Kata-kata Sakti

Cerita dalam blog ini hanyalah rekaan semata-mata. Langsung tak ada kena mengena dengan GP apatah lagi dengan sesiapa yang perasan. Untuk pengetahuan, entry yang GP letak di blog ni tidak diedit dengan sepenuhnya. (orang kata, malas nak edit hehe). So, kalau ada kesalahan ejaan, abjad, huruf atau apa sahaja yang pelik dibaca, sila abaikan. You know, auto correct memang suka cari pasal (salahkan auto correct pulak hehe).

Second, disebabkan GP pekerja sepenuh masa dan hanya ada masa untuk menulis selepas waktu ofis (itupun kalau tak penat) jadi GP hanya akan update entry seminggu dua kali.

And for the all of you yang baca Haruman Cinta, thank you very much (^_^).

Saturday 14 July 2012

HARUMAN CINTA: BAB 13




Hari ini aku datang kerja dengan senyuman yang ceria. Ada dua sebab kenapa aku perlu ceria. Pertama, tentulah hubungan aku dengan Uzair sudah menjadi semakin akrab. Kami kerap berjumpa walaupun Uzair memang teramat-amat sibuk (giler) tetapi dia tetap telefon aku, bertanyakan khabar. Kalau dia tak sempat nak telefon pun dia akan hantar mesej yang mampu buat hati aku berbunga-bunga. Ah, indahnya.
Sebab yang kedua, hari ini merupakan hari pertama aku memulakan kerja sebagai setiausaha di jabatan pemasaran. Seronok dan takut. Seronok sebab walaupun berbekalkan SPM, tapi hasil berkat usaha aku selama lapan tahun akhirnya aku dapat naik pangkat. Dalam seronok aku juga takut juga. Takut aku tak dapat lakukan kerja ini dengan baik dan takut bila terbayangkan bakal bos aku nanti.
Aku harap dia taklah secerewet Encik Alias dan taklah sekacak Uzair. Dengar-dengar cerita, orangnya lebih kurang baya aku. Pada awalnya aku memang tabik spring betul kat dia sebab dalam usia yang muda dilantik jadi pengurus tapi bila Tiara beritahu yang dia tu anak Dato’ Omar, spring aku putus sama sekali.
Patutlah dapat jadi pengurus, rupa-rupanya ada kena mengena dengan Dato’ Omar, CEO tempat aku bekerja ini. Aku cuba bertanya Tiara dengan lebih lanjut tentang bakal bos aku memandangkan Tiara rapat dengan Dato’ Omar tapi dia juga tak tahu banyak. Nampaknya aku terpaksa tunggu dan lihat sajalah hari ini.
Aku melangkah masuk ke jabatan pemasaran seperti pekerja baru. Melangkah sahaja ke dalam, aku dapat rasa satu aura yang menakutkan. Apatah lagi apabila pekerja-pekerja bahagian itu memandang aku. Kalau pekerja baru ni, gerenti keluar balik bila dipandang macam nak makan orang saja. Mujurlah aku sudah lama bekerja dan kenal dua tiga orang dalam bahagian itu.
“Cik setiausaha kita dah sampai. Tepuk tangan, tepuk tangan,” sorak seseorang. Lelaki tapi aku tak pasti namanya. Roslan? Rosli? Lupakan. Nantilah aku pastikan betul-betul.
