan Uzair.
“Baguslah,” jawab Haikal. “Ini untuk kau,” katanya sambil meletakkan satu pek yang penuh dengan buah strawberi. Aku betul-betul tergamam. Macam mimpi saja bila tengok buah strawberi di depan aku.
“Terima kasih,” jawab aku seperti orang tak ada perasaan. Padahal aku rasa macam hendak melompat bintang saja waktu itu.
“Aku masuk dulu,” kata Haikal sebelum berlalu dari situ. Kini tinggal aku seorang diri. Aku memandang kiri dan kanan, depan dan belakang. Line clear!
“Buah strawberi...” aku bersorak riang dengan nada perlahan supaya tak mengejutkan mereka yang lain. Tanpa berlengah lagi aku teruk buka pek plastik itu dan mengambil sebiji buah strawberi yang masih segar. Baru saja aku hendak makan, aku dengar satu suara di belakang.
“Kalau kemaruk sangat dengan buah strawberi pun, basuhlah dulu buah tu. Mana tahukan ada lagi racun ke, tahi serangga ke, bakteria ke dekat buah tu. Tak ke jadi satu masalah nanti.”
“Tahulah! Aku saja nak tengok buah ni,” jawabku sambil menjeling tajam. Habis, kantoi! Tapi peduli apa aku. Yang penting sekarang, buah strawberi ini milik aku seorang hahaha!

~~~

“Ah, cepatnya masa berlalu. Tak puaslah bercuti kat sini,” kata Mimi Fazila sambil mengemas beg pakaiannya. Aku mengiyakan saja. Berbanding dengan Mimi Fazila, aku lagi teruk. Terpaksa duduk terperap di rumah tumpangan sepanjang dua hari dan langsung tak dapat menghayati keindahan Cameron Highland.
Mimi Fazila yang boleh dikatakan tiap-tiap tahun bercuti di Cameron (sebab dah kampungnya) pun rasa tidak puas tinggal di situ, apatah lagi aku yang baru pertama kali jejak kaki ke sini. Ah, sudah nasib badan. Nanti kalau aku sudah berkahwin dengan Uzair, aku tuntut apa yang dia curi dari aku hari ini. Percutian berbulan madu mesti di Cameron Highland!
Aku tak kira! Kalau dia tak setuju, aku batalkan perkahwinan terus!
Harum oh Harum. Daya imaginasi kau memang mengagumkan. Macamlah senang kau nak buat keputusan gila macam itu. Sudah sah-sah kena ceramah dengan ayah seumur hidup!
Lupakan tentang percutian yang sia-sia ini. Aku patut gembira sebab walaupun tak dapat berjalan-jalan tengok keindahan Cameron Highlands tapi setidak-tidaknya aku dapat merasai buah strawberi yang segar-segar! Terima kasih kepada Haikal yang prihatin.
“Tersenyum panjang nampak bakal pengantin kita ni,” tegur Mimi Fazila buat aku kembali ke dunia nyata.
Alamak, kantoi!
“Ada apa-apa ke?” soal Mimi Fazila tersengih-sengih.
“Mana ada,” aku cuba cover line.
Parah kalau dia dapat tahu yang aku tengah fikirkan pasal teman lelaki dia. Jadi satu masalah pula nanti kalau orang macam Mimi Fazila salah faham. Tengok gaya memang dia baik dengan aku tapi siapa tahu hatinya.
Selesai mengemas aku dan Mimi Fazila berlalu ke halaman rumah tumpangan. Uzair dan Haikal sudah berada di sana menanti kehadiran kami berdua.
“Awak, awak balik dengan Haikal. Saya dengan Mimi akan ke Kuantan sekejap,” kata Uzair.
“Kenapa tiba-tiba?” Aku menyoal. Aku pandang Mimi. Mimi pandang aku kembali. Nampak benar Mimi tak tahu apa-apa.
“Kami nak lawat kawan kat sana jap,” jelas Uzair lantas mengambil beg Mimi memasukkannya ke dalam bonet keretanya.
“Kenapa dengan kawan?” Aku terus menyoal.
“Hal peribadi,” jawab pendek. “Jom,” arah Uzair kepada Mimi Fazila yang masih lagi terkedu dan tergesa-gesa masuk ke dalam kereta Uzair. Tanpa mengucapkan selamat tinggal Uzair pandu keretanya meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya.
Kini, dia betul-betul tinggalkan aku!

