Bunga
mawar merah. Bukan satu tapi sedozen. Bukan bunga palsu tapi bunga hidup. Malah
masih segar lagi. Jantung aku sudah berdegup kencang. Perlahan-lahan aku
menghampiri meja kerja aku. Sambil itu aku berdoa yang bunga itu bukan untuk
aku. Minta-mintalah untuk Liyana ataupun Zana. Dia orang berduakan ramai
peminat dekat tempat kerja aku ini. Mana tidaknya, kedua-dua mereka masih muda
belia. Masih bergetah lagi. Apatah lagi dia orang berdua tu boleh dikatakan
baru lagi. Mestilah ramai peminat.
“Kak
Harum,” Zana terus mendapatkan aku. “Tahniah!”
Aku
mengerut dahi. Jadi, bunga itu untuk aku?
Aku
terus mendekati meja aku. Ada sekeping kad putih terselit pada bunga itu. Aku
mencapai kad tersebut sambil Zana di sebelah tidak sabar hendak mengetahui isi
di dalamnya. Aku dapat bunga, budak ni pula menggedik tidak tentu pasal. Tanpa
perlu disuruh, aku buka kad putih itu dan baca isi di dalamnya.
Khas untuk Cik Harum,
I’m sorry for everything I done.
Your love,Uzair
Macam
tu aje? Huh, dia ingat aku ini budak-budak ke yang senang-senang hendak terima
maaf orang. Budak-budak pun belum tentu lagi akan maafkan orang macam dia ini.
Buang masa saja.
Aku
terus ambil bunga tadi dan memberinya kepada Zana yang masih berdiri di sebelah
aku.
“Kenapa
kak?”
“Buang,”
kata aku sepatah.
“Hah?
Tapi bunga ni cantik sangat. Lagi satu bunga ni daripada Encik Uzair,” kata
Zana dengan penuh menggedik.
“Kalau
macam tu anggap ajelah Encik Uzair bagi kat kau. Kau buatlah apa yang kau nak
dengan bunga tu,” jawab aku. Malas hendak memikirkannya lagi.
“Betul?
Zana simpan bunga ni ye,” tanpa sempat aku bersuara Zana sudah berlalu ke
mejanya. Aku sekadar menggeleng. Jangan kau menggedik dengan Encik Uzair sudah.
Dia tu lelaki gila talak. Ada ke lepas sakitkan hati aku dengan kata-kata
hinaan, boleh pulak dia call dan beritahu sesuatu yang tidak masuk akal.
Pelik
tapi inilah yang berlaku.
~~~
Malam
semalam…
Mendengar
sahaja nama Uzair, aku dapat rasa badan aku bertukar menjadi sejuk. Sama macam
keadaan aku yang baru sahaja tengok filem hantu. Seram tak terkata. Terus lidah
aku kelu. Perasaan aku pula macam batu. Otak aku lagilah langsung tak berfungsi.
Aku betul-betul dah jadi macam patutng bernyawa.
“Harum?”
panggil suara itu lagi.
Suaranya
sangat lembut. Serius. Katalah aku gila. Katalah aku bodoh. Katalah macam-macam
kat aku, tapi aku tetap kata suara Uzair tadi memang romantik gila. Bila dia
sebut nama aku, aku rasa macam jantung aku yang terhenti tadi dengan kata-kata
hinaan dia, tiba-tiba sahaja berdegup. Gilakah aku sekarang?
“Harum?”
panggilnya lagi.
Aku
sudah menggelabah. Tak tahu apa sudah jadi dengan diri ini.
“Harum,
saya tahu awak masih marah saya…”
Tak
boleh jadi ni. Kalau semua ini berterusan aku rasa, aku boleh jadi gila semula
dengan Uzair. Apa yang perlu aku buat sekarang adalah letak telefon sekarang.
“…
tolong jangan letak telefon,” pinta Uzair. Bagaikan kata-kata sakti, aku terus
tidak jadi mematikan talian.