Satu tepukan gemuruh aku terima dari berpuluh orang orang pemasaran. Aku sendiri tak pasti tapi aku rasa dalam 25 orang. Kebanyakannya aku tak kenal sebab muka baru-baru. Orang lama seperti aku sudah tiada lagi. Semua cabut lari sebab tak tahan kerja. Itu antara komen yang selalu aku dengar bila pekerja pemasaran letak jawatan.
Bila disambut mesra begini, perasaan takut tadi mula turun sedikit demi sedikit. Kemudian, aku dibawa oleh Kak Nana ke sebuah bilik yang menjadi tempat Kak Nora setiausaha pemasaran sebelum ini. Dalam bilik itu ada satu lagi pintu. Itulah pintu ke bilik pengurus.
Kak Nana sudah tinggalkan aku seorang diri dalam bilik itu. Aku tersenyum puas dan duduk di kerusi baru. Perasannya? Mestilah tak boleh diungkap oleh kata-kata. Tapi, apa perlu aku buat sekarang?
Tiba-tiba Kak Nana masuk dengan membawa beberapa helai kertas. Aku blur.
“Baguslah kau datang, tolong akak selesaikan invoice ni,” kata Kak Nana.
Aku menggaru kepala. Buat invoice? Ah, bedal ajelah. Aku tak ada kerja sekarang ni. Lagipun aku seorang pembantu tadbir yang serba boleh. Semasa di bawah Encik Alias, aku sudah belajar semuanya. Dari buat kopi sehinggalah tulis dokumen perjanjian semuanya aku sudah rasai. Setakat selesaikan invoice, kacang saja!
Keluar Kak Nana datang pula seorang pekerja pemasaran.
“Harum, tolong I buat claim, I takut tak sempatlah. Hari ni I ada meeting,” tanpa aku tahu namanya, tanpa aku bersetuju hendak kata ‘baiklah’ lelaki itu pergi begitu sahaja.
“Harum, I punya claim pun.”
Satu fail diletak di meja aku.
“I pun sama.”
Seorang lagi masuk dan letak segala resit-resitnya di atas meja aku. Dalam masa lima minit, meja aku yang bersih tadi penuh dengan claim mereka. Aku terpinga-pinga. Apakah ini? Kemudian, barulah aku tahu bahawa aku tepukan gemuruh tadi bukan disebabkan mereka mengalu-alukan kedatangan aku ke sini tetapi mereka berpendapat aku dapat meringankan beban kerja mereka.
Ah, mati aku begini.
Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi telefon. Tanpa perlu menunggu ia berdering lagi, aku terus menjawab panggilan itu.
“Selamat pagi,” jawab aku.
“Harumkan?” sapa satu suara.
Suara halus-halus. Aku kenal suara itu.
“Ye kak,” aku terus menyapa mesra ibu segala setiausaha yang ada dekat syarikat ini, Kak Qaseh. Kenapa aku panggil dia ibu segala setiausaha, sebabnya pangkat dia lebih tinggi dari mana-mana setiausaha yang ada di sini dan dia juga merupakan setiausaha Dato’ Omar.
“Harum datang sini. Dato’ nak jumpa.”
“Hah?!” terus berderau darah aku.
“Kenapa?”
“Datang jelah. Dato’ tengah tunggu tu. Cepat. Kejap lagi Dato’ nak pergi meeting,” arah Kak Qaseh terus mematikan talian.
Aku terpinga-pinga. Jantung aku dah berdegup pantas. Walaupun aku selalu jugak terserempak dengan Dato’ Omar tapi aku tak pernah terfikir nak jumpa Dato’ Omar face to face. Nak tak nak, aku terpaksa gagahkan diri pergi ke pejabat CEO.

~~~

“Kak,” aku menyapa Kak Qaseh yang sedang melayan facebook. Huh, sempat lagi melayan facebook waktu-waktu begini.
