Cerita malam itu tidak
habis di situ. Masuk sahaja ke dalam perut kereta yang dipandu Haikal, aku
terus mendiamkan diri. Malangnya Haikal pula tidak mahu bertoleransi dengan
isyarat aku mendiamkan diri. Mendengar suara Haikal yang membebel sensorong
membuat aku bertambah tension. Mana tidaknya, bukan suara Haikal yang aku
dengar tetapi suara Uzair yang menghina aku tadi!
Serius. Aku tension!
“Kau boleh diam tak?”
tengking aku yang sudah tidak tahan lagi mendengar Haikal membebel.
Terus Haikal berhenti
membebel. Sambil dia memandu dia memandang aku sebelum kembali memandang ke
hadapan.
“Err… aku ada buat
salah ke?” tanya Haikal teragak-agak.
Aku diam. Cuba
bertenang.
“Cuba kau cakap dengan
aku, kenapa kau marah-marah ni?”
Haikal terus bersuara
apabila aku mendiamkan diri.
“Kalau kau marah kat
aku sebab aku sampai lambat, kau patut salahkan kontraktor yang buat jalan raya
ni kat Malaysia ni. Ada ke patut buat jalan macam buat roller coaster,
berbelit-belit sampai otak aku yang bijak ni pun terbelit,” sekali lagi Haikal
membebel.
“Apa yang kau merepek
ni?” aku mula bersuara. Kali ini dengan nada terkawal.
“Aku tak merepek. Aku
cakap sesuatu yang betul. Aku mana pernah merepek tak tentu pasal tapi aku
hanya akan merepek kalau partner aku kat sebelah ni perasan yang aku tengah
merepek. Kalau dia perasan aku tengah merepek, mesti dia akan tengking aku dan
aku gembira sebab akhirnya aku berjaya buat partner aku ni bersuara. Betul tak?”
tanya Haikal melemparkan senyuman.
Sabar ajelah aku dengan
si Haikal bakal Lawyer yang memang terkenal dengan loyar buruknya!
“Senyum sikit,” ujar
Haikal lagi.
Aku rasa macam bibir
aku mengkhianati aku. Walaupun aku berusaha kakukan bibir ini daripada
mengukirkan senyuman tetapi bagaikan ada satu tarikan yang membuatkan aku terus
tersenyum.
“Hah, macam tulah.”
Haikal memang bermulut
manis. Malangnya, baru aku tahu!
“Kau ni memang tak reti
pujuk perempuan langsung. Ni. Ada ke patut bagi lollipop? Kau ingat aku ni
budak kecil lagi ke?” komen aku masih lagi tidak puas hati.
Seumur hidup aku tak
pernah terima lollipop daripada seseseorang walaupun masa itu aku tengah
bersedih. Entah teknik memujuk zaman bilalah Haikal belajar ni. Tak romantik langsung!
“Habis, dengan status
penganggur terhormat yang aku sandang sekarang, itu saja yang aku mampu bagi.
Itupun nasib baiklah aku bagi lollipop. Kalau aku bagi bunga tahi ayam, kau nak
tak?” balas Haikal.
“Sudahlah! Aku malas nak
layan kau.”
Aku terus mengaku
kalah. Kalau bercakap dengan orang yang belajar teknik-teknik loyar buruk macam
Haikal ini, memang aku kalah. Aku melemparkan pandangan ke luar. Aku mengerut
dahi. Ini bukan macam jalan hendak balik rumah aje. Lantas aku pandang Haikal
yang meneruskan pemanduan.
“Kau nak pergi mana?
Ini bukan jalan balik rumah,” soal aku.
Macam-macam sudah aku
fikir. Semuanya negatif. Cuak. Entah apa yang dirancangkan oleh Haikal
sekarang. Hendak bawa aku kahwin lari? Itu memang cari nahas dengan ayah aku
la!
“Err….” Haikal menggaru
kepalanya. Aku mula rasa macam ada sesuatu yang tidak kena.
“Baik kau cakap
sekarang kalau tak aku terjun keluar dari kereta ni,” aku mengugut. Siap dengan
aksi hendak buka pintu kereta lagi. Tapi janganlah paksa aku terjun dari
kereta. Aku masih sayang dengan nyawa aku lagi. Siapa mahu mati dengan sia-sia?
