Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Sunday 12 August 2012

Haruman Cinta: Bab 20




Kita ni tak mengganggu dia orang ke?” soal aku kepada Uzair yang memberhentikan kereta di hadapan sebuah restoran makanan segera Mc Donald. Dari dalam kereta aku sudah boleh nampak kelibat Haikal dan Mimi sedang berbual di sebalik dinding kaca itu.
Apa pula menganggu. Mimi yang ajak kita bukannya kita berdua terhegeh-hegeh nak kacau diorang berdua bercuti,” kata Uzair. “Lagipun ini mungkin percutian bujang terakhir kita berdua,” tambah Uzair. Dia tersenyum.
Lihat dia tersenyum, buat pipi aku panas. Cepat-cepat aku buka pintu kereta dan melangkah keluar. Kalau diteruskan mungkin boleh demam aku di situ. Baru-baru ini, selepas aku membuat keputusan menerima lamaran Uzair, pipi aku selalu sensitif. Kalau ibu cakap pasal kahwin, mulalah aku rasa panas. Begitu juga dengan ayah atau sesiapa sahaja yang cerita pasal kahwin. Tiba-tiba saja aku jadi pemalu. Macam perempuan zaman dulu-dulu pun ada.
Ibu kata, malu tandanya mahu!
Perghh!! Kata ibu lagi buat pipi aku rasa macam nak meletup. Rupanya inilah perasaan bila seseorang perempuan tu akan menamatkan zaman bujang. Itu baru pipi. Belum lagi masuk hati. Rasanya bunga-bunga yang tumbuh dalam hati ini macam sudah tak ada ruang lagi nak tumbuh.
Wah, bakal pengantin baru datang. Makin berseri-seri nampaknya!” kata Mimi apabila aku dan Uzair menghampiri mereka. Aku tak dapat menahan bibir aku daripada tersenyum.
Sebaik aku sampai ke meja, Haikal bangun dan berlalu ke kaunter pesanan. Begitu juga dengan Uzair. Aku dan Mimi duduk bersebelahan. Mimi tidak habis-habis bertanya tentang aku dengan Uzair. Bila nak kahwin. Kahwin nanti nak pakai baju warna apa. Siapa pengapit pengantin. Macam-macam lagi. Padahal kedua-dua keluarga masih lagi berbincang mengenai hal ini.
Akak baru je jumpa keluarga Uzair. Tarikh belum bincang lagi. Banyak perkara nak kena buat. Pertama, akak kena pergi kursus kahwin dulu. Itu yang penting. Ingat kahwin ni set tarikh, panggil tok kadi dan nikah?”
Bukan ke dalam tv selalu macam tu?” soal Mimi.
Itu dalam tv. Diringkaskan. Kalau nak cerita dari A sampai Z memang banyak perkara kena buat,” terang aku serba sedikit. Sejujurnya, aku pun terkejut bila ibu senaraikan apa yang perlu dibuat. Tambah lagi aku perlu merajinkan diri belajar memasak. Semakin lama jadual hidup aku semakin padat.
Ohhh... tapi Mimi teringinlah nak pergi kursus kahwin. Senanglah nanti kalau Haikal lamar Mimi mengejut macam Uzair buat pada Kak Harum,” kata Mimi. Kebetulan Haikal dan Uzair datang membawa makanan yang dipesannya. Haikal agak terkejut mendengarnya manakala Uzair tergelak.
Kenapa?” soal Mimi kepada Uzair.
Dapur pun jarang masuk, inikan pula nak kahwin. Jangan nak berangan,” kata Uzair.
Tak mengapalah. Mimi boleh belajar perlahan-lahan lagipun Haikal tak kisah kalau Mimi tak pandai masak,” pantas Mimi membalas mempertahankan dirinya.
Tak kisah?” aku pula bersuara. “Kalau Mimi nak tahu, Haikal ni agak cerewet dengan makanan. Cuma tengok, dia belikan untuk Mimi tapi dia tak beli apa-apa untuk dirinya kecuali secawan kopi. Itu maknanya dia cerewet. Dia tak suka makan fast food.”
Aku sengaja cuba takut-takutkan Mimi.
Betul ke?” soal Mimi.
Haikal sekadar tersenyum.
Jangan dengar cakap Kak Harum,” jawab Haikal cuba menafikannya.