~~~

“Siapa kata aku perlukan tisu? Aku tak nak tisu! Hal kecil saja takkan itu pun nak suruh aku menangis!” Aku kembali mencampak kotak tisu ke belakang. Haikal di sebelah kembali senyap. Bagus juga dia senyap daripada dia memekak kononnya hendak memujuk aku.
Aku tahu niat Haikal baik. Dia hendak meyakinkan aku bahawa tiada apa-apa terjadi antara Uzair dengan Mimi Fazila. Dia juga beritahu Uzair terpaksa pergi ke Kuantan sebab seorang rakan dan juga kawan lama mereka ditimpa musibah. Tapi jawapan itu langsung tidak dapat memuaskan hati aku. Kalau betul, kenapa perlu rahsiakan daripada aku? Kenapa bawa Mimi Fazila? Kenapa tidak bawa aku? Bukan ke aku teman wanita dia? Atau aku ini hanya boneka!
Sedang aku layan perasaan, kereta yang dipandu oleh Haikal berhenti tiba-tiba.
“Kenapa berhenti?” Soal aku dengan kasar.
Haikal beri isyarat. Aku melemparkan pandangan ke arah kiri aku. Baru aku perasan dia berhentikan keretanya di tepi bahu jalan dan di sebelahnya... ladang strawberi! Hilang terus rasa tidak puas hati aku terhadap Uzair. Automatik tangan aku ingin membuka pintu kereta tetapi masih dikunci oleh Haikal. Aku pandang Haikal dengan muncung itik.
“Haikal...”
“Ingat comel sangatlah tu dengan muncung itik dia. Kereta aku ni hanya akan dibuka kalau tayang senyuman. Cuba senyum sikit.”
Cis! Haikal memang suka ambil kesempatan.
“Emm... kalau tak, kita balik sajalah,” kata Haikal mula menyentuh gear.
“Eh nanti!” Lantas aku menghalangnya.
Aku mengukir senyuman.
“Hah, macam tulah. Baru manis sikit. Ini tak, asyik nak mengamuk macam raksasa saja,” sempat lagi Haikal membebel tapi aku hanya mampu tadah telinga. Senyuman masih aku kekalkan. Takut kalau-kalau Haikal masuk gear dan tinggalkan ladang strawberi ini. Meraung aku nanti.
Sebaik Haikal membuka kunci pintu kereta, aku terus membuka pintu kereta.
“Strawberi! Aku datang!!!”

8 comments:

  1. Harum, tinggalkan aja si Uzair tu... Belum kawin, dah buat perangai dan tak reti berbincang... Dah kawin nanti, lagi teruk, sure bosan giler end up dgn org mcm tu... Geram tul kat si Uzair tu....

    ReplyDelete
  2. Hem.. Apesal ttibe uzair tu?? Haishh.. Ai ttp nak harum ngn haikal

    ReplyDelete
  3. haikal~~
    haikal~~~
    nak dia je...
    xnak uzair...
    huhu

    ReplyDelete
  4. Uzair tu apa masalah dia sebenarnya ???
    Kesian dekat Harum datang berjalan tapi terperap kat tempat dia menginap pula...:(
    Kenapa dia tak bawa Harum melawat kawan dia yang kemalangan tu???
    Siapa yang kemalangan sebenarnya???
    Kawan ke bekas kekasih???
    Suspen-suspen...#^_^

    ReplyDelete
  5. Akhirnya, lama tggu n3 baru nih.

    So sweet, Haikal yang perihatin dan Haikal yang mmg sentiasa ada utk Harum.

    Lepas ini Haikal patut luahkan perasaan sebenar dia kat Harum baru gempak kan!

    ReplyDelete
  6. go haikal! Penyokong tegar haikal..

    ReplyDelete
  7. Uzair ni angin satu badan lah...
    atau pun Uzair dah tahu pasal harum dengan abang Mimi.... jengjengjeng....
    kalau nak hidup bersama, sebarang masalah kena kongsi dan sebarang kemuskilan hendaklah bertanya, bukan buat andaian sendiri wahai Uzair...
    Haikal cuba berterus terang tentang siapa wanita yang ada dalam hati U selama ni pada harum ok.... terbaikkkkk.... bukan ambil kesempatan tapi meluahkan rasa hati ja.... hehehe

    ReplyDelete