“Saya
berani jamin ini bukan rumah awak, Harum,” kata Uzair sebaik sahaja aku
menyuruhnya berhenti di hentian bas yang terletak tidak jauh dari kawasan
perumahan tempat tinggal aku. Memang sengaja aku suruh dia berhentikan
keretanya jauh dari rumah aku, malah jauh dari taman perumahan aku.
“Rumah
saya tak jauh dari sini.”
“Jadi,
biar saya hantar awak dekat depan rumah awak,” kata Uzair.
“Tak
boleh.”
“Kenapa?”
“Sebab…,”
aku mati akal. Aku tak tahu hendak beri jawapan apa. Wajarkah aku beritahu
Uzair tentang keluarga aku yang hendak jodohkan aku dengan jiran yang lebih
muda dari aku? Kalau aku biarkan Uzair hantar aku sampai ke rumah sudah
tentu-tentulah jiran-jiran semua akan perasan. Lepas tu, mulalah tersebar satu
kawasan yang aku curang dengan jantan lain. Bukannya aku tak tahu dengan
wartawan-wartawan sedia ada dekat kawasan perumahan aku itu.
Kes
aku nak dijodohkan dengan Haikal pun heboh dalam masa satu hari je. Apatah lagi
kalau aku biarkan Uzair hantar aku sampai ke rumah. Nanti bermacam-macam
spekulasi yang muncul. Yang menanggung malu keluarga aku dengan keluarga Haikal
juga.
Jadi,
cara yang terbaik adalah turun di hentian bas.
“Sebab
apa?” soal Uzair lagi.
“Sebab
ayah saya garang,” jawab aku.
“Tak.
Saya tak fikir macam tu. Awak bohong,” kata Uzair tetap tak percaya.
“Itu
masalah awak nak percaya atau tidak, Encik Uzair. Awak tak kenal keluarga saya
dan saya tak nak keruhkan keadaan. Lagipun saya tak harap awak hantar saya
sejak awal lagi. Sekarang buka pintu kereta ni,” kataku yang sudah cuba untuk
membuka pintu kereta tetapi tidak berjaya.
“Nope.”
Uzair menggeleng.
Aku
menghela nafas lemah. Uzair di sebelah aku sekarang bukan macam Uzair yang aku
pernah suka dulu. Sejak dalam perjalanan tadi, dia banyak bercakap dan banyak
bertanya. Macam dia betul-betul hendak kenali aku. Malah yang mengagumkan aku,
dalam sekelip mata juga aku mula selesa bercakap dengan Uzair. Memang betullah
kata Tiara. Uzair memang pandai menyesuaikan diri dengan orang yang dia tidak
kena dan dia akan buat sampai orang itu senang hati dengannya. Sama macam
situasi aku sekarang. Walaupun baru kenal Uzair secara dekat aku tak rasa ia
sesuatu yang membebankan. Macam aku dah lama kenal dia. Pelik tapi benar.
Itulah yang aku rasa sekarang.
“Awak
nak saya pecahkan cermin kereta awak ke?” kataku mengugut.
“Boleh
je. Saya tak pernah terima ugutan macam tu. Semua bekas teman wanita saya
langsung tak pernah terfikir nak pecahkan cermin kereta saya. Awaklah orang
pertama.”
“Saya
bukan teman wanita awak,” ujarku.
“Saya
akan jadikan awak teman wanita saya. Mudah saja,” katanya dengan yakin.
“Okey,
Encik Uzair. Awak tak perlu berpura-pura lagi. Saya tahu rancangan awak. Saya
tahu awak sengaja nak buat saya jatuh cinta dengan awak. Semuanya sebab awak
nak balas dendam dekat saya sebab dah malukan awak depan orang ramai, bukan?
Awak bukan serius nak jalinkan hubungan dengan saya tapi awak buat semua ni
sebab awak berdendam dengan saya. Jadi, jangan harap saya akan percaya dengan
penipuan awak,” kataku sambil menyaksikan raut wajahnya berubah.