“Awak
nak apa?” aku memberanikan diri bertanya. Itupun dengan suara bergetar. Tangan
aku yang sedang pegang handset pun menggigil.
“Peluang,”
jawab Uzair. Kali ini aku cuba menenangkan diri. Walaupun aku tidak faham
penyakit apa yang sedang melanda aku sekarang, tetapi aku perlu bertenang.
Hanya itu sahaja caranya untuk mengelakkan aku buat perkara yang bodoh.
“Peluang
untuk sakitkan hati saya lagi?” balas aku.
“Saya
tahu awak marah dan memang patut pun saya kena marah,” kata Uzair dengan nada
sedikit kesal. Alahai, kenapalah hati aku ni cepat simpati?
“Kalau
macam tu kenapa nak telefon saya lagi?” Aku sendiri pun tak tahu dari manakah
kekuatan ini datang. Hati bukan main simpati lagi tapi lain pula yang keluar.
Syabas Harum! Teruskan usaha anda!
“Sebab
awak dah buat saya sukakan awak,” kata Uzair.
~~~
Sekarang…
“Dia
cakap macam tu?” soal Tiara. Masuk kali ini sudah hampir 10 kali dia bertanya.
Aku tahu, seperti aku, dia juga tidak percaya dengan apa yang aku ceritakan
tadi. Tapi itu memang betul. Tiada tokok tambah. Perisa pun semuanya cukup. Itulah
yang Uzair kata pada aku. “Kau biar betul,” tambah Tiara lagi.
“Apa
gunanya aku buat cerita? Tak ada faedah pun,” jawab aku sambil menjamah roti
bakar ketika makan tengah hari bersama Tiara. Hari ini aku langsung tak ada
selera hendak makan. Bukan disebabkan pipi aku dah naik tembam tapi disebabkan
perut aku pun masih lagi tidak percaya dengan kata-kata Uzair semalam.
“Bos
aku ni dah gila ke?” soal Tiara.
“Aku
baru saja nak tanya soalan tu,” balas aku.
“Isy,
aku masih lagi tak percayalah.”
“Kalau
kau tak percaya, kau tunggu ajelah wartawan-wartawan sambilan yang ada kat ofis
kita tu nanti. Aku yakin lepas ni gerenti pasal bunga yang aku dapat dari Encik
Uzair tu tersebar dengan meluas,” kata aku yang sudah kekeringan idea hendak
membuktikan kata-kata aku tadi.
“Pasti
ada kesilapan teknikal kat mana-mana,” tambah Tiara lagi. “Dia Uzair. Bos aku.
Aku dah lama jadi setiausaha dan sudah masak dengan perangai dia. Apa dia suka
dan apa yang dia tak suka semuanya aku tahu. Dan yang paling aku pasti, kau
bukan taste dia.”
“Itulah
yang aku tak faham. Jangan-jangan dia sengaja nak balas dendam tak?” soal aku. “Yelah,
aku dah jatuhkan air muka dia depan orang ramai dan sekarang ni dia nak buat
aku jatuh cinta dengan dia. Lepas tu dia tinggalkan aku macam dia buat kat perempuan-perempuan
lain sebelum ini?”
“Itulah
yang aku fikir,” kata Tiara sambil memetik jari. “Kau kena berhati-hati. Lelaki
macam dia memang suka mempermainkan perasaan perempuan macam kau ni.”
“Jangan
risau. Dia belum kenal siapa Harum Atikah yang sebenar. Kalau dia berani buat
aku macam tu, aku akan pijak dia macam aku pijak lipas!”
Tiba-tiba
handset aku berbunyi. Ada satu mesej masuk. Tanpa buang masa aku terus
membacanya.
“Tiara,
aku rasa aku nak pijak lipas jugak,” ujar aku selepas membaca mesej tersebut.
“Kenapa?”
soal Tiara.
Aku
tidak mampu hendak kata apa-apa dan terus menyerahkan handset aku kepada Tiara.