Habis tu kenapa awak tak makan?” soal Mimi.
Sebab abang tak selesa memandu dengan perut penuh,” jawab Haikal dengan penuh sopan.
Haikal lain bebenar. Cara dia bercakap dengan Mimi lagi sopan daripada cara dia bercakap dengan aku. Aku tak pernah tengok dia sesopan itu. Malah menggelarkan dirinya “abang”. Wah, rasa macam diorang berdua ni macam suami isteri pulak. Aku dan Uzair pula tetap gunakan “saya-awak”. Bunyi macam budak-budak baru bercinta tapi nak buat macam mana? Dah sebati. Itu lebih baik daripada guna gelaran “honey-baby”, “ayang-sayang” dan macam-macam gelaran yang menggelikan.
Tengok, dia memang cerewet, bukan?” tegas aku tetap tak mahu mengalah.
Sekurang-kurangnya Mimi tahu sesuatu tentang abang Haikal,” kata Mimi yang cuba bersikap positif. Aku lihat Haikal. Dia tersenyum seperti mengetawakan aku. Aku menghadiahkan jelingan tajam. Sejujurnya, aku sendiri tak tahu kenapa aku rasa macam tak puas hati saja dengan pasangan ini!

~~~

Sepanjang perjalanan ke Cameron Highland aku banyak mendiamkan diri. Bukan tak ada apa-apa perkara yang perlu dibincangkan antara aku dengan Uzair. Banyak sebenarnya nak dibincangkan terutamanya apabila kami berdua buat keputusan untuk mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Tapi keadaan aku tak membenarkan aku bercakap. Kepala aku terasa pening. Tekak aku terasa loya. Uzair yang memandu juga tidak senang duduk bila melihat keadaan aku yang lemah.
Sudah berkali kali juga kami terpaksa menangguhkan perjalanan sebab aku mabuk. Apa boleh buat ini kali pertama aku jejak kaki ke Cameron Highland. Aku tahu jalan ke Cameron agak mencabar tapi aku tak tahu perut aku tak mampu bertahan untuk sampai ke puncak. Bila aku beritahu yang ini kali pertama aku jejak kaki ke Cameron, Uzair memang bantai gelak.
Tension pula aku dengar dia gelak. Lagi buat aku rasa macam hendak muntah. Tapi bila dia tengok aku menarik muncung panjang, barulah dia berhenti. Itupun senyap-senyap dia masih ketawakan aku dalam hati. Aku sudah tentulah malas hendak melayannya. Buang tenaga aku yang tinggal sikit saja. Lebih baik aku cuba melelapkan mata supaya tidak mabuk.
Rasanya tak sampai beberapa minit, Uzair mengejutkan aku. Bukak sahaja mata, aku sedari kami berada di hadapan rumah tumpangan yang juga merupakan milik keluarga Mimi Fazila. Aku seperti orang mabuk berjalan masuk ke dalam bilik yang aku kongsi bersama Mimi Fazila. Seterusnya, aku hanya ingat aku menghempas badan aku di atas katil yang empuk.
Sedar-sedar saja, hari sudah gelap. Aku lihat jam, sudah pukul 10 malam. Aku tak tahu berapa lama aku tertidur. Lantas aku mencapai handset untuk memberi mesej kepada ibu. Tapi aku dapat beberapa mesej daripada Uzair yang mengatakan dia sudah menelefon ibu bapaku dan beritahu bahawa kami sudah tiba di Cameron Highland. Aku tersenyum keseorangan. Ini yang membuatkan aku mula sayang dekat Uzair.
Kemudian aku baca mesej Uzair seterusnya yang memberitahu dia menemani Mimi melawat seorang kenalan mereka yang tinggal di sekitar itu. Barulah aku sedari Mimi tiada dalam bilik itu. Selepas membalas mesej Uzair, aku terus membersihkan diri.
Laparlah pulak,” kataku sendirian.
Tiba-tiba handset aku berbunyi. Dengan pantas aku mencapainya dan berharap itu daripada Uzair yang bertanya sama ada aku lapar atau tidak. Harap-harap. Tapi bukan. Mesej daripada Haikal. Mesej bergambar pula tu. Tanpa berfikir panjang aku terus membuka mesej itu dan terlihat gambar tomyam panas yang masih lagi berasap!
Wake up sleeping beauty! Jom makan! – Haikal.