Barangkali
dia terkejut. Uzair tidak bersuara tetapi sebaliknya dia memandang aku dengan
tajam. Renungan matanya membuat aku lemas. Aku jadi semakin takut. Aku takut
kalau dia apa-apakan aku dalam kereta ini. Sudahlah cermin keretanya gelap.
Orang luar tidak akan nampak apa-apa berlaku di dalam. Aku hanya boleh berdoa
Uzair bertindak lebih relevan.
“Saya
sangat menakutkan ke?” soal Uzair sekian lama berdiam diri.
“Agak
menakutkan,” jawabku tanpa teragak-agak.
“Okey,
Harum. Saya tahu awak fikir tentang saya setelah apa yang berlaku beberapa hari
ini. Saya tahu awak anggap saya seperti playboy yang akan memusnahkan setiap
perempuan yang bersamanya tapi percayalah, saya bukan begitu. Yes, saya playboy
dan sering bertukar-tukar perempuan. Saya anggap perempuan tu macam baju tapi
saya bukan seperti yang awak fikirkan. Dan ya, saya terfikir nak balas dendam
selepas awak malukan saya depan orang ramai tapi saya tak boleh teruskan dendam
tu. Honestly Harum, saya pun tak faham apa yang telah berlaku pada diri saya
tapi bila saya buat sesuatu yang menyakitkan hati awak seperti semalam, ia
turut membuatkan hati saya sakit. Saya bukan seseorang yang mudah jatuh cinta
tapi kalau saya rasa saya dah jatuh cinta, saya tidak akan menafikannya,” ujar
Uzair panjang lebar.
Uzair
memandang aku sepanjang dia berkata-kata. Langsung tidak mengalihkan
pandangannya ke arah lain membuatkan aku sedikit terpengaruh dengan
kata-katanya tadi. Dia kelihatan amat meyakinkan. Renungannya langsung tidak
nampak palsu.
“Sekarang
saya dah jatuh cinta dengan awak tapi awak tak percaya,” keluh Uzair.
“Siapa
nak percaya… semua ni… terlalu cepat,” balas aku masih lagi tidak percaya Uzair
boleh meluahkan perasaannya dengan cepat. Tak sampai seminggu pun kejadian tu
berlaku dan dia sudah datang meluahkan perasaannya.
“This
is who I’m,” balas Uzair. “Saya tak suka bazirkan masa bermain mata dengan
perempuan. Kalau saya sukakan dia, saya terus mulakan langkah.”
“Dengan
semudah tu?” tanya aku.
“Yup.
Semudah tu.”
“Awak
tahu tak, kalau dalam novel bila hero yang dianggap sukar ditangkap, jatuh
cinta dalam masa yang singkat macam ni, ia bermakna cerita dah tamat. Tak perlu
nak dipanjangkan lagi atau dengan kata lain editor akan buang manuskrip tu
dalam tong sampah sebab tak ada adventure.”
“Bergantung
pada keputusan heroin sama ada nak main mata dengan hero atau tarik tali,”
balas Uzair sambil tersenyum sinis. “Tapi, nanti jap, apa maksud awak dengan
'hero yang dianggap sukar ditangkap jatuh cinta dalam masa yang singkat?” tanya
Uzair tiba-tiba.
Lidah
aku terus kelu. Tidak tahu hendak kata apa. Otak aku pun bagaikan tidak dapat
berfungsi. Seluruh badan aku sudah mula seram sejuk. Jantung aku jangan
cakaplah. Memang berdegup macam aku baru habis berlari 100 kilometer. Apatah
lagi bila Uzair merenung aku tanpa berkelip.
“Harum?”
panggil Uzair apabila aku diam seribu bahasa.
“Encik
Uzair, tolonglah. Hari dah malam, ibu dan ayah saya mesti risau sekarang ni.”
Aku terus ubah topik. Teknik melarikan dirilah katakan.
“Awak
tak jawab soalan saya tadi,” kata Uzair.
“Saya
tak ada masa untuk semua tu.”
“Betul?”
soal Uzair. “Betul selama ni awak tak ada hati dengan saya?”
