“Kalau
tak sihat tu, tak payahlah pergi kerja,” nasihat ibu.
Aku
sekadar mengangguk. Tapi nasihat ibu tadi seperti masuk telinga kanan keluar
telinga kiri. Ini memang betul. Bukan aku berpura-pura tak sihat. Aku dapat
rasa badan aku berbahang. Semalam, selepas Uzair hantar aku balik rumah, aku
terus jumpa katil dan bantal. Aku hanya bangun apabila ibu panggil makan dan
sembahyang. Kemudian, aku tidur balik sehinggalah pagi ini.
Bangun
sahaja dari tidur, aku rasa seluruh badan aku berbahang dan seram sejuk. Sah.
Aku memang demam. Jalan pun tak beberapa betul dan tekak aku terasa loya.
Memang beginilah keadaan aku apabila demam. Semuanya serba tak kena. Tapi aku
tetap tak percaya aku demam.
Selalunya
aku hanya akan demam selepas terkena hujan tapi berbeza pula kali ini. Aku
demam hanya kerana banyak berfikir. Macam-macam aku fikir sampai otak aku tak
dapat menampung segalanya. Buat julung-julung kalinya hidup aku dikucar-kacirkan
dengan kehadiran insan bernama lelaki.
“Tak
bolehlah ibu. Hari ni bos baru Harum masuk kerja. Nak tak nak Harum kena masuk
ofis jugak,” aku menjawab. Ini bukan alasan. Ini keterpaksaan. Kalau hari ini
tak ada apa-apa yang penting, memang aku dah lama berselubung dalam selimut
sekarang.
“Yelah.
Ibu tahu tapi takkanlah sampai macam tu sekali. Kalau ada apa-apa yang berlaku
macam mana?” kata ibu lagi ternyata memang risaukan keadaan aku.
“Ibu
jangan risaulah, pandailah Harum jaga diri nanti,” aku cuba menyakinkan ibu
walaupun sebenarnya aku sendiri tidak yakin bahawa aku akan bertahan di sana
nanti.
“Jangan
paksa diri sangat. Kalau dah rasa tak larat tu balik rumah saja,” pesan ibu
yang sudah tidak tahu bagaimana hendak menghalang aku daripada pergi kerja.
Aku
sekali lagi mengangguk.
“Kalau
rasa tak larat nak balik rumah seorang diri, mintak tolong Uzair hantarkan,” suara
ayah pula kedengaran. Aduh, ini yang aku tak suka ni. Tiba-tiba aku jadi rimas.
Kenapa mesti hendak minta bantuan Uzair. Aku mampu bertahan lagi. Aku bukannya
sakit tenat. Cuma demam biasa saja. Dan sepanjang hidup aku menghidap demam,
aku tak pernah pengsan. Jadi, tak ada apa yang perlu dirisaukan.
Aku
tak berani membalas kata-kata ayah. Aku faham, selaku anak tunggal dalam
keluarga ini, apa-apa sahaja yang berlaku terhadap aku, pasti ibu dan ayah
berasa kurang senang.
Tapi,
perlu ke dia orang risaukan aku sampai macam tu sekali? Ah, sungguh aku tak
faham dan aku tak mahu fikirkannya. Lagi aku fikir, bertambah beratlah kepala
aku.
~~~
Baru
sahaja aku melangkah masuk ofis, Kak Nana sudah meninggikan suara.
“Harum!
Mana invoice yang akak bagi Harum minggu lepas? Dah siap ke belum?” soal Kak
Nana bertubi-tubi. Tapi belum sempat aku hendak menjawab, dia kembali
menyambung bersuara. “Harum tahu tak invoice tu penting? Dari minggu lepas akak
bagi takkan tak siap-siap lagi? Kau buat apa dalam bilik tu? Mengelamum?”
Aku
ada sebab kenapa aku langsung tak menjawab soalan Kak Nana tapi sebaliknya
terus masuk ke bilik aku sambil diikuti oleh Kak Nana yang masih lagi membebel.
Serius, otak aku langsung tak boleh hadam apa yang dibebelkan oleh Kak Nana.
“Kau
dengar tak ni?!” soal Kak Nana lagi.
Aku
lantas menutup mulut Kak Nana dengan menghulurkan sebuah fail kertas.
