Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Tuesday 24 July 2012

Haruman Cinta: Bab 16




Hari Ahad. Dan seperti biasa, Uzair akan ajak aku keluar tapi seperti biasa, dia akan minta kebenaran daripada ayah dahulu. Ayah pula tidak membantah. Mungkin kerana Uzair bercakap dengannya terlebih dahulu. Kadangkala aku rasa macam anak dara tak cukup umur pun ada tapi memandangkan aku masih lagi anak dara mereka, jadi aku fikir tindakan Uzair minta kebenaran hendak keluar dengan aku pada ayah memang satu tindakan yang tepat.
Haikal sudah balik awal pagi tadi memandangkan tiket bas ke Pulau Pinang sudah habis pada waktu petang. Mahu tak mahu, dia terpaksa keluar awal-awal pagi. Ayah menyuruh aku menghantar Haikal ke Puduraya, atas alasan, kononnya, aku telah menyusahkan Haikal datang dari jauh. Bagi aku, kalau ayah tak suruh pun, aku tetap akan hantar Haikal ke sana atas dasar membalas jasanya. Tapi, Haikal pula membantah.
Waktu itu aku dapat rasakan mood Haikal tak baik. Aku sendiri tak pasti kenapa dia tiba-tiba kurang mesra melayan aku selepas aku bertanya pasal teman wanitanya. Aku yakin, mesti ada sesuatu yang tak kena antara dia dengan teman wanitanya dan aku harap, mereka bergaduh bukan disebabkan aku.
“Kenapa senyap saja?” tanya Uzair di sebelah sekali gus mengejutkan aku dari lamunan. “Tak sihat ke?” soal Uzair lagi.
“Tak ada apa-apa,” jawabku cuba tersenyum. “Hari ni kita nak pergi mana?” Aku bertanya.
Sengaja ingin mengubah tajuk perbualan. Kalaulah Uzair tahu aku sedang fikirkan masalah lelaki lain, entah apa pula reaksinya. Sebabnya aku tengok Uzair memang kuat cemburu tapi cemburu dia bertempat. Bila dia tak puas hati atau ada sesuatu yang tak kena, dia akan soal aku sampai dia rasa dia dah terima mesej positif, barulah cemburu dia hilang.
Ya. Betul kata Haikal, aku patut bersyukur sebab dapat lelaki yang menyintai aku dengan jujur seperti Uzair. Jadi, aku tak perlu ada rasa waswas lagi. Mungkin inilah masalah. Walau apa pun setiap percintaan pasti ada risikonya dan aku perlu bersedia menghadapinya mulai hari ini.
Tapi, macam mana aku nak beritahu Uzair yang aku dah terima dia? Aku tak pernah ada pengalaman bercinta. Menyintai orang adalah. Itu pun cinta monyet. Takkan aku nak beritahu, “Uzair, saya rasa awak dah lulus. Awak dah buat hati saya terpikat pada awak. Jadi, kita bercinta sekarang.” Agak pelik dan langsung tak romantik. Nak tak nak, tunggu sajalah tindakan Uzair seterusnya. Apa yang penting, mulai hari ini Uzair dah memiliki sebahagian dari hati aku.
“Harum, saya tengah bercakap dengan awak. Awak dengar tak?” soal Uzair tiba-tiba sekali lagi mengejutkan aku.
Ya Allah, aku ni kuat mengelamun betul sejak akhir-akhir ini.
“Err... apa? Sorry, sejak akhir-akhir ni saya letih sangat. Konsentrasi pun hilang entah ke mana.” Aku memberikan alasan. Tapi itu memang betul. Beberapa minggu ini aku selalu kerja lewat masa. Uzair pun sedia maklum dengan keadaan aku. Jadi, aku rasa alasan itu agak kukuh.