Aku
menelan air liur. Terus ketandusan idea. Nampaknya Uzair bukan sebarangan lelaki
yang mudah ditipu bulat-bulat. Dia seorang yang peka. Kalau aku silap kata lagi
gerenti dia akan tahu perasaan aku terhadapnya. Jadi, lebih baik aku terus
mengelakkan diri daripada menjawab soalan itu dengan menafikannya!
“Buat
pengetahuan Encik Uzair saya akan bertunang.”
~~~
Bertunang.
Hanya dengan perkataan “bertunang” Uzair terus lepaskan aku. Aku pula terus
keluar dari kereta Uzair dan berjalan pulang walaupun aku harap Uzair
mengucapkan beberapa patah kata. Adakah dia berputus asa hanya kerana aku kata
aku akan bertunang? Atau dia kecewa sebab orang yang baru buat dia jatuh cinta
akan menjadi milik orang lain?
Tapi,
aku sendiri tidak pasti betul atau tidak dia sudah jatuh cinta dengan aku. Aku
rasa kalau orang lain berada di tempat aku juga akan fikir begitu. Baru semalam
dia keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan menghina tetapi hari ini dia
datang mengucapkan kata-kata cinta. Aku sendiri keliru. Boleh saja aku
pedulikan apa yang diberitahu oleh Uzair tadi. Tapi jauh dari sudut hati aku,
masih ada lagi kepercayaan aku terhadap Uzair. Kini, aku benar-benar keliru.
“Hah,
Harum!” suara ayah menegurku menyentakkan aku dari lamunan.
Aku
terus kembali ke dunia nyata. Tanpa sedar aku sudah berjalan sampai ke rumah
rupanya.
“Assalamualaikum
ayah,” aku terus bersalaman dengan ayah yang barangkali baru pulang dari
masjid.
“Ayah
saja? Aku tak nak salam ke?” sapa satu suara.
Aku
sekadar mengukir senyuman sinis kepada Haikal yang turut berada di situ. Memang
aku perasan Haikal dan Pak cik Hakim juga ada di sana tetapi aku sengaja
berpura-pura tidak mahu menegur Haikal. Aku anggap dia tiada di hadapan aku
kini.
Aku
lihat ayah ketawa berdekah-dekah sambil menepuk-nepuk bahu Haikal. Ini pertama
kali aku tengok ayah ketawa dengan gembira. Bukanlah maksud aku ayah tidak pernah
langsung ketawa tapi ini kali pertama aku tengok ayah ketawa dengan penuh
bersemangat. Mungkin sebab Haikal merupakan bakal menantunya.
“Lambat
balik hari ni Harum,” celah Pak cik Hakim pula.
“Biasalah
pak cik, bas lambat. Lepas tu jalan jem,” jawab aku berbohong. Memang kena
pangganglah kalau aku kata ada lelaki tumpangkan aku balik.
“Lain
kali suruh saja Haikal ambik. Dia ni duduk rumah membongkang saja,” kata Pak
cik Hakim sambil menepuk bahu anaknya dengan kuat. Nampak macam sengaja.
Aku
pula tersengih. Huh, hendak harapkan Haikal datang jemput aku? Alamatnya memang
sampai esok pagilah dia takkan dapat cari jalan ke tempat kerja aku. Sesat aje
memanjang. Lepas itu nak salahkan kontraktor jalan pula yang sengaja buat jalan
berbelit-belit macam roller coaster katanya. Aku lebih rela balik naik bas
daripada suruh Haikal jemput! Dah tentu-tentu aku akan sampai rumah.
“Abah
ni, orang bukan membongkang tapi merehatkan minda dan mata. Lagipun orang baru
balik, gerentilah nak qada’ waktu tidur yang terbuang,” jawab Haikal
menafikannya dengan alasan loyar buruknya. Aku tak boleh kata apa. Dengan ayah
sendiri pun dia boleh buat loyar buruk.
Tapi
yang aku hairannya, ayah aku ketawa berdekah-dekah lagi. Lawak sangatkah loyar
buruk Haikal tadi? Oh aku lupa. Bakal menantu kesayangan.
“Apa
ni? Perangai tak senonoh,” Pak cik Hakim menegur anaknya itu.
