Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Friday 20 April 2012

Memo #1

Waktu pertama kali saya siarkan prolog Haruman Cinta, saya tertanya-tanya, betul ke saya buat untuk watak Harum Atikah ni? Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda? Emm… tak patut. Tapi sekian lama saya berfikir, ya, saya patut buat macam tu. Sebabnya, kenalah tahu kesinambungannya, ye tak?

Selepas setengah cerita, saya tertanya-tanya, aku ni tulis cerita genre apa hah? Nak kata cinta, emm… okehlah, adalah cinta tapi more to Harum life.  Dan sejujurnya saya sendiri tak tahu siapa yang dapat pikat hati Harum. Adakah Haikal, Uzair atau Shahir (watak yang belum muncul lagi). Semua watak ada kekuatan tersendiri dan saya pun tengah pening ni. Really, saya sukakan Haikal tapi Uzair dan Shahir tak kurang hebatnya. Korang pula pilih yang mana?

Tak dapat pilih? Sudah tentu, sekarang baru bab 5. Banyak lagi akan berlaku dalam hidup Harum. Jadi, teruskan menyokong Harum mencari teman sehidup semati dia (^_^).

yang menconteng
Garnet Putih (GP)

4 comments:

  1. mcm nak support haikal jer walaupon mulut longkang menyakitkan hati.. ;p

    ReplyDelete
  2. mizz acu,
    Walaupun dia bermulut longkang tapi hati dia baik. Sanggup dia menyanyi untuk Harum tidur hehe :)

    ReplyDelete
  3. Nyanyi laa sgtttt.. kalo saya pon sakit jiwa.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Garnet, x salah bila awak buat karya begini. Sekarang ini cinta x mengenal usia. Asalkan bahagia, kadang-2 bercinta atau berkahwin dgn lelaki yg lebih tua dari kita x semestinya bahagia. lelaki ygn muda lebih menghargai pasangannya kerana mereka mempunyai jiwa keanak-anakan. Itu yang penting...

    ReplyDelete