“Kalau macam tu kenapa tak beritahu awal-awal? Kita cancel sajalah hari ni,” dia bersuara.
“Tak nak!” Aku pantas menghalangnya. “Saya okey. Tak ada apa-apa.”
“Pulak? Tadi kata letih. Saya tak nak awak terlampau letih, nanti kalau awak sakit siapa yang susah?” nada suara Uzair lembut. Hampir cair aku seketika.
“Letih tu memanglah letih tapi saya tak fikir berehat kat rumah dapat hilangkan letih saya sekarang. Lebih baik saya lepaskannya dengan keluar berjalan-jalan.” Aku memberi alasan lagi.
“Betul?” Uzair bertanya lagi.
“Betul. Duduk kat rumah boleh buat saya stress.”
“Okey, jangan menyesal.”
“Setakat tengok wayang, buat apa nak menyesal,” aku menjawab.
“Siapa kata kita nak tengok wayang?”
Aku mengerut dahi.
“Habis tu?”
“Double date.”
“Double date?” Aku mengulang sambil otak aku cuba memproses maklumat yang diterima. “Dengan siapa?”
“Adalah orangnya,” jawab Uzair sambil tersenyum.

~~~

Sekarang baru aku tahu kenapa Uzair suruh aku pakai seluar semasa dia ajak aku keluar tadi. Jawapannya aku tahu selepas kaki aku melangkah masuk ke dalam pusat boling. Suasana di pusat boling pada hari ahad agak penuh dengan remaja-remaja menghabiskan masa di hujung minggu. Hanya sebahagian kecil saja aku lihat orang dewasa atau satu keluarga turut beriadah di situ.
Aku diberitahu oleh Uzair bahawa dia sudah membuat tempahan terlebih dahulu. Jadi, tiada masalah untuk mendapatkan gelanggang untuk bermain. Dia juga sudah sediakan semuanya untuk aku. Termasuklah membeli kasut untuk aku.
“Awak beli untuk saya?” Aku memandangnya terkejut.
“Mmm. Kenapa? Tak muat ke?”
“Muat tak muat itu bukan masalahnya tapi kenapa sampai nak beli kasut untuk saya? Walaupun saya tak selalu main boling tapi saya tahu kasut boling juga turut disediakan.”
“Memanglah disediakan tapi saya tak sanggup nak bagi awak pakai kasut bekas orang lain guna. Mana tahukan ada bateria yang boleh baca maut ke atau orang tu ada HIV ke atau H1N1 ke... kita mana tahu semua tu,” jawab Uzair memberikan alasan.
Aku terdiam. Bukan sebab terharu tapi teringat akan kata-kata Haikal semalam.
“Lelaki, akan jadi amat sensitif dengan keadaan sekeliling apabila dia menyintai seseorang. Mungkin kau takkan perasan dan mungkin kau akan rasa rimas bila mereka terlampau ambil berat terhadap kau nanti, tapi bila kau jumpa situasi begini, kau hanya perlu tahu, dia betul-betul serius menjalinkan hubungan.” Itulah kata-kata Haikal semalam.
Kata-kata itu masih lagi ternyiang-nyiang di telinga aku seolah-olah Haikal berada di sebelah aku dan berbisik di telinga aku. Aku harap kata-kata Haikal ini betul.
“Termenung lagi,” suara Uzair sekali lagi mengejutkan aku. Sedar-sedar saja, Uzair sudah berdiri beberapa meter dari aku.
“Sorry,” kataku sambil berlari mendapatkan Uzair.
“Apa yang awak fikir sebenarnya?” soal Uzair. “Fikir pasal kerja lagi ke?”