“Orang
cakap yang betullah. Kalau tak percaya tanya Harum. Betul tak sayang?” kata
Haikal sambil mengenyit mata.
Entah
kenapa aku rasa macam hendak balas dengan bagi flying kick?
“Harum,
itu kawan Harum ke?” tanya ayah tiba-tiba.
“Hah?”
aku pantas berpaling. Alangkah terkejutnya apabila aku lihat Uzair berdiri
tidak jauh dari kami. Tiba-tiba jantung aku berdegup dengan kencang apabila
Uzair menghampiri kami. Aku perlu lakukan sesuatu!
Tetapi
Uzair terlebih dahulu memulakan langkah pertama.
“Maafkan
saya kerana menganggu, saya Ahmad Uzair, rakan sekerja Harum,” Uzair terus
memperkenalkan dirinya pada ayah aku dan begitu juga dengan Pak cik Hakim serta
Haikal.
Aku
langsung tidak dapat gambarkan perasaan aku ketika ini. Seluruh tubuh aku seram
sejuk. Bermacam-macam soalan bermain di fikiran aku sekarang. Macam mana Uzair
boleh ada di sini? Dia ikut aku tanpa pengetahuan aku ke tadi? Tapi kenapa?
Arghh! Semua ini boleh buat aku jadi gila!
“Harum
tak pernah ceritakan pasal kamu,” kata ayah sambil menjeling pandang aku. Aku faham
dengan pandangan ayah tadi. Nampak sangat dia tidak suka.
Aku
sudah kata dah. Aku dah agak dah. Itulah pasalnya aku suruh Uzair turunkan aku
jauh dari rumah. Lagi malang bila terserempak dengan bakal suami dan bapak
mertua aku. Habis! Hangus aku lagi ini.
“Err…
ayah…,” kata-kataku terus mati di situ apabila melihat jelingan ayah.
“Saya
tak berniat nak menganggu. Saya cuma nak pastikan Harum selamat sampai ke
rumah. Yelah, saya risau bila dia berjalan keluar malam-malam macam ni. Saya nak
hantar dia sampai ke rumah tapi dia pula tak bagi,” kata Uzair sekali gus
membuatkan kata-kata aku yang lambat disebabkan bas lambat dan kesesakan jalan
raya tadi menipu.
Aku
rasa macam tak sanggup berdiri berhadapan dengan mereka semua. Aku lihat ayah
tergamam. Begitu juga dengan Pak cik Hakim. Mata aku jatuh pada Haikal. Aku tak
tahu apa maksud di sebalik tindakan yang menatap handsetnya. Tidak peduli,
mungkin.
“Memandangkan
Harum dah selamat sampai ke rumah, saya nak minta diri dulu tapi sebelum tu ada
sesuatu yang saya hendak sampaikan,” kata Uzair kepada ayah aku.
Sudah!
Apa pula yang dia nak beritahu. Jangan dia beritahu dia dah jatuh cinta dengan
aku sudah!
“Saya
nak minta izin pak cik untuk berkawan dengan Harum. Saya betul-betul ikhlas
menyintainya.” Kata-kata Uzair tadi buat aku tergamam. Sudah! Hanguslah aku
nanti!
~~~
Memang
hangus. Penyaman udara yang dipasang di ruang tamu rumah aku sekarang macam
langsung tidak berfungsi. Panas semacam sahaja udaranya. Berpeluh-peluh badan
aku menghadap ayah yang hanya membisu sejak tadi. Ibu pula setia menemani aku
di sisi. Bila ayah senyap, aku dan ibu sekali terus senyap. Dua-dua tidak berani
berkata-kata. Itulah penangan ayah apabila sedang marah.
“Kamu
suka dengan lelaki tu ke?” tanya ayah mula bersuara.
Suara
ayah agak dingin. Dari suaranya aku sudah tahu ayah masih marah. Ayah juga malu
dengan Pak cik Hakim dan Haikal yang mendengar kenyataan Uzair tadi. Aku
sendiri tidak sangka Uzair boleh cakap begitu depan orang ramai. Depan bakal
bapa mertua dan suami aku pula. Sampai sekarang aku tertanya-tanya, adakah dia
sengaja bercakap demikian supaya dapat memporak perandakan kehidupan aku
selepas aku malukannya atau dia betul-betul tidak sengaja.