“Hah, Dato’ tengah gayut. Tunggu jap,” kata Kak Qaseh.
“Kenapa Dato’ nak jumpa saya? Saya ada buat salah ke?” aku bertanya. Cuak. Mana tak cuaknya. Tak ada angin. Tak ada ribut, tiba-tiba Dato’ Omar nak jumpa. Jangan-jangan dia hendak tanya pasal aku dengan Uzair. Hisy, pening kepala aku.
“Isy, kamu ni cepat menggelabah. Dato’ nak jumpa saja bukannya nak marah,” kata Kak Qaseh cuba tenteramkan aku.
“Yelah tapi nak jumpa sebab apa?”
“Sebab nak bagi warning,” sapa satu suara di belakang aku.
Berderau darah dalam badan aku bila suara garau itu menjawab. Walaupun aku bukan selalu dengar suara Dato’ Omar tapi aku tahu boleh agak itu suara Dato’ Omar. Perlahan-lahan aku berpaling. Aku tak tahu hendak beri reaksi apa. Nak tersenyum? Bibir aku langsung tak bekerjasama dengan arahan otak aku. Aku cuma boleh berharap berlaku satu keajaiban.
“Kenapa? Awak tengok saya macam baru nampak hantu,” kata Dato’ Omar sambil memandang sekelilingnya.
“Dia takut Dato’ marah dia,” kata Kak Qaseh di belakang.
“Takut? Kenapa nak takut?” soal Dato’ Omar.
“Tadi tu, Dato’ kata nak bagi warning,” kata Kak Qaseh.
Huh, berani betul Kak Qaseh kata begitu. Aku dah separuh menggeletar depan lelaki yang lebih kurang baya ayah aku ini.
“Hahaha!” Dato’ Omar ketawa terbahak-bahak. Sama macam ketawa orang kaya yang baru dapat tender. “Qaseh, buat air untuk saya dengan... siapa namanya tadi?”
“Harum... Harum Atikah,” jawab aku tergetar-getar.
“Harum Atikah. Sedap nama tu. Jom masuk ke bilik saya,” arah Dato’ Omar yang sudah masuk ke biliknya. Aku pandang Kak Qaseh. Kak Qaseh memberi isyarat supaya jangan risau. Aku mulakan langkah kanan.
“Duduk,” arah Dato’ Omar mempersilakan aku duduk di sofa hitam di dalam bilik itu. Aku hanya menurut arahan dan menunggu Dato’ Omar memulakan bicara tapi sebelum itu Kak Qaseh sudah masuk dengan membawa dua cawan air kopi.
“Mungkin kamu dah tahu yang anak saya akan pegang jawatan pengurus di bahagian pemasaran,” kata Dato’ Omar memulakan bicara. Aku mengangguk. Mustahillah aku tak tahu. Satu tempat kerja sudah kecoh. “Anak saya tu... agak panas baran.”
Aku mengangkat kening. Inikah amaran yang Dato’ Omar katakan tadi? Amaran kepada aku supaya aku berhati-hati dengan anak lelaki dia yang panas baran?
“Dia suka buat kerja tanpa berfikir. Saya sebagai bapa pun tak tahu hendak buat bagaimana lagi,” tambah Dato’ Omar.
Ini luahan perasan ke? Tapi, layan sajalah.
“Jadi, saya nak awak berhati-hati dengan dia. Apa-apa perkara yang dia buat yang awak rasa tak masuk akal terus report kat saya.”
Aku mengangguk.
“Bila dia masuk?” Aku memberikan diri bertanya.
“Dia boleh masuk bila-bila masa dia nak.”
Ah, sudah!
“Tapi, jangan risau Harum, saya akan pastikan awak selamat dengan anak saya nanti.”
Kenapa tiba-tiba aku rasa macam sedang melompat masuk ke dalam gunung berapi?