Aku hanya tersenyum. Lebih baik jangan menjawab. Nanti entah apa-apa yang keluar dari mulut aku ini. Aku perlu tukar topik sekarang!
“Tadi awak kata double date tapi...,” aku memandang sekeliling. Tempat yang kami tempah tiada pula kawan-kawan Uzair.
“Dia orang dalam perjalanan. Biasalah time time macam ni memang jalan agak sesak,” kata Uzair. Jawapan Uzair cukup buat aku mendiamkan diri. Sudah tak tahu hendak tanya soalan apa. Kalau aku tanya, siapa yang Uzair jemput gerenti aku akan terima jawapan yang sama. Jadi, lebih baik aku berdiam diri dan memakai kasut boling.
“Selalu main boling?” soal Uzair.
“Adalah sekali sekala.”
“Dengan siapa?”
“Kawan sekolah ataupun dengan Tiara.”
“Kawan sekolah tu lelaki ke perempuan?” soal Uzair cuba menyelidik.
Mendengar soalan Uzair terus buat aku tersenyum.
“Kenapa? Lucu sangat ke soalan saya tadi tu?”
“Kalau saya jawab kawan sekolah saya tu lelaki, awak nak buat apa?”
“Sekurang-kurangnya saya tahu perempuan yang saya tengah usha sekarang ni pernah ada kawan lelaki ataupun boyfriend,” jawab Uzair.
“Awak ingat saya ni tak laku ke? Dulu, masa sekolah ramai yang nak couple dengan saya tapi saya tak layan. Baru-baru ni pulak, keluarga saya nak jodohkan saya dengan anak jiran saya. Saya rasa awak tahukan. Jadi, walaupun saya ni tak ramai kawan lelaki tapi saya tetap ada peminat.”
Uzair mengangguk.
“Nampaknya, saya perlu belajar tentang awak dengan lebih mendalam lagi.”
“Hal lepas, awak tak perlu tahu sangat.”
“Kena jugak.”
“Kenapa?”
“Sebabnya, mana tahukan suatu hari nanti, kawan lelaki awak masa sekolah dulu muncul kembali dalam hidup awak dan cuba pikat awak... mestilah menggugat kedudukan saya, bukan?” ujar Uzair.
“Baru saya faham kenapa awak layak pegang jawatan pengurus. Otak awak ni memang sentiasa fikir ke hadapan. Sangat ke hadapan pula tu.” Aku memerli.
“Anggap sajalah saya ni banyak pengalaman dalam hal begini.”
“Jangan risaulah, kawan-kawan sekolah saya semuanya dah berumah tangga. Ada yang dah ada anak pun. Jadi, kedudukan awak masih tak tergugat lagi,” balas aku memberinya harapan sedikit.
“Abang Uzair!” sapa satu suara yang macam pernah aku dengar selama ini. Dari jauh aku lihat seorang gadis yang mirip Mimi Fazila menghampiri Uzair. Bila dia hampiri Uzair baru aku pasti, itu bukan mirip Mimi Fazila tapi memang Mimi Fazila!
“Mimi?” Aku mencelah inginkan kepastian.
Mimi Fazila lihat aku dengan wajah pelik. Aku yakin itu Mimi Fazila. Bukan sahaja muka, perangainya yang gedik-gedik manja pun aku kenal lagi.
“Kak Harum!” Mimi terus mendapatkan aku. Dia memeluk aku seperti terjumpa kawan yang terpisah lama. Tapi memandangkan aku sudah sedia maklum dengan perangai Mimi yang suka peluk orang, aku abaikan saja.
“Err... Mimi, akak tak boleh bernafas,” kata aku cuba meleraikan pelukan Mimi.
