Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Thursday 5 April 2012

Preview Haruman Cinta: Bab 1


“Ibu, dia baru 25 tahun!” Aku sudah mula rusing. Puas aku cuba pujuk ibu tetapi ibu tetap dengan keputusannya.
“Alah, kau tu tua sikit je. Lagipun apalah sangat dengan usia ni. Ramai je perempuan tua zaman sekarang kahwin dengan lelaki muda. Diorang hidup gembira lagi,” ibu dah bermula dengan hujah-hujahnya. Lagi bertambah rusing kepala aku. Semua alasan aku ditapis baik punya.
“Tapi yang bahagia tu semuanya berkahwin secara suka rela. Suka sama suka. Saling mengenali. Saling mencintai tapi bukan macam kes Harum ni,” aku masih lagi tak mahu mengalah. Ini berkenaan dengan kebahagiaan aku masa depan, gerentilah aku perlu pertahankan. Ingat berkahwin tu hanya untuk sehari dua? Kalaulah perkahwinan tu memang ada tarikh luput, memang dah lama aku tamatkan zaman bujang ni.
“Bukan ke Harum kenal dia,” balas ibu kembali.
“Memanglah Harum kenal dia tapi Harum tak cintakan dia,” jawabku. Aku rasa dah lebih 10 kali aku mengaku aku tak pernah cintakan dia, tapi aku tetap nak ucapkannya sekali lagi. Mana tahukan kalau ibu aku tiba-tiba terpukau dengan pengakuan ini dan terus capai telefon bercakap dengan bakal keluarga mertua aku untuk batalkan hasrat mereka hendak meminang aku.
Tapi mimpi hanya tinggal mimpi. Ibu langsung tak makan saman sebaliknya terus menyerang aku dengan hujah-hujahnya. Lebih teruk lagi dia gaulkan hujah-hujahnya dengan pengalaman makan garam yang dilaluinya pada zaman dahulu.
“Ibu dengan ayah kau dulu mana ada bercinta pun. Kenal pun tak. Jumpa pun masa akad nikah. Tapi bahagia aje sekarang. Nak kahwin tak semestinya bercinta. Lagipun tengoklah sekarang ni, baru berkahwin sebulan dua dah bercerai. Bercinta sampai 10 tahun tapi kahwin tak sampai 10 bulan dah bercerai. Cubalah contohi orang-orang dulu, tak payah bercinta. Kahwin aje dengan calon keluarga, gerenti hidup bahagia.”

No comments:

Post a Comment