~~~

Sedang tekun aku membuat kerja-kerja yang berlambak aku terima tadi, telefon bimbit aku berbunyi. Aku menjeling telefon bimbit aku. Panggilan daripada Haikal. Nampak sahaja nama Haikal, terus aku membiarkan panggilan itu. Tapi Haikal tetapi hubungi aku dan akhirnya aku terpaksa mengalah.
“Wei, kau tahu tak makna office hour? Aku tengah kerja ni!”
“Aku pun tengah kerja,” balas Haikal.
“Habis tu? Takkan tak faham-faham lagi.”
“Sebab aku tak fahamlah aku telefon kau.”
“Apa hal?”
“Apa tu facebook?”
“Hah?”
“Facebook. Apa tu?” tanya Haikal.
“Haikal, kau datang dari zaman mana? Takkan itu pun kau tak tahu?”
“Sebab aku tak tahulah aku tanya kau.”
Masalah! Aku dah tak tahu nak kata apa dah. Ini soalan yang paling bodoh yang aku pernah terima. Seorang peguam tak tahu apa itu facebook? Nak saja aku tempah tiket kapal terbang ke Pulau Pinang dan kejar dia dengan parang.
“Harum, cepatlah. Ada beberapa orang pekerja perempuan kat sini nak add aku kat facebook. Masalahnya aku tak tahu facebook tu menatang apa,” keluh Haikal dari hujung talian.
Terus aku yang tension tadi bertambah tension bila dengar alasan Haikal. Berani betul buat aku tension dengan alasan beberapa orang pekerja perempuan nak add dia dalam facebook.
“Kalau macam tu, kata sajalah kau tak ada facebook. Habis cerita!” terus aku tekan butang merah. Geram. Apa punya bekas bakal suami yang ayah aku berkenan ni. Macam orang baru lepas hospital bahagia saja perangainya!
Aku kembali memandang meja kerja yang bersepah dengan bil-bil yang perlu aku selesaikan hari ini. Itu belum lagi mula buat invoice. Kak Nana sudah banyak kali tanya sudah siapa atau belum. Gila betul janda berhias tu. Dengan kerja yang banyak macam ni dan semuanya nak cepat, mana mungkin aku boleh siapkannya dalam masa setengah hari. Bila aku kata akan siapkan sebelum balik nanti, terus dia buat muka.
Aku sendiri tak faham. Selama ini dia baik sahaja dengan aku tapi sejak beberapa hari ini, bila aku tegur dia, terus tarik muka sepanjang-panjangnya. Entah apa tidak kena dengan mood dia, aku pun tak tahu dan aku tak nak tahu sebab ia boleh membuatkan aku lebih tension!
Aku perlukan kopi!
Aku terus bangun mencapai cawan dan berlalu ke pantri. Tapi belum sempat kaki aku melangkah ke pantri aku terdengar satu perbualan dan nama aku disebut-sebut. Aku berdiri di sebalik pintu. Mendengar dengar teliti.
“Aku yakin sangat si Harum tu dah bagi something dekat Uzair,” kata satu suara yang aku tak tahu kepunyaan siapa.
“Yelah. Aku pun rasa macam tu. Dulu Uzair ramah dengan semua orang tapi sejak akhir-akhir ni dia langsung tak pandang perempuan lain. Aku kata ‘hai’ kat Uzair pun dia cuma angguk saja. Kalau dulu bila aku kata ‘hai’ semua pujian keluar. Huh, memang sah Uzair tu dah kena something dengan Harum,” suara Kak Nana pula aku dengar.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Sekarang, semua soalan aku tadi sudah terjawab. Aku faham, sejak satu tempat kerja aku kecoh pasal Uzair bagi bunga pada aku, semua yang dikatakan kipas angin susah mati Uzair memandang serong pada aku. Sebabnya, bagi mereka, aku memang tak layak bersama Uzair. Huh, tak payah beritahu pun aku dah tahu tapi masalahnya bukan aku yang terhegeh-hegeh dekat Uzair.