“Oh, sorry. Mimi tak sangka dapat jumpa akak kat sini. Akak buat apa kat sini? Dating ke?” soal Mimi bertubi-tubi. Kemudian, dia pandang Uzair dan pandangnya balik ke arah aku semula. “Akak kenal Abang Uzair? Oh my... jangan kata dialah perempuan yang abang cakap hari tu!” Mimi yang nampak teruja tadi, bertukar terkejut pula.
“Mimi kenal Kak Harum?” soal Uzair.
“Mestilah kenal. Dia...,” tiba-tiba Mimi berhenti berkata. “Err... kawan kepada kawan Mimi,” akhirnya dia bersuara. “Mimi tak sangka abang kenal dia.”
Uzair sekadar tersenyum.
“Mimi seorang saja ke? Abang mana?” soal Uzair sambil memandang sekeliling seperti mencari seseorang.
“Dia pergi beli air tadi. Hah, tu dia!” Mimi menuding jari ke arah seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam pusat boling.
Mata aku langsung tak berkelip memandang lelaki yang baru masuk tadi. Setiap langkahnya aku perhatikan sehinggalah dia menghampiri kumpulan kami. Sama. Itulah lelaki yang aku jumpa semasa di restoran KFC dahulu dan itu jugalah lelaki yang pernah bertakhta di hati aku. Shahir!
Jadi, inilah double date!
“Abang! Abang!” panggil Mimi di sebelah aku. “Mimi tak sangka, rupa-rupanya girlfriend Abang Uzair ni orang yang Mimi kenal,” ujarnya sambil memeluk bahu aku.
Shahir, lelaki yang segak walaupun hanya mengenakan t-shirt dan seluar sukan hanya mengangguk. Dari riak wajahnya, aku yakin, dia tak kenal aku lagi.
“Siapa tu?” soal aku kepada Mimi memandangkan Uzair dan Shahir sedang berbual.
“Abang Mimi,” jawab Mimi.
Sungguh kecil dunia ini rupanya.
“Handsomekan?” soal Mimi.
Aku sekadar menghadiahkan senyuman. Handsome tu memang aku sudah sedia maklum. Kalau tak, aku takkan luahkan perasaan pada Shahir dulu. Ah, kini aku harap Shahir tak ingat siapa aku. Kalau tak, mana aku nak campak muka nanti.
“Tapi, jangan main kayu tiga ya,” kata Mimi di sebelah seperti memberi aku amaran supaya setia pada Uzair.
“Mengarutlah.”
“Harum,” panggil Uzair memanggil aku. Dengan langkah berhati-hati aku bergerak ke sebelah Uzair.  kenalkan. Ini Shahir. Bakal bos awak nanti.”
“Hah?”
“Kenapa? Terkejut?”
Sudah tentulah aku terkejut. Siapa yang tak terkejut kalau dapat tahu cinta monyet aku dulu  akan jadi bos aku nanti.
“Hai,” sapa Shahir agak kekok. Sapaan yang tak mesra langsung. Tapi aku bersyukur kerana dia tak ingat aku lagi. “Uzair,” sapa Shahir sambil memandang aku dengan tajam. “Sekarang baru aku faham kenapa kau sanggup buat apa saja untuk teman wanita kau sampai sanggup batalkan cuti aku,” tambah Shahir yang sudah memandang Uzair.
“Betul-betul!” sokong Mimi. “Kalau Mimi jadi Abang Uzair pun, Mimi pasti buat perkara yang sama. Kak Harum memang baik dan cantik, tak macam girlfriend Abang Uzair yang dulu-dulu. Eee... tak kuasa nak melayan.”
“So, tolong jagakan Harum untuk aku ya,” kata Uzair kepada Shahir.
“Sekarang, baru aku menyesal nasihatkan kau cari girlfriend yang lebih normal. Bila dah dapat yang normal, kau pula jadi tak normal,” keluh Shahir sambil berlalu memakai kasutnya. Dia langsung tak pandang aku. Ini yang buat aku lagi takut.