Cik Harum, tadi masa aku tengah kemas bilik, aku terjumpa dua tiga ekor lipas. Walaupun aku ni pencinta nyawa lipas-lipas sedunia tapi aku tak tetap tak suka dengan lipas yang bersarang kat gitar kapuk aku ni. Jadi, kalau kau rasa geram atau marah ke, silalah datang ke rumah aku ye – Haikal.
Selesai
sahaja membaca Tiara terus tergelak terbahak-bahak. Apa yang kelakar pun aku
tak tahu. Kelakar sangat ke mesej tadi? Kalau kelakar kenapa aku rasa macam
hendak bagi penampar saja kat Haikal sekarang!
“Cutelah,”
akhirnya Tiara bersuara.
Cute?
Sah! Mesti ada wayar terbakar dalam kepala Tiara.
~~~
Aku
mengerling jam di tangan. Sudah hampir pukul 6.30 petang, tetapi bas yang aku
tunggu-tunggu masih lagi belum sampai. Bila berlaku macam ini barulah aku
terfikir hendak beli kereta sendiri. Susah kalau menumpang orang walaupun yang
memandu itu ayah sendiri. Kalau ayah balik lewat, terpaksalah aku balik naik
bas. Sudahlah sampai lambat. Sesak dengan orang ramai pulak tu. Dengan keadaan
jalan yang sesak. Berdiri lagi.
Rasanya
aku patut beli kereta. Ayah pun dah banyak kali memaksa aku beli kereta
memandangkan aku sudah ada lesen. Tapi aku saja yang tidak masih lagi tak
terbuka pintu hati. Banyak alasan yang aku bagi. Gaji tak cukuplah. Aku bukan
kaki jalan. Tak nak sesakkan diri dengan urusan pinjam-pinjam duit ni.
Kena
ambil lesen pun kena paksa. Itupun selepas ayah keluarkan kata-kata keramat
dia. Aku masih ingat lagi. Mana boleh lupa. Disebabkan kata-kata keramat itulah,
esoknya aku terus daftar kelas memandu.
“Kau
ni sampai bila nak bergantung pada orang? Umur kau tu bukan 18 tahun tau. Ayah
tak nak bila ayah dan mak kau tak ada nanti, kau terkontang-kanting tak tahu
nak urus hidup kau. Kau tu dahlah tak ada adik-beradik. Jadi kau kena fikir
dari sekarang. Berdikari. Jangan nak harapkan orang lain uruskan untuk kau.”
Pin!!!
Tiba-tiba
aku tercampak keluar dari dunia lamunan apabila terdengar bunyi hon kereta yang
kuat. Mujurlah aku tak penyakit melatah. Kalau tidak memang aku sudah bersilat
dekat hentian bas itu. Bunyi itu kedengaran lagi. Aku memandang jalan raya yang
sesak di hadapan. Disebabkan banyak sangat kereta aku tidak tahu kereta mana
yang bunyikan hon. Entah siapalah yang tidak faham bahasa jalan raya. Sudah
tahu jalan sesak lagi bunyikan hon. Kalau aku dapat tahu, sudah lama aku pergi
kat kereta tu dan tendang pintu keretanya. Ingat eloklah perangai suka bunyikan
hon masa jalan sesak!
Bunyi
hon sekali lagi kedengaran. Kali ini lebih panjang dari tadi. Malah, buat darah
aku makin berbuak-buak. Macam gunung berapi yang sedang tunggu masanya untuk
meletup saja. Sekali lagi aku pandang sekeliling. Manusia-manusia yang sedang
tunggu bas juga turut tidak selesa mendengar bunyi hon tersebut. Ada yang siap
menyumbat telinga dengan jari tunjuk mereka.
“Kak,
orang tu hon akak ke?” tanya seorang gadis di sebelah aku.
Aku
tidak kenal kenal gadis itu tetapi aku tahu dia kerja bersebelahan dengan
tempat kerja aku. Aku selalu juga nampak dia makan kat gerai yang selalu aku makan
sebelah tempat kerja aku. Mendengar dia kata hon itu ditujukan kepada aku terus
buat aku blur. Aku rasa aku duduk dekat hentian bas. Bukannya bawak kereta. Apa
kes hendak hon aku pulak?