“Invoice
ada dalam tu,” beritahu aku.
Aku
perasan Kak Nana tersentap. Fail dari tangan aku terus dirantapnya dengan
kasar. Dia membelek beberapa kertas yang ada di dalam itu.
“Huh,
kalau dah siapkan awal-awal kenapa tak bagi awal? Buat aku stres saja!” kata
Kak Nana sebelum pergi.
Aku
menggeleng. Ingat dia seorang saja yang akan hidap stres? Aku lagilah stres
dengan perangai dia. Awal-awal pagi sudah serang orang. Kalau hendak serang
pun, tunggulah sampai waktu kerja dulu. Selalunya masa macam ini, dia sibuk
dengan alat soleknya. Hisy, tak faham. Tak faham!
Baru
sahaja aku duduk di kerusi aku, handset aku berbunyi. Daripada Uzair. Entah apa
pula mimpi dia telefon aku pagi-pagi buta sebelum waktu pejabat. Selalunya, dia
jarang ganggu aku waktu pejabat. Tanpa berlengah lagi aku terus menjawab
panggilan Uzair.
“Ayah
telefon tadi, kalau dah demam kenapa degil sangat nak pergi kerja?” soal Uzair
belum sempat aku mengucapkan ‘helo’ atau salam.
“Ayah?
Ayah siapa?” soal aku. Takkanlah ayah Uzair tahu demam pagi ini. Tapi,
mustahil! Aku langsung tak pernah berjumpa dengan ayah Uzair! Takkanlah ayah
aku! “Ayah saya ke?” aku menyoal.
“Habis
tu ayah siapa lagi?”
Aku
menghala nafas pendek. Buat aku panik saja. Aku hampir-hampir hendak tanya sama
ada ayah dia adalah ahli nujum yang boleh meramal masa depan! Mujurlah.
“Sejak
bila kita berdua ni ada ayah yang sama?”
“Jangan
nak ubah topik,” balas Uzair.
“Saya
tak ubah topik. Siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba lelaki yang belum jadi
suami saya panggil ayah saya dengan panggilan ‘ayah’.”
“Itu
maknanya saya dah lulus untuk jadi menantu dia. Tengok pagi tadi, awal-awal
lagi dia telefon supaya tengokkan anaknya yang degil nak sangat datang kerja
walaupun demam.”
“Alah,
demam saja. Bukannya ada penyakit berbahaya pun...,” kata-kata aku terhenti
apabila telefon di meja aku berbunyi. Tanpa berlengah lagi aku terus meminta
Uzair supaya tunggu sebentar sementara aku menjawab panggilan rasmi itu.
“Harum,”
suara Kak Qaseh kedengaran.
“Ye
Kak Qaseh,” jawab aku.
“Datang
ke bilik mesyuarat utama sekarang. Pagi ni Dato’ nak buat mesyuarat dengan
semua pengurus-pengurus sempena kedatangan pengurus baru. Bos Harum tu, dia
akan masuk hari ini,” terang Kak Qaseh. “Tolong akak setup apa yang patut.”
“Err...
lima minat,” aku menjawab sebelum Kak Qaseh menamatkan talian.
Kemudian
aku kembali menyambut panggilan Uzair.
“Sorry
Encik Uzair. Hari ni bakal bos saya akan masuk kerja. Saya kena tolong Kak
Qaseh setup bilik meeting.”
“Saya
baru dapat mesej tadi dari Tiara,” balas Uzair.
Aku
tersenyum. Untung (giler) bila dapat boyfriend yang sama kerja rupanya. Tak
delah timbul unsur tak percaya bila ada hal penting macam ini.
“Harum,”
panggilnya. “Jangan pengsan!”
“Jangan
risaulah. Setakat demam saja. Takkanlah sampai nak pengsan!” kataku berseloroh dengan
penuh bongkak sebelum menamatkan panggilan. Tanpa berlengah lagi aku segera
mencapai sebuah buku serta sebatang pen dan segera berlalu naik ke tingkat tiga
iaitu tempat di mana terletaknya bilik mesyuarat utama.
Baru
sahaja aku hendak masuk ke dalam bilik itu, aku terserempak dengan Kak Qaseh
yang kelihatan tergesa-gesa.