Aku
makin keliru.
“Ayah
tanya ni, kamu sukakan lelaki tu ke?” tanya ayah sekali lagi mencampakkan aku
keluar dari lamunan.
Aku
tidak tahu hendak jawab apa. Itu juga yang aku alami sekarang. Aku tidak tahu
ada lagikah perasaan cinta aku terhadap lelaki itu. Tindakan Uzair yang tidak
menentu membuatkan aku bertambah keliru dengan perasaan sebenarnya dan sekali
gus mempengaruhi perasaan aku.
Disebabkan
itu, perlahan-lahan aku jawab dengan gelengan.
“Berapa
lama Harum kenal dia?” tanya ayah lagi.
“8
tahun,” akhirnya aku bersuara. “Tapi, Harum hanya kenal dia dari jauh saja.
Harum jarang bercakap dengan dia cuma baru-baru ni…,” kata-kata itu sengaja aku
putuskan memandangkan ia terlampau rumit untuk diterangkan.
Aku
dengar nafas berat ayah.
“Ayah,
Harum minta maaf. Harum tak berniat nak tipu ayah dan ibu. Begitu juga dengan
keluarga Haikal tapi…,” aku tidak pasti sama ada aku patut luahkannya. Aku
menarik nafas panjang. Walau apa pun aku perlu hadapinya. “… Harum tak boleh
berkahwin dengan Haikal.”
“Harum…,”
ibu di sebelah bersuara.
“Ibu,
Harum faham kenapa ibu dan ayah nak Harum kahwin tapi bukan dengan cara
paksaan. Harum juga faham, ibu dan ayah dulu pun berkahwin bukan atas dasar
cinta tapi itu dulu. Ibu tak boleh samakan zaman dahulu dengan sekarang.
Semuanya sudah tak sama lagi. Zaman sekarang terlampau banyak cabaran.
Kadangkala hal kecil pun boleh berlaku penceraian. Harum tak nak berkahwin buat
masa sekarang sebab Harum tahu Harum belum bersedia untuk tanggung semua tu.
Berkahwin bukan untuk setahun dua tapi untuk selamanya. Harum sendiri tak tahu
memasak dan buat kerja lain. Ibu pun tahu semua tu bukan. Jadi, sebagai ibu,
ibu rasa Harum layak ke jadi isteri Haikal?”
“Sebab
tu ayah suruh kau belajar semua tu!” tengking ayah. “Umur kamu tu bukan belasan
tahun lagi tau. Dah nak dekat 30 tahun….”
“Memang
Harum dah jadi anak dara tua! Harum sedar semua tu tapi itu bukan tiket untuk
ayah paksa Harum berkahwin dengan orang bukan pilihan Harum. Lagipun ayah bukan
nak suruh Harum berumah tangga tapi ayah nak sedapkan hati ayah yang dapat
tutup mulut saudara mara dan jiran tetangga yang asyik bertanya tentang Harum!”
Ini
pertama kali aku meninggikan suara depan ibu dan ayah. Bukan bermakna aku
hendak jadi anak derhaka tetapi aku tiada cara lain lagi. Kalau aku terus
mendiamkan diri, aku pula yang merana.
“Harum,”
tegur ibu.
“Ibu,
boleh tak faham situasi Harum sekarang? Siapa tak nak bahagia dalam hidup ini?
Harum pun nak hidup bahagia tapi bukan dengan cara mendesak. Tak kira betapa
baiknya Haikal, Harum tetap tidak cintakan dia!” kata aku dengan nada tinggi
sambil berlalu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik aku hempas. Kuat. Aku tahu,
diri aku mula memberontak.
~~~
Aku
menangis. Menangis bukan sebab ayah bermati-matian dengan keputusannya hendak
kahwinkan aku dengan Haikal tetapi aku menangis sebab hanya kerana ingin
pertahankan pendirian, aku sanggup meninggikan suara dengan ibu dan ayah. Aku
rasa bersalah dengan mereka berdua. Pasti mereka berasa kecewa apabila
satu-satunya anak yang selama ini mereka sayangi bersikap kurang ajar dengan
mereka.