“Orang
mana?” tanya aku sambil melilau memandang sekeliling. Tapi aku langsung tidak
dapat mencari kereta yang membunyikan hon tadi.
“Itu,”
gadis itu menunjuk ke arah kereta di hadapan aku.
Kereta
sport. Warna merah. Aku rasa macam pernah tengok saja kereta itu dan lagi teruk
aku rasa aku macam pernah duduk di dalamnya. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
Bukankah itu kereta Uzair?! Apa dia buat kat sini? Dan apa hal dia hon aku?
Dari
luar aku dapat melihat wajah Uzair. Dia memandang tepat ke arah aku dan
mengarah aku masuk ke dalam keretanya. Aku panik. Tidak tahu apa yang harus aku
buat. Macam dalam novel pula aku rasa. Tapi malangnya aku langsung tak rasa
romantiknya hero dalam kereta itu. Rasa hendak tendang keretanya banyak kali
adalah.
Tiba-tiba
handset aku berbunyi. Aku nampak dari luar Uzair memegang handsetnya. Sah, tak
lain tak bukan Uzair yang telefon aku. Aku ingin biarkan sahaja panggilan
tersebut tetapi tangan aku seakan mendustai aku. Nak tak nak aku terus jawab
panggilan Uzair.
“Naik
kereta,” arah Uzair.
“Tak
nak,” jawab aku. Aku terus tutup hanset.
Tidak
lama selepas itu, dia menekan hon kereta. Kali ini panjang dan tidak
henti-henti. Sampai orang di sekitar naik bengang pun ada. Tapi tiada satu pun
daripada mereka yang berani menendang pintu kereta Uzair.
Aku
pula berharap bas yang aku tunggu-tunggu sampai.
Tapi
aku tak dapat bertahan lagi. Lantas aku bangun dan mengatur langkah masuk ke
dalam perut kereta Uzair. Uzair di sebelah mengukir senyuman. Walaupun senyuman
Uzair sudah buat aku cair tetapi ego aku tidak kurang sikit pun.
“Puas
hati?” aku menjeling tajam.
“Macam
tulah sayang.”
“Eee…
geli!”
Padahal
suka! Parah betul.
~~~
“Awak
nak apa sebenarnya?” soal aku tidak puas hati. Macam mana hendak hati hendak
puas kalau Uzair langsung tidak sentuh pun pasal hal semalam dan pagi tadi.
Tertunggu-tunggu jugak aku kalau-kalau dia hendak beri penjelasan tapi
alih-alih aku terpaksa dengar ceritanya tentang pengalamannya pergi ke luar
negara.
“Saya
nak awak,” kata Uzair berterus-terang. Tiada berkias-kias lagi dah.
“Tolonglah
Encik Uzair. Saya tahu taste encik macam mana. Saya bukan dalam golongan
perempuan macam tu,” aku cuba bercakap dengan bersopan santun.
“Itulah
yang saya tak fahamnya. Awak bukan jenis perempuan yang saya idamkan tapi awak
dah buat saya minat kat awak,” jawab Uzair tenang.
“Selain
simbah air kat rumah awak, saya tak buat apa-apa yang buat awak minat kat saya,”
balas aku.
“Itulah
jawapannya.”
“Sebab
saya simbah air?”
“A’hah,”
jawabnya.
Aku
masih lagi tidak percaya dengan jawapan yang diberi.
“Awak
ni dah gila apa?”
“Ya.
Saya dah gila. Saya gilakan awak.”
Memang
gila.
“Saya
pun tak tahu kenapa jadi begini,” ujar Uzair tiba-tiba selepas kami mendiamkan
diri. Kali ini wajahnya serius. Langsung tidak nampak dia sedang bermain-main. “Sejak
awak malukan saya depan orang ramai tu, awak dah tarik perhatian saya. Saya
memang akui awak bukan gadis impian saya sebab tu saya sengaja buat awak benci
saya.”