Lihat saja gambar makanan, aku terus keluar keluar. Dari bilik aku lagi, aku dah terbau tomyam. Baunya... memang harum semerbak! Aneh. Aku sudah banyak kali makan tomyam tapi aku tak pernah rasa tomyam tu seharum ini sampai aku dapat jejak di mana ia berada! Langkah aku terhenti apabila aku lihat Haikal di beranda luar.
Aku ingat kau pergi ikut Mimi dan Uzair,” aku menegurnya.
Mimi ada ajak tapi rasanya tak penting kot. Lagipun dia orang nak jumpa kenalan,” jawab Haikal.
Kau masak?” aku bertanya. Aku tengok tomyam yang masih panas itu rasa macam hendak telan semuanya. Begitu laparnya perut aku.
Aku hanya akan mengaku ini aku masak kalau kau puji tomyam ni sedap,” jawab Haikal sambil tersenyum.
Yelah tu! Masalahnya, perut aku ni hanya nak makan. Tak kisah sedap atau tak,” jawabku berseloroh.
Kami menikmati makan malam dengan tenang. Angin malam di Cameron Highland, tomyam panas yang teramat sedap dan air teh stroberi menjadi teman kami malam itu. Sungguhpun begitu, aku tak banyak berbual dengan Haikal. Aku hanya makan dan makan sampailah aku rasa perut aku sudah penuh. Peduli apa. Aku memang betul-betul lapar. Mana tidaknya, aku hanya makan pagi. Itupun apa yang aku makan keluar balik ikut mulut. Seterusnya aku pengsan sampai malam. Memang patut pun aku makan banyak.
Tak sia-sia aku masak,” kata Haikal yang selesai mengemas meja dan membawa pinggan mangkuk ke dapur yang turut disediakan di rumah tumpangan itu.
Macamlah dia yang masak,” balasku yang mengekorinya membawa sebahagian pinggan mangkuk yang kotor ke singki. Tiba saja di dapur berkenaan, aku lihat keadaan dapur yang seperti baru digunakan orang. Aku pandang Haikal.
Kan aku dah kata,” kata Haikal.
Aku tak tahu pun kau pandai masak tomyam dan kalau kau pandai, kenapa kau suruh aku masakkan tomyam untuk kau hari tu?” Aku menyoal.
Saja,” jawab Haikal selamba.
Huh, tak faham betul dengan kau ni.” Aku malas hendak mengetahuinya dengan lebih lanjut dan terus membasuh pinggan-pinggan mangkuk yang kami gunakan tadi. Selesai mencuci, aku kembali menghampiri Haikal yang masih duduk di beranda.
Aku duduk sahaja, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran seekor kucing putih melompat ke atas meja. Bukan aku saja yang terkejut. Haikal pun terkejut sama. Kucing itu mungkin milik rumah tumpangan ini sebabnya ada loceng terikat di lehernya menandakan ia kepunyaan seseorang.
Wah, comelnya!”
Aku tak faham kenapa perempuan suka sangat kata kucing tu comel,” kata Haikal ketika aku membelai kucing itu.
Kucing memang comel dan kau tak boleh kata perempuan saja, lelaki pun ada yang akui kucing tu comel cuma lelaki yang ego saja akan menafikannya,” balas aku.
Lelaki yang ego, ya. Walaupun aku ada ego tapi aku tetap akan kata kucing tu tak comel. Tengok muka kucing tu betul-betul. Dia sengaja buat muka supaya orang nampak dia comel dan lepas tu dia akan cakar tangan orang tu. Kau tengoklah sekejap lagi,” komen Haikal lagi.
Haikal, kau takut kucing, tak payah nak nafikannya,” balas aku.
Haikal mengeluh.
Ya. Ya. Aku takut dengan kucing. Sekarang suruh kucing tu pergi main jauh-jauh,” akhirnya dia mengaku. Aku tersenyum kelucuan. Tapi, bila aku pandang wajahnya entah kenapa aku rasa macam Haikal lagi comel daripada kucing hah?
Sungguhpun begitu, aku terus membelai kucing itu sehingga ia tertidur di riba aku.
Tahniah,” kata Haikal tiba-tiba.
Untuk apa?”
Akhirnya kau jumpa juga hero yang kau nak,” katanya.
Itu pujian atau sindiran?” aku menyoal.