Air
mata yang mengalir sejak tadi aku seka. Aku perlu minta maaf pada mereka. Walau
apa pun yang mereka buat, mereka tetap ibu bapa kandung aku. Dan sebagai
seorang anak, aku patut hormat dengan keputusan mereka walaupun aku tidak
bersetuju perkahwinan ini.
Perlahan-lahan
aku bangun. Aku lihat jam. Tepat pukul 2.00 pagi. Aku langsung tidak sedar hari
sudah lewat. Anehnya aku langsung tidak mengantuk. Pasti ibu dan ayah sudah
masuk tidur. Lebih baik aku minta maaf pada esok pagi tapi dalam masa yang sama
aku berharap ayah dan ibu akan menukar fikiran.
Tekak
aku terasa haus. Baru aku teringat, sejak dari petang tadi aku langsung tidak
menjamah apa-apa makanan dan menyebabkan perut aku sudah berlagu. Tapi
sungguhpun begitu, aku tidak ada selera hendak makan. Aku keluar dari bilik.
Keadaan di luar bilik sudah gelap. Ibu dan ayah sudah masuk tidur. Aku terus
melangkah ke dapur untuk membasahkan tekak yang kering tapi langkah aku
terhenti di hadapan bilik ibu bapaku.
Aku
dengar suara ibu dan ayah. Mereka sedang berbual dan nama aku disebut beberapa
kali. Aku terus mendekatkan telinga pada pintu bilik mereka yang tidak tertutup
rapat.
“…
apa yang Harum kata tu mungkin ada benarnya. Kita terlalu memaksa dia. Dia
satu-satunya anak kita dan Idah tak nak jadi ibu yang memusnahkan kebahagiaan
anak sendiri. Walaupun Idah suka sangat dengan Haikal tu tapi kita tak boleh
paksa Harum sukakan Haikal juga,” suara ibunya kedengaran cuba memujuk ayahnya.
“Tapi
apa pula kata pihak lelaki nanti?”
“Itulah,
kita patut tanya Harum dulu sebelum buat keputusan. Budak sekarang ni bukan
macam kita dulu-dulu. Kalau kita paksa lagi mereka memberontak. Idah tak nak
Harum buat hal saja. Silap hari bulan dia melarikan diri masa hari perkahwinan
mereka, macam mana? Kita juga yang malu,” tambah ibu lagi.
Walaupun
dalam keadaan bersalah tapi aku tetap tidak boleh elak daripada tersenyum. Cara
ibu fikir sekarang macam dalam novel pulak. Tapi serius, aku tak pernah
terfikir pun hendak melarikan diri pada hari perkahwinan kalau aku berkahwin
dengan Haikal nanti. Aku rasa tindakan melarikan diri tu tidak matang dan memalukan.
“Nantilah
abang fikirkan,” suara ayah yang kecewa pula kedengaran.
Selepas
itu aku tidak mendengar lagi perbualan mereka. Barangkali masing-masing sudah
berhenti berbual. Aku kembali ke bilik. Tidak jadi hendak minum air. Dengar
suara ayah tadi lagi buat aku serba salah. Kini, aku semakin keliru.
~~~
“Harum,”
panggil satu suara. “Harum bangun.”
Aku
mencelik mata. Wajah ibu muncul di hadapan mataku. Menyedari hari sudah terang
aku terus bangun daripada pembaringan. Lantas aku pandang ibu yang tersenyum di
hadapan. Otak aku mula bekerja. Aku mula teringat apa yang berlaku semalam.
“Ibu...
Harum….”
“Cepat
mandi dan bersiap, Haikal tunggu kat luar tu,” kata ibu terus memintas.
“Hah?”
Aku blur. “Kenapa dengan dia?”
“Pergi
sajalah,” ibu memberi aku tuala dan menolak aku masuk ke dalam kamar mandi.