“Hah,
Harum. Akak baru dapat arahan dari Dato’ tadi. Dia nak akak sediakan makanan
sikit untuk semua pengurus dan eksekutif selepas mesyuarat nanti. Akak akan
setup bilik mesyuarat ni. Harum tolong setup bilik makan. Akak dah suruh orang
admin handle hal makanan. Tolong pastikan semuanya berjalan dengan lancar,”
terang Kak Qaseh.
Tanpa
berkata apa-apa aku terus menurut perintah. Aku terus berlalu ke bilik makan
yang sememangnya khas untuk orang jawatan tinggi-tinggi menikmati makanan
selepas terdapat mesyuarat penting. Biasanya setiap kali mesyuarat, tak kiralah
mesyuarat besar mahupun kecil, pasti ada makanan dan minuman yang disediakan. Aku
sudah lali dengan semua ini semasa bekerja di bahagian admin.
“Kak
Harum,” panggil satu suara tatkala aku ingin memulas tombol pintu bilik makan.
Aku berpaling dan terlihat Zana dan Liyana, rakan sekerja aku dulu berlari
mendapatkan aku. “Akak tahu mana perginya kunci bilik makan?”
“Hah?”
Aku terkejut bila ditanya soalan itu. “Bukan ke bilik ni admin yang pegang?”
soal aku lagi. Aku bukan lagi pekerja bahagian admin dan sudah tentulah bukan
aku yang pegang.
“Tak
ada. Kita orang dah cari,” jawab Liyana.
“Kak
Gayah pula cakap, akak yang pegang kunci tu,” kata Zana pula.
“Ya
Allah, akak dah serahkan semua kunci tu pada Kak Gayah,” aku mengeluh.
Aku
masih ingat lagi, sebelum aku pergi tinggalkan bahagian admin, aku sudah
serahkan semua kunci-kunci itu kepada Kak Gayah seperti yang diarahkan oleh
Encik Alias. Malah, aku sendiri pernah suruh dia sain surat alih tugas. Kalau
dia sengaja hendak menganiaya aku, memang silap langkahlah.
“Itulah.
Zana pun nampak masa Kak Harum serahkan semua kunci-kunci tu pada Kak Gayah.
Tapi bila Zana minta tadi, Kak Gayah suruh minta dekat Kak Harum,” kata Zana
dengan yakin.
“Sudahlah.
Kunci tu bukan masalah sangat. Akak akan uruskan hal kunci tu. Siapa yang
uruskan hal makanan?” Aku menyoal.
“Kak
Gayah arahkan Liyana yang uruskan. Masalahnya, Liyana tak pernah uruskan hal
makanan. Sudahlah Dato’ tu cerewet bab-bab makanan ni,” Liyana menjawab.
“Habis
tu belum order lagilah ni?” Aku menyoal. Entah bala apa yang datang buat dunia
aku kucar-kacir pagi-pagi Isnin ini.
Masing-masing
menggeleng. Terpancar wajah keresahan dua orang gadis di hadapan aku ini.
Masing-masing sudah mati kutu hendak buat apa.
“Okey,
jangan panik!” Aku bersuara akhirnya walaupun pada masa itu aku juga panik. “Zana,
pergi ke bahagian keselamatan jumpa Encik Hamdan dan mintak kunci bilik makan
kat dia. Hanya Ketua Pengawal saja yang ada kunci pendua. Pergi cepat dan lepas
tu setup mana yang patut bilik makan ni. Akak dengan Liyana akan uruskan hal
makanan,” arah aku tanpa berlengah lagi.
Zana
terus pecut laju meninggalkan kami berdua.
“Hari
ni akak ajar Liyana order makanan. Lepas ni, jangan harapkan Kak Gayah seorang
uruskan hal makanan, faham?” aku mengertaknya sedikit. Gadis muda itu seakan
ingin menangis tapi aku tak ada masa hendak memujuknya.
Aku
terus mengajarnya bagaimana hendak memesan makanan. Memberitahunya makanan yang
dilarang sama sekali dihidangkan bila melibatkan Dato’ Omar. Mujurlah aku
membawa buku catatan yang terdapat senarai restoran yang menyediakan khidmat
sarapan. Walaupun agak tergesa-gesa dan kebanyakan restoran yang aku hubungi
tidak mampu hendak menyediakan sarapan yang aku minta, tapi aku bernasib baik
kerana mempunyai pengalaman dalam menguruskan hal ini.