“Kata-kata
semalam tu….”
“Saya
seorang lelaki yang ego. Perempuan-perempuan yang saya kenali juga cakap macam
tu. Ego saya tinggi. Jadi, sudah tentulah saya marah bila saya dimalukan. Saya
nak balas dendam dan sebab itulah keluarnya kata-kata yang hina semalam. Lepas
saya cakap tu, memang saya menyesal sangat. Walaupun saya ada ego yang tinggi,
tapi saya tak suka menipu diri sendiri. So, saya terus capai telefon dan
telefon awak malam tu.”
“Awak
ada nombor telefon saya?”
“Tak,
saya minta kat bos awak, Encik Alias. Sudah tentu dia ada nombor telefon awak,
bukan.”
Tak
guna. Bos aku ni memang tak boleh langsung simpan hak peribadi orang.
“Awak
jangan marah Encik Alias. Dia tak tahu apa-apa. Saya cuma cakap nak bagi mesej sebab
ucapkan tahniah pada awak tapi nampaknya dia dah tahu….”
“Tahu?”
soal aku.
Uzair
tidak bersuara, sebaliknya dia terus mencapai handsetnya. Disebabkan jalan raya
agak sesak, jadi mempunyai masa untuk membelek handsetnya sebelum diserahkan
kepada aku.
“Daripada
Encik Alias,” ujarnya apabila handset bertukar tangan.
Aku tahulah. Kau tak payah nak berdalih dengan aku. Nak ucap tahniah konon. Kau ingat aku percaya dengan alasan kau? Nanti aku send no telefon dia. Lepas tu, jadi lelaki sejati. Jangan sia-siakan ‘isteri pejabat’ aku tu. Kalau aku tahu kau buat benda tak senonoh kat dia, bersiap sedialah untuk duduk kat unit rawatan rapi. – Alias.
“Isteri
pejabat? Apakah?”
“Gelaran
sweet yang dia bagi untuk pekerja kesayangan dia.”
“Hah?”
Uzair
gelak. Aku tak tahulah apa yang melucukan dia tapi hati aku sejuk sangat bila
nampak dia gelak. Aku rasa semua beban yang aku tanggung dua tiga hari ini
hilang begitu sahaja.
“Ah,
lega,” keluhnya.
Aku
tak faham dengan maksud lega dia.
“Awak
tahu tak, dua tiga hari ini hati saya langsung tak tenteram. Saya langsung tak
dapat tidur walaupun saya dah luahkan perasaan saya pada awak semalam. Hari ni
bila saya dapat cakap dengan awak, saya rasa lega. Tapi ada satu lagi yang saya
perlu buat supaya saya rasa tenteram sepenuhnya.”
“Apa
dia?” aku pun melayan ajelah.
“Jumpa
dengan ibu bapa awak dan maklumkan kepada mereka tentang perasan saya pada
awak.”
“Hah?!”
Ini. Buat. Aku. Sungguh. Terharu.
alaaaa...kita suka kat Haikal sbb dia cute & cute & cute & cute & sgt2 cute.hahaha.
ReplyDeleteHarum, teguhkan hatimu.Keraskan hatimu.Uzair tak serius tu.kahkahkah
haikal , uzair... 2-2 saya suka...alahaiiii...
ReplyDeleteOhhhh tidakkkkkkkk!!walaupon haikal cm kerek nak gila.. Nak harum ngn haikal jugak.. Xmo la uzair. Cm ade agenda tesembunyi jerrr
ReplyDeleteTentu Harum dah pening lalat sekarang nih. x tahu yg mana satu harus dipilih, Uzair dgn otak bekunya dan Haikal dgn kelakuan sweetnyer. Apa-2 x sabar nk tggu n3 baru... cepat sikit wat sambungan leh x?
ReplyDeleteWowowowow....soooooo sweeeett
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.