Lebih pada sindirian,” jawab Haikal.
Sekurang-kurangnya hero aku memang wujud.”
Ya,” akhirnya Haikal terpaksa mengakui.
Kau dengan Mimi... macam mana?” Aku pula mengambil peluang ini untuk menyoal habis-habisan. Aku masih lagi tidak puas hati sejak aku dapat tahu Haikal sudah kembali pada Mimi.
Macam tu,” jawabnya pendek. Satu jawapan yang bukan yang aku inginkan.
Macam mana dengan orang yang kau suka tu?” Aku terus bertanya.
Tiada lirik lagu yang sesuai buat kami,” jawab Haikal.
Hah?” Aku langsung tak faham dengan bahasa puitis Haikal. Kalau lawyer berpuitis macam nilah rupanya. Aku yang penggemar novel cinta pun langsung tak faham.
Macam... kau tak dapat mencari lirik lagu yang mampu gambarkan keadaan kau sekarang,” terang Haikal.
Serius aku tak faham. Boleh tak kau cakap dengan gunakan bahasa melayu yang aku faham?”
Okey, apa lirik lagu antara kau dengan Uzair?” Haikal menyoal.
Tak ada lirik lagu,” jawabku spontan.
Tak ada?” soal Haikal.
Aku mengangguk.
Serius tak ada?” Dia menyoal lagi. Kemudian dia pandang aku semacam. Pelik sangat ke kalau aku kata tak ada lagu antara aku dengan Uzair? Aku bukannya suka berpuitis!
Kau kena dapatkan satu lagu untuk gambarkan hubungan kau dengan Uzair,” cadangnya.
Aku rasa tak perlu. Aku dengan Uzair dah besar. Walaupun baru bercinta tapi bukan macam budak-budak sekarang yang baru nak belajar bercinta. Cinta tak perlukan lagu.”
Bukan orang bercinta saja yang perlukan lagu. Kadangkala lagu tu mengingatkan kita tentang orang-orang di sekeliling kita. Macam... aku dengan kau....”
Kau dengan aku?” Aku memandangnya pelik.
Ya. Bila aku jumpa kau, ada satu lagu yang sentiasa bermain di kepala aku.”
Lagu apa?”
Twinkle, twinkle, little star,” Haikal mula menyanyi.
Haikal, stop it!”
Tapi Haikal terus menyanyi. Walau bagaimana aku cuba menyuruh dia berhenti, dia terus menyanyi dan akhirnya aku sendiri terpaksa menadah telinga mendengar dia menyanyi.
Twinkle, twinkle, little star.How I wonder what you are.Up above the world so high,Like a diamond in the sky.Twinkle, twinkle, little star.How I wonder what you are.
Macam mana? Terharu tak?” soal Haikal selepas dia habis menyanyi.
Kalau aku terharu maknanya aku memang dah gila.”
Kalau macam tu, aku akan menyanyi sampai kau gilakan aku,” jawab Haikal.
Haikal, kalau kau berani nyanyi lagi aku bagi kucing ni kat kau nanti!”
Baru sahaja dia ingin menyanyi, tiba-tiba kami dikejutkan dengan kehadiran bunyi enjin kereta yang dipandu Uzair masuk ke pekarangan rumah tumpangan kami. Huh, nasib baik. Uzair, kau memang hero dan penyelamat aku!

6 comments:

  1. Huhuhu. Tak mampu nak kata apa2. Rasa sebak pula bila Haikal wish tahniah utk Harum.

    ReplyDelete
  2. Haikal siap suruh memendam rasa.... kan elok berterus terang.... sendiri makan hati....

    ReplyDelete
  3. sue : kadang2 kita nak luahkan tapi keadaan diri, situasi, perhubungan mampu membataskan. (eh, apasal ku rasa sedih sangat ni nak2 bila layan lagu kt blog GP baca entry ni)*menangis*

    ReplyDelete
  4. Haikal, Haikal, sampai bila nk pendamkan perasaan. Berterus-terang adalah jln terbaik, mungkin Harum pun sama tp dia juga cuba mengidakkan perasaan itu.

    Harum, think before it too late..

    ReplyDelete
  5. Why do i feel like uzair will ends up with mimi and haikal will ends up wz harum... I'm not psychic ok... Not do i hv telepathy ability.... Hahahaha....

    ReplyDelete