Okey! Ya. Dulu aku terhegeh-hegeh harapkan cinta Uzair tapi aku tak pernah tunjukkan perangai gedik aku depan Uzair. Kalau jumpa Uzair, jantung aku dah berdegup sampai nak pecah, macam mana aku nak terhegeh-hegeh dengan tergedik-gedik depan Uzair. Aku suka dia tapi aku hanya tengok dia dari jauh sebab aku sedar siapa diri aku.
Tapi, sudah takdir. Aku terima bunga daripada Uzair, itu adalah takdir. Uzair datang pada aku, itu juga takdir aku. Tapi mereka langsung tak faham dan aku rasa kalau hati mereka sudah busuk, sampai berbuih mulut aku cuba terangkan pun mereka tak akan faham. Kesimpulannya, biarlah mereka dengan andaian gila mereka.
Walaupun mereka sedang bercakap tentang aku, tapi aku terus masuk ke pantri dan berlalu di sebelah mereka. Ada tiga orang semuanya. Mereka terkedu tapi aku berlagak selamba. Aku terus membancuh air kopi dan mereka perlahan-lahan berlalu dari situ. Tahu pun terkedu. Tadi bukan main kata macam-macam. Aku main bomohlah. Aku sihir Uzairlah. Tapi bila aku ada kat tepi langsung terkedu nak mengagak. Bukan ke lebih baik cakap terus pada aku! Huh, geram!

~~~

“Kalau macam tu saya nak tanya awak, awak sihir saya ke?” tanya Uzair.
“Itu soalan yang gila!” jawab aku sambi memotong daging sebelum mencucuknya dan makan dengan lahap. Uzair di hadapan, mengukir senyuman. “Apa? Lucu ke? Ini serius tau. Walaupun saya pernah tergila-gilakan awak tapi saya tak pernah terfikir nak jumpa bomoh.”
“Apa?” soal Uzair.
Opss! Aku dah terlepas cakap.
“Ulang sekali lagi yang awak cakap tadi?”
“Err... makanan kat sini memang sedap. Pandai Encik Uzair pilih restoran yang sedap-sedap,” aku cuba ubah topik dan terus makan memenuhkan perut yang tak dapat makan tengah hari tadi.
Mana nak sempatnya kalau kerja bertimbun atas meja kena siapkan sebelum balik tadi. Itu pun baru setengah siap. Hajat nak buat OT tapi otak aku mintak rehat. Perut juga minta makanan. Kebetulan pula Uzair ajak keluar makan. Bila dia ajak makan, aku bagaikan disihir terus setuju.
Nampak? Siapa yang sihir siapa sekarang?
“Apa senyum-senyum?” Aku menjeling tajam apabila melihat Uzair yang tersenyum-senyum. Entah apa yang melucukan, aku pun tak tahu.
“Ini kali pertama saya makan malam dengan perempuan yang makan dengan gelojoh sampai tak sedar bibirnya comot,” kata Uzair.
“Hah?” pantas aku mencapai sapu tangan dan menyapu di sekitar bibir aku. Tapi tiba-tiba tangan Uzair mengelap kekotoran di muka aku. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Jantung aku dah menari di taman bunga.
“Kenapa?” tanya Uzair.
Tiba-tiba aku mendengar satu bunyi yang kuat keluar dari perut aku. Aku pandang perut aku. Kemudian, aku pandang Uzair yang sudah menahan ketawa.
“Err... saya rasa saya nak order satu set lagilah,” kata aku yang masih lapar.
Terus dia ketawa. Aku juga turut ketawa. Hilang terus tension yang aku alami siang tadi.