“Okey,
makanan dah settle cuma ada masalah sikit. Orang tu tak dapat hantar ke sini
sebab ada tempahan lain yang diorang kena handle. Jadi, kita kena ambil makanan
kat sana,” kataku sambil menggaru kepala, memikir jalan penyelesaiannya.
Tiba-tiba
handset aku berbunyi. Aku lantas menjawabnya.
“Harum,
meeting akan bermula sekejap lagi. Pengurus baru dah sampai, sekarang ada kat
bilik Dato’ Omar. Semua setiausaha sepatutnya dah ada kat sini. Cepat naik,”
arah Tiara seperti berbisik.
“Okey,
lima minit.” Aku terus mematikan handset. “Akak kena naik. Mesyuarat dah nak
mula.”
“Habis
siapa yang nak pergi sana? Kami tak ada kereta dan tak tahu langsung tempat tu,”
balas Zana sudah mula panik.
“Suruh
Kak Gayah. Dia tahu tempat tu. Selama ni pun dia uruskan hal ni. Akak naik
sekarang. Kalau ada masalah, mesej akak.” Tanpa berlengah lagi aku yang memakai
kasut tinggi terus berlari menaiki anak tangga ke atas.
Tiba
di atas, Tiara menarik aku masuk ke dalam tandas.
“Kenapa?”
“Kau
pergi mana?” soal Tiara sambil membuka sebuah beg kecil yang penuh dengan
barang make up dia. Dia menghulurkan bedak muka kepada aku. “Pakai ni, muka kau
dah berpeluh. Macam orang tak mandi saja.”
Tanpa
berlengah lagi aku terus menepek sedikit bedak pada muka aku. Memang betul pun
kata Tiara. Muka aku macam muka orang bangun tidur. Berminyak. Tidak cukup
dengan itu tudung aku juga nampak macam tidak terurus. Mujurlah Tiara tarik aku
masuk ke dalam tandas, kalau tak gerenti Shahir takkan mengaku aku
setiausahanya.
“Bos
aku kata kau demam, betul ke?” soal Tiara sambil meletakkan tangan di dahi aku.
“Gila panas! Kau nak cari penyakit ke?”
“Alah,
demam sikit saja. Lepas habis ni aku rehatlah,” balas aku sambil mengenakan
menyembur minyak wangi Tiara.
Orang
kata, tak baik sembur minyak wangi semasa dalam tandas. Ini kerana bau tandas
akan melekat bersama-sama minyak wangi itu tapi apa aku peduli. Aku sudah
terdesak! Takkanlah aku hendak sembur minyak wangi depan orang ramai kat luar
tu.
“Kau
akan duduk sebelah aku nanti,” arah Tiara yang mungkin tak dapat berbuat
apa-apa dengan demam aku.
“Tahulah
sayang,” aku menjawab dengan senyuman.
Selepas
memastikan semuanya okey, aku dan Tiara keluar dari tandas dan berlalu ke
sekumpulan pekerja perempuan yang juga berpangkat setiausaha bagi
pengurus-pengurus yang ada dalam syarikat ini. Rasanya macam dalam mimpi pun
ada.
Jika
dahulu aku sering impikan aku akan jadi salah sebahagian daripada mereka, kini
impian aku dulu sudah menjadi kenyataan. Aku berada dalam kalangan mereka
sekarang.
“Harum,
macam mana dengan makanan? Akak tak dapat hubungi Kak Gayah,” Kak Qaseh menyoal
sebaik-baik sahaja aku menghampiri mereka.
“Saya
dah order makanan tapi ada masalah sikit sebab orang tu tak dapat hantar ke
sini.”
“Habis
tu?”
“Akak
jangan risau. Tahulah Kak Gayah nak handle. Bukan ke selama ni dia yang uruskan
bab makanan,” aku cuba tenangkan Kak Qaseh walaupun sebenarnya aku sendiri tak
yakin.
“Harap
macam tulah!” keluh Kak Qaseh.
“Kenapa
akak nampak macam panik saja ni?” soal Tiara.