~~~

Kami hanya bermain satu game. Semua ini salah aku kerana Uzair sangka aku terlampau letih untuk bermain. Menurutnya lagi, cara aku membuat lontaran seperti tak bermaya. Memang betul. Aku sudah cuba untuk menumpukan perhatian tapi tumpuan aku terganggu dengan pelbagai perkara dan satu-satunya adalah Shahir.
Bukan aku berharap aku dilayan seperti permaisuri tapi aku cuma berharap Shahir tegur aku seperti mana dia tegur Uzair dan Mimi. Ini, Shahir langsung tak tegur aku apatah lagi memandang muka aku. Macam aku dah buat satu kesalahan besar yang tak boleh dimaafkan. Aku yakin dia masih marah sebab Uzair kacau percutian dia dengan Mimi.
Suara Dato’ Omar yang mengatakan Shahir seorang yang panas baran pula ternyiang-nyiang di telinga aku. Ini menambahkan bebanan di fikiran aku. Akibatnya, aku langsung tak dapat menumpukan perhatian dalam permainan ini.
“Kita makan dulu ya, lepas tu saya hantar awak balik,” kata Uzair selepas kami keluar dari pusat boling. Shahir dan Mimi sudah jalan bersama di hadapan.
Aku mengangguk. Tak berani nak menolak permintaan Uzair walaupun aku rasa macam hendak pulang cepat. Aku tak boleh tahan dengan situasi tegang begini. Lagi aku berada di sini, lagi aku berfikir tentang keadaan aku di tempat kerja esok.
“Pasal boling tu, saya minta maaf.” Aku bersuara memecah kesunyian antara kami berdua.
“Tak mengapa. Kita boleh main lagi bila-bila masa.”
“Tapi Shahir....”
“Dia memang macam tu. Jangan risaulah.”
Tapi aku risau juga.
Kami kemudiannya berlalu ke bahagian food court memandangkan Mimi teringin sangat hendak makan ABC. Aku patut akui. Mujurlah ada Mimi yang pandai menceriakan suasana. Kalau tidak, rasanya mood aku lagi jatuh mendadak.
“Abang nak makan apa?” tanya Mimi setelah kami duduk di meja yang kosong.
“Abang tak lapar. Mimi beli sajalah apa yang Mimi nak,” kata Shahir.
“Okey. Jom,” Mimi menarik Uzair.
Aku turut bangun tapi belum aku ingin melangkah, Uzair menghalang aku.
“Biar saya saja yang beli. Awak nak apa?”
“Tak apa. Saya boleh beli sendiri.”
“Harum, awak tak beberapa sihat hari ni. Saya tak nak awak pengsan pula. Beritahu saja awak nak apa, saya belikan untuk awak,” kata Uzair tegas.
“Tapi....”
“Baik Kak Harum dengar cakap Abang Uzair. Nanti kalau dia marah, memang menakutkan,” celah Mimi sambil membuat mimik muka orang yang menakutkan.
“Hah, dengar tu,” sokong Uzair.
“Belikan saja ABC jugaklah,” akhirnya aku menurut.
“ABC sejuk. Saya takut awak lagi bertambah sakit. Saya akan belikan bihun sup ataupun nasi.”
“Saya tak ada selera nak makan nasi,” kataku.
“Okey, kalau macam tu bihun sup. Settle,” tanpa memerlukan jawapan aku, Uzair telah pun bergerak bersama-sama Mimi meninggalkan meja kami. Kini, hanya tinggal aku dan Shahir sahaja. Berdua tetapi mampu buat dada aku sesak.
“Jadi, kaulah bakal setiausaha aku?” soal Shahir mula bersuara.
Aku hanya mampu mengangguk.
“Aku tak tahu pula, bakal setiausaha aku ni...,” dia memandang aku dengan tajam. Pandangannya buat aku rasa macam dia sedang berdendam dengan aku. “... seseorang yang pernah luahkan perasaan cinta pada aku,” ujarnya lagi.
Lantas aku pandang wajahnya. Dia tersenyum. Aku terus hilang kata-kata. Aku tak sangka dia masih ingat lagi!
“Aku sengaja tak nak cakap depan Uzair. Dia tu akan jadi bertambah tak normal kalau dia dapat tahu pasal hal ni. Tapi, aku tetap nak cakap sesuatu.”
“Apa dia?”
“Hai Harum, kita berjumpa lagi,” sapanya dengan senyuman mesra.
Ya Allah, permainan apakah yang Kau sedang aturkan untuk hambamu ini?

7 comments:

  1. Erkkss... Shahir ni saja wat2 garang dpn uzair je laaa..
    Jgn skrg dia suka kat harum plak sudahh.. ;)

    ReplyDelete
  2. Please jangan cakap Shahir pun ada perasaan dekat Harum...

    ReplyDelete
  3. shahir org ketiga tu yang jatuh cinta kat harum kan? ish ish..

    ReplyDelete
  4. OH NOOOO!
    Kita dah agak dah Shahir ni hero ke 3.
    Haikal sila tabahkan hati hang nah. Takpa cek beri support sepenuhnya.Fighting:)

    ReplyDelete
  5. TIDAK!!!!

    Habis kau Harum, semua lelaki yg ada kaitan dgn awk dh pun berada disekeliling. Ya mana akan jadi pilihan hati, itu kena tggu pulak kan? cian kat Haikal, makin susah nk dptkan gadis idaman dihati....

    ReplyDelete
  6. tu dia... sekali mai 3 sekali yg ..... now, really excited nak tau siapa pilihan harum sebenarnya... ni dh kira cinta bersegi2 ni... hehehehe...

    ReplyDelete
  7. alamk cinta monyet dh ade dpn mate...kecoh la lps nie..sape la plihn cik Harum ye...

    ara

    ReplyDelete