Pintu kamar mandi ditutup oleh ibu. Aku yang masih blur terkebil-kebil. Entah
apa pula rancangan ibu dan ayah kali ini.
Aku
menghela nafas berat. Tidak kira apa, aku perlu hadapi hari ini dengan penuh
berani. Haikal dengan aku perlu berbincang pasal hal ini. Ini berkenaan dengan
masa depan kami berdua.
~~~
“Praktikal?”
tanya aku sambil memandang Haikal yang sibuk membelek baju kameja yang dipakai
bersama kod hitam itu. Melihat Haikal yang memakai pakaian formal itu terus aku
teringatkan Uzair. Malam tadi berkali-kali Uzair telefon aku tetapi aku tidak
mahu menjawabnya. Ingin bersikap adil, aku memberi mesej kepada Uzair
mengatakan aku ingin bersendirian. Selepas itu aku terus menutup handset
sehinggalah sekarang.
“Ya,”
jawab Haikal. Aku kembali ke dunia asal.
“Aku
ingat kau dah habis belajar.”
“Memang
dah habis tapi habis belajar bukan bermakna dah boleh jadi peguam,” kata Haikal
yang masih lagi membelek dirinya di hadapan cermin. “Banyak step yang perlu
lalui. Ambil exam. Bila dah pass akan ada praktikal selama 9 bulan. A lot thing
to do,” tambah Haikal.
“Oh,”
balas aku pendek. Aku terus memerhati Haikal yang memilih beberapa baju kemeja
di butik yang kami masuk itu. Aku tidak faham kenapa Haikal mengajak aku
menemaninya membeli pakaian memandangkan dia akan menempuhi alam pekerjaan
sebenar tapi bila lihat dia yang tidak kisah dengan apa yang berlaku semalam
sekarang ini, aku rasa beban yang aku tanggung sudah berkurangan.
“Dulu
aku pernah terfikir nak jadi peguam tapi memandangkan aku ni ada penyakit
gemuruh yang keterlauan bila bercakap depan orang ramai, aku lupakan saja
cita-cita tu,” ujar aku sengaja hendak memeriahkan keadaan. Aku tidak mahu
memikirkan masalah yang dibelenggu buat masa sekarang walaupun aku teringin
sangat berbincang mengenainya.
“Aku
tahu. Kau pernah cerita dulu,” kata Haikal.
“Ye
ke? Kenapa aku tak ingat?”
Haikal
tersenyum. Melihat dia tersenyum peratus kegembiraan aku pada hari itu kembali
naik mendadak. Aku gembira kerana dalam keadaan begini dia mampu menggembirakan
aku. Malangnya, senyumannya itu tidak boleh membeli hati aku lagi.
“Tak
ingat?”
Aku
geleng. Memang betul-betul aku tak ingat.
“Masa
keluarga aku buat kenduri doa selamat selepas aku dapat tawaran belajar. Masa
tu kau datang jumpa aku dan ucapkan tahniah dank au beritahu pasal cita-cita
kau dulu nak jadi peguam.”
“Oh,
kenapa aku langsung tak ingat? Rasa macam diserang penyakit hilang ingatan
pula.”
“Bukan
kau tak ingat tapi kau tak nak ingat,” ujar Haikal kembali membuka kodnya itu. “Ah,
aku tak dapat bayangkan aku boleh pakai kod macam ni sepanjang hari. Hampir tak
bernafas,” rungutnya.
Aku
sekadar menggeleng. Memang sejak tadi Haikal sering merungut tentang pakaian
yang perlu dipakai olehnya. Aku hanya mendengar sahaja. Mendengar Haikal
merungut macam mendengar budak-budak merungut sampai aku terfikir, macam mana
orang macam Haikal boleh lulus peperiksaan jadi peguam? Hanya Haikal saja yang
boleh jawab tapi aku takkan bertanya soalan itu. Buang masa saja bila aku
teringatkan jawapan loyar buruk yang selalu diberi.
Percaya
atau tidak, kami menghabiskan masa selama 2 jam untuk beli pakaian kerja
Haikal. Pertama kali keluar dengan Haikal membeli belah barulah aku kenal
Haikal secara dekat. Hari ini aku belajar, Haikal seorang yang cerewet. Buat
sahaja dalam bab memilih baju tetapi bab makan juga.