“Mahu
tak panik. Akak dapat tahu minggu depan baru pengurus baru masuk kerja tapi
tiba-tiba awal-awal pagi tadi akak terima arahan dari Dato’ Omar. Kalau setakat
setup bilik meeting tak apalah lagi tapi tiba-tiba pulak dia kata nak buat
jamuan ringan,” keluh Kak Qaseh lagi.
Aku
faham keadaan Kak Qaseh. Dahulu, semasa aku berada di bahagian admin juga
sering terima arahan mengejut macam itu. Apa lagi, memang kucar-kacirlah
keadaan di sana.
“Ini
pun lepas jamuan nanti akan ada meeting pasal tender baru. Semua pengurus
terlibat. Lepas tu, ada jamuan makan tengah hari lagi,” beritahu Kak Qaseh.
“Makan
lagi?”
Meeting
dengan makan memang tak boleh dipisahkan bagi orang-orang atasan di syarikat
aku bekerja. Tapi bukan itu yang membuatkan aku terkejut. Aku mula panik bila
terfikirkan tentang makanan tengah hari nanti.
“Itu
jangan risau. Mujurlah dia orang semua akan keluar makan dekat luar. Jadi, Kak
Qaseh dah booking tempat di Restoran Seri Melayu.”
“Ohh...,”
aku mengeluh lega. Tapi bila Kak Qaseh berkata tentang Restoran Seri Melayu,
terus aku teringat peristiwa aku dengan Uzair dahulu.
“Semua
setiausaha terlibat ke?” soal Tiara.
“Mestilah.
Di mana ada ‘suami’ di situlah ada ‘isteri’!” jawab Kak Qaseh.
“Apa?
Terlibat apa?”
“Makan
tengah hari tu,” jawab Tiara.
“Hah?
Ala, baru ingat nak tidur masa rehat nanti,” aku mengeluh.
Tidak
lama kemudian, kelihatan beberapa orang pengurus masuk ke dalam bilik mesyuarat
bersama-sama setiausaha mereka. Dato’ Omar dan pengurus baru langsung tidak
kelihatan lagi. Begitu juga dengan Uzair. Aku yang berada di dalam sudah tidak
senang duduk. Gemuruh pun ada.
“Rileks.
Biasanya kalau mesyuarat macam ni hanya bual-bual kosong saja. Dato’ Omar
sekadar nak perkenalkan pengurus baru,” bisik Tiara di sebelah.
Aku
cuba bertenang. Baru sahaja aku rasa segala beban lepas dari bahu aku,
tiba-tiba telefon bimbit aku bergetar. Ada satu mesej masuk. Aku lantas membuka
dan membacanya.
Kak
Harum, kami tak dapat cari Kak Gayah! Macam mana ni! – Liyana.
Aku
mengeluh lemah. Entah bala apa yang selalu menganggu aku pagi ini.
“Kenapa?”
“Diorang
tak dapat cari Kak Gayah. Budak-budak admin sekarang ni tak tahu nak buat apa.”
“What?”
“Aku
nak pergi tolong dia orang,” aku lantas bangun tapi Tiara pantas menarik aku
kembali ke tempat duduk.
“Kau
dah gila? Kau bukannya admin lagi. Kau dah jadi setiausaha. Pengurus kau akan
masuk hari ni. Jangan cari pasal Harum,” Tiara mengingatkan aku.
“Habis
tu, takkan aku nak biarkan budak-budak tu handle benda ni sorang-sorang,” tegas
aku sekali lagi bangun. Baru saja aku jalan beberapa tapak, aku kembali kepada
Tiara. “Aku nak pinjam kereta kau.”
“Untuk
apa?” Tiara menyoal.
“Nak
pergi ambil makanan. Nak guna pemandu leceh pulak sebab kena isi borang
pelbagai.”
“Kau
dah gila ke? Kau tu dah la demam.”
“Ala
Tiara. Kali ni saja. Ini pun untuk bos aku jugak.”
“Hisy,
aku sendiri tak tahu kenapa semua orang nak kucar-kacirkan hidup kau,” keluh
Tiara sambil menghulurkan kunci keretanya. “Ingat, pandu perlahan-lahan.”