“Okey… okey. Bertenang
Cik Harum semerbak,” Haikal kelihatan panik. “Aku cuma… aku cuma,” dia sekali
gagap. Sejak bilalah bakal peguam ini boleh jadi gagap.
“Cuma apa?!”
“Cuma nak bawa kau
tengok KLCC!” ujarnya sambil menunjuk ke arah bangunan berkembar KLCC yang
disinari cahaya indah.
“Hah?”
“Kawan aku pernah
cakap, kalau nak pujuk perempuan marah-marah adalah dengan membawa dia pergi ke
tempat yang cantik dan indah macam suasana bangunan KLCC tu. Itu adalah salah
satu cara yang paling berkesan bagi seseorang yang bergelar penganggur
terhormat,” ujar Haikal.
Buat seketika aku
terdiam. Dalam masa yang sama aku lihat Haikal mengukir senyuman sambil
mengenyit sebelah matanya.
Ya Allah! Kenapa aku
rasa macam Haikal tengah curi hati aku?
~~~
Haikal memberhentikan
kereta di tepi jalan berhadapan dengan bangunan KLCC. Aku yang pada awalnya
malas hendak keluar kereta terpaksa juga keluar sebab Haikal tutup air cond dan
enjin kereta. Sudah tentulah aku tak dapat bernafas di dalamnya nanti.
Terpaksalah menemani Haikal yang bersandar di tepi kereta memerhati keindahan
KLCC pada waktu malam.
“Kau tahu tak, kenapa
KLCC tu ada dua bangunan?” tanya Haikal
“Sebab orang yang
rekanya nak buat dua bangunan,” jawab aku.
“Salah.”
Jawapan yang aku sudah dapat
agak. Kalau aku jawab mesti salah punya. Mana ada yang betul. Nanti mulalah
ayat-ayat loyar buruk dia. Mari kita dengar apa jawapan Haikal The Loyar Buruk
ini!
“Jawapannya, sebab ada
dua huruf C,” jawab Haikal.
“Ohh… pandainya.
Kenapalah aku tak pernah terfikir selama ni?” balas aku sambil bertepuk tangan.
Haikal sudah menunjukkan muka berlagak.
“Sebab kau tak pernah
ambil peduli dengan apa yang berada di hadapan mata kau,” balasnya dengan nada
berseloroh. Aku menjeling tajam. Ini macam hendak cari gaduh dengan aku aje.
“Haikal, buat
pengetahuan kau, aku ni orang Kuala Lumpur. Lahir di Kuala Lumpur dan
dibesarkan di Kuala Lumpur. Buat pengetahuan kau juga, boleh dikatakan
hari-hari aku nampak KLCC ni. Perasaan teruja tengok KLCC ni dah biasa kau tahu
tak?”
“Kau nampak jejantas
yang menghubungkan kedua bangunan tu?” tanya Haikal.
“Mata aku tak rabun
lagi.”
“Kau tahu kenapa mesti
ada jejantas tu?”
“Sebab senang orang
yang dari bangunan 1 pergi ke bangunan 2. Kalau tak ada lecehlah kena ambil lif
turun ke bawah, lepas tu menapak pergi ke bangunan sebelah. Kena naik lif lagi.
Jadi ia direka untuk memudahkan…,” aku terus berhenti bersuara.
Bukan sebab aku tidak
mempunyai idea atau idea aku tadi salah tetapi aku mula memahami sesuatu.
Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran aku.
“Setiap manusia juga
memerlukan seseorang bukan sahaja untuk berkongsi kegembiraan tetapi marah, sedih,
geram. Dengan cara itu, secara tidak langsung kita boleh membina jejambat macam
KLCC tu. Kesimpulannya, kalau kau rasa nak luahkan sesuatu yang menyesakkan
kepala, aku sentiasa akan berada di sisi kau.”