Bayangkan
kami terpaksa membuat keputusan selama 30 minit untuk memilih apa yang hendak
di makan. Macam-macam aku bagi cadangan tetapi semuanya ditolak oleh Haikal.
Macam macam alasan yang diberi. KFC dan McDonald ditolak awal-awal sebab Haikal
tidak suka fast food. Fast food menggemukkan katanya. Dia kata sambil tengok
badan aku yang membuat aku rasa macam hendak sepak terajang je masa tu.
Kemudian
aku suggest pergi food coart yang terdapat di pusat beli belah itu tapi sekali
lagi Haikal menolaknya dengan alasan makanan food coart tak sedap. Sabar ajalah
aku. Akhir sekali tanpa berkata apa-apa, aku terus masuk Old Town Café. Nak tak
nak Haikal terpaksa mengekori aku masuk. Padan dengan muka dia. Tapi dia hanya
memesan minuman. Aku pula tidak peduli. Aku sudah lapar. Sudahlah malam tadi
aku tidak makan. Kini, perut aku betul-betul rindukan makanan.
“Kau
ajak aku keluar sebab nak teman kau beli baju saja ke?” Aku bertanya seraya
memecahkan kesunyian antara kami.
“Emm…,”
balas Haikal sambil membelek handsetnya.
“Kau…
tak nak tanya pasal hal semalam?” soal aku lagi.
Dia
senyap sambil merenung air kopinya. Melihat Haikal senyap begini, aku langsung
tak dapat agak apa yang sedang dia fikirkan. Aku juga tidak pasti, sama ada dia
setuju dengan aturan kedua keluarga ini. Dia nampak macam langsung tidak kisah.
“Aku
tak kisah,” jawabnya seperti dapat mendengar apa yang aku sedang fikirkan.
“Kau
tak kisah kita dijodohkan atau kau tak kisah ada lelaki lain dalam hidup aku?”
“Keduanya,”
jawabnya tanpa teragak-agak lagi.
Aku
terdiam. Lelaki ini tiada perasaankah?
“Aku
cuma harap kau gembira. Itu saja,” tambah Haikal. Dia nampak rileks. Seperti
perkara yang berlaku ini hanyalah satu masalah kecil. Walaupun begitu,
tiba-tiba aku rasa macam kehilangan sesuatu. Aku rasa kosong bila mendengar
reaksi Haikal.
“Kau
tak pernah sukakan aku, bukan?” aku memberanikan diri bertanya.
Haikal
menggeleng.
“Tapi
kenapa kau tak pertahankan pendirian kau untuk batalkan rancangan mereka?”
“Simple
saja. Kakak dan abang aku kahwin ikut pilihan keluarga. Walaupun mereka suka
ataupun tidak dengan pilihan keluarga, mereka terpaksa ikut. Jadi, bila sampai
turn aku, tak guna aku nak bantah.”
“Tapi
aku tak fikir macam tu. Aku tahu niat mereka baik tapi aku tak yakin kau boleh
hidup bahagia dengan aku. Malah, aku tak pernah terfikir hendak hidup bersama
dengan kau. Aku harap kau faham.”
Haikal
mengangguk.
“Aku
faham dan sebab tulah aku datang rumah kau awal-awal pagi berbincang dengan ibu
dan ayah kau. Aku harap rancangan nak jodohkan kita berdua dibatalkan.”
Aku
mengangkat kepala memandang mata Haikal. Aku lihat Haikal tersenyum.
Senyumannya seolah-olah memberi isyarat bahawa tiada apa-apa yang perlu
dirisaukan selepas ini.
X faham, apa sebenarnya yang Harum inginkan. Uzair yg playboy tu ataupun Haikal ala-2 sengal yg menjadi pilihannya. X sabar nk rasa tahu kesudahannya, n3 baru awak lambat sgt..
ReplyDeletesedih bg pihak Haikal. Oh Haikal bersabar ya.Klu Harum tak mau kat u, i ada.okey ;) LOL
ReplyDelete