“Jangan
risaulah. Jalan kat KL ni memang susah nak pandu laju-laju!” kataku selepas
kunci bertukar tangan. Tanpa berlengah masa lagi aku lantas berlari ke bawah.
Mujurlah masa itu Dato’ Omar dan yang lain belum lagi masuk bilik mesyuarat.
~~~
Aku
memberhentikan kereta di hadapan bilik makan. Kelihatan Zana sudah pun menunggu
ke datangan aku dan Liyana yang mengambil makanan tadi.
“Ada
sesiapa cari akak tak?” aku menyoal Zana.
Zana
menggeleng sambil mengambil bekas-bekas yang berisi makanan di dalamnya yang
terletak di bahagian bonet kereta. Mujurlah bonet kereta Tiara agak besar untuk
meletakkan semua makanan-makanan itu. Selesai mereka mengeluarkan semua makanan
yang ada, aku terus memandu kereta Tiara ke tempat parking.
Baru
sahaja aku keluar dari kereta, aku terasa handset aku bergegar. Lantas aku
mencapai dari poket aku baju aku. Terkejut apabila melihat ada beberapa misscall
dan mesej yang aku terima. Semuanya daripada Uzair dan Tiara. Kalau daripada
mereka, tak lain tak bukan mesti risaukan keadaan aku. Aku ingin membalas mesej
tersebut tetapi tangan aku kaku apabila melihat satu tubuh berdiri di hadapan
aku.
Shahir!
Shahir
memandang aku. Pandangannya sangat tajam seakan-akan ingin menerkam aku
sekarang. Dari jauh aku dapat rasa satu aura hitam di sekelilingnya. Tiba-tiba
aku rasa badan aku yang berbahang tadi menjadi seram sejuk.
“Kau
pergi mana tadi?” soal Shahir melangkah perlahan-lahan menghampiri aku.
“Pergi...
ambil makanan untuk jamuan sekejap lagi,” aku menjawab dengan tenang padahal
satu tubuh aku sudah mula menggigil.
“Aku
nak tanya kau, apa jawatan kau?” soal Shahir langsung tidak senyum.
“Setiausaha,”
jawabku.
“Setiausaha
kepada siapa?”
Sudah!
Dia dah marah!
“Setiausaha
Pengurus Pemasaran, Encik Shahir,” aku memberanikan diri menjawab dan rela
mendengar maki hamun daripada Shahir.
“Tapi,
peliknya aku tak suruh pun kau buat semua ni. Aku tak suruh pun kau pandu
kereta pergi ambil makanan!” Shahir sudah mula menengking. Kini baru aku dapat
lihat panas barannya.
“Saya....”
“Aku
tak nak dengar apa-apa lagi. Mulai hari ni, kau bukan setiausaha aku! Berambus
kau dari ofis aku sekarang. Aku tak perlukan setiausaha macam kau!”
Aku
kaget. Terkejut dengan situasi yang berlaku tadi. Aku lihat Shahir sudah pergi
jauh. Aku ingin memanggilnya untuk memberi penjelasan tetapi tekak aku langsung
tak mampu lontarkan suara. Pandangan aku pula semakin lama semakin gelap. Tubuh
aku pula seperti melayang dan kali terakhir, aku menyedari tubuh aku sudah
jatuh ke tanah. Dan gelap...
Gayahh ni lempang kang br tau!
ReplyDeleteYg shahhir nak mrh2 apesal.. Hishh.. Ksian harum!
Writer, kasik bos hantam skit sama gayah tu... Nana skali. Nyampahh!
cian Harum x pasl2 kene pecat...mst Shahir angkt 2... nk buat baik diri sndiri tkena..
ReplyDeleteara
Gayah tu nak bergaya ja kut.... sengaja nak kenakan Harum tu....
ReplyDeleteyang si Shahir nak angin satu badan tu kenapa???..... kasihan Harum dan Uzair kan....
Dh terang-2 si Gayah nk kenakan Harum.
ReplyDeleteYg Si Shahir tu plak, baran tiba-2 knp? takut kalu kerja dgn Harum nanti ada kembang di taman plak. Sbb tu dia buat macam tu supaya dpt jauhkan diri dr Harum. Nasib-2...
cepatlah sambung
ReplyDeletehehehe.
ReplyDelete