Aku pandang dia. Dia
pandang aku. Lama. Sampai bibir aku kelu hendak berkata-kata. Otak aku macam
kosong. Macam baru kena “cuci” pun ada. Jantung aku yang normal tadi tiba-tiba
sahaja berdegup kencang. Aku langsung tidak menyukai perasaan ini! Tak boleh!
Aku tak boleh terus begini. Kalau tidak aku akan jatuh ke lembah hati seorang
lelaki loyar buruk ini. Tidak. Aku perlu bertindak sekarang!
“Jom kita balik,” aku
bersuara cuba melarikan diri dari mata Haikal.
“Err…,” sekali lagi
Haikal jadi gagap.
“Dah malam ni. Aku tak
nak ibu dan ayah aku risau,” jawab aku memberi alasan.
Kemudian baru aku
perasan. Tiada langsung panggilan mahupun SMS yang aku terima daripada ibu dan ayah
aku. Pelik. Mana tidaknya. Dahulu, kalau aku balik lambat sikit hampir
berpuluh-puluh kali aku terima panggilan daripada ibu ataupun ayah yang suruh
aku balik. Ajaib sungguh!
“Tapi….”
“Cepatlah buka pintu
ni. Kau nak balik ke tak nak?”
“Mestilah nak.”
“Kalau nak, apa tunggu
lagi?”
“Kau nak dengar cerita
pasal seekor lembu tak?”
Haikal nampak macam
cuba menyembunyikan sesuatu. Ini tak boleh jadi!
“Haikal,” panggil aku
lembut.
“Kisahnya macam ni.
Pada suatu hari, ada seekor lembu….”
“Haikal!” tengking aku.
“Okey, aku mengaku. Aku
tak tahu jalan balik rumah,” jawab Haikal serta-merta.
“Hah?”
Dia tersenyum seperti
seekor kambing yang perasan bijak!
Sabar ajelah.
~~~
Aku menghempas tubuh
yang keletihan di atas katil. Satu hari yang memenatkan. Bukan sahaja fizikal
tetapi mental pun penat juga. Mana tak penat. Sudahlah kena ceramah dengan
Encik Jimat Cermat. Tidak cukup dengan itu, Uzair pula menghina aku dan tadi
Haikal pula buat hal. Arrghhh!! Kenapalah hari ini aku kena berhadapan dengan
tiga orang lelaki yang memeningkan kepala?
Kalau hal ini
berterusan, habislah aku.
Tiba-tiba aku
dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari handset aku. Sah. Ini tak lain
tak bukan mesti Haikal. Entah apa pula kali ni? Tak dapat cari jalan balik ke
rumah? Itu memang nak suruh aku kejar dia dengan parang malam-malam ini
agaknya.
Aku cuba abaikan
panggilan itu tetapi handset aku tetap berdering. Dengan malas aku mencapai.
Bila aku pandang skrin handset aku mengerut dahi. Nombor yang tidak dikenali?
Kalau tidak silap aku ada simpan nombor handset Haikal. Rasanya ini bukan
Haikal.
“Hello,” aku menjawab
panggilan.
“Assalamualaikum Harum,”
sapa si pemanggil.
Amboi, ustaz mana yang
telefon aku malam-malam buta ni? Aku yakin. Ini bukan Haikal. Kenapa aku yakin?
Sebab aku memang yakin.
“Waalaikumsalam. Siapa
ni?” Aku langsung tidak dapat agak.
“Ini saya, Uzair.”
Berderau darah aku
apabila Uzair perkenalkan dirinya.
Tu diaaaaaa.. Lamanya harum menghilang??
ReplyDeleteApa la haikal ni.. Da tatauu nak wt2 pandai jugak..
Pity harumm.. Tu apa plak uzair nak tu
mizz acu,
DeleteHarum terpaksa menghilang lama disebabkan ada tuntutan kerja. terima kasih kerana setia menanti.
agaknya nak kutuk harum lagi kot sebab ada laki yang ambik dia balik...
ReplyDeletetak puas lagi kutuk masa nak balik tadi...
Ada lagi kejutan buat Harum nanti hehe
Deletehah! sudah. apa pulak lah yg si Uzair ngot nget tu nak. mencik..mencik.hahaha
ReplyDeleteLelaki kan. Memang sukar dijangka.
Delete