~~~

Haikal memberhentikan keretanya di hadapan rumah aku. Aku memandang jam. Tepat jam 9.00 malam. Dia betul-betul tepati masa yang diberikan oleh ayah aku iaitu kena hantar aku sebelum pukul 10.00 malam. Satu lagi markah untuk Uzair.
“Terima kasih sebab belanja saya makan.”
“Anytime, my dear,” katanya dengan nada romantik.
Aku tak tahu hendak kata apa. Hanya tersenyum dan membuka pintu keretanya tapi belum sempat aku hendak buka, dia panggil aku. Menghalang perbuatan aku itu.
“Kenapa?”
“Harum, saya tahu apa yang awak lalui sekarang bukan satu perkara yang mudah. Saya tahu awak takkan guna bomoh semata-mata nak buat saya jatuh hati pada awak,” kata Uzair sedikit kesal. Aku tak salahkan dia. Dari dulu lagi aku faham situasi begini. Kalau ada perempuan rapat dengan Uzair, memang kena sumpahlah dengan peminat Uzair. Tapi aku tak sangka mereka akan fitnah aku sebegitu.
“Harum, saya cuma nak kata, saya betul-betul cintakan awak. Ini kali pertama saya jatuh cinta tanpa sebab. Seseorang pernah beritahu saya, kalau saya jumpa seseorang yang buat saya hilang akal, dia suruh saya jangan lepaskan peluang. Pada mulanya saya tak percaya tapi bila ia berlaku, saya tahu awak adalah orangnya. Saya tahu, saya banyak buang masa dengan perempuan entah apa-apa tapi saya cuma nak awak tahu yang itu bukan saya sebenar. Ini diri saya sebenar. Yang pernah hilang dulu.”
Aku mengerut dahi.
“Apa maksud awak?”
Uzair tersenyum.
“Saya selalu percaya, berterus terang adalah kunci pertama dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang. Saya akan beritahu awak perkara sebenar. Kenapa saya jadi lelaki miang tapi sebelum tu saya rasa awak perlu masuk dulu sebab ayah awak dah mengintai di sebalik tingkap,” kata Uzair.
Aku terus berpaling memandang ke arah tingkap. Betul kata Uzair. Ayah dan ibu tengah mengintai di sebalik jendela tingkap.
“Jumpa lagi,” kata Uzair.
“Jumpa lagi,” balas aku.
“Dan I love you,” ucap Uzair yang buat aku terkedu seketika. Hanya senyuman yang terukir di bibir aku.

Handset aku berbunyi selepas aku selesai mengeringkan rambut yang basah tadi. Lantas aku mencapai handset aku. Ada dua mesej. Satu daripada Uzair dan satu lagi daripada Haikal. Dan cuba teka, mesej siapakah yang aku akan buka dulu? Ya, sudah tentu mesej daripada Uzair!
Cuma nak beritahu, saya dah sampai rumah. Sweet dream dan jangan stress sangat – Uzair.
Baca mesej Uzair buat hati aku bertambah berbunga-bunga. Selesai saja baca mesej Uzair, aku terus buka mesej Haikal. Aku tak faham betul dengan lelaki ini. Mungkin dia tak ada kawan nak bermesej agaknya.
Cik Harum yang harum sangat-sangat, akhirnya tanpa bantuan kau, aku dah tahu apa tu Facebook. Nasib baik Cik Google Warna-warni tu ada jawapan untuk aku, kalau tak terkapai-kapailah aku nak jawab soalan dia orang. So, aku dah ada facebook sekarang. Kalau sudi, silalah accept friend aku ya – Haikal.
“Biar betul budak ni?”
Aku terus mencapai laptop dan membukanya. Laman web facebook yang telah lama aku tak layari, akhirnya aku buka hari ini. Ada banyak jugak notification dan begitu juga dengan rakan baru. Tapi aku langsung tak pedulikan notification. Aku terus klik pada friend request. Ada dalam 10 orang yang request dan salah seorangnya adalah Haikal!
Tangan aku terus approve Haikal tanpa berfikir panjang lagi. Lagipun facebook aku ni tak ada rahsia sangat. Sudahlah lama tak buka dan aku pula jarang update status, jadi, menerima Haikal sebagai kawan memang tak rugi apa-apa pun.
Selepas aku approve Haikal, terus aku layari wall Haikal. Aku melihat beberapa keping gambar yang ditag oleh rakan-rakan kerja Haikal. Pelbagai bangsa ada dan pekerja wanita kat sana pun tidak kurang hebat cantiknya.
Puas tengok gambar, aku membaca status Haikal. Boleh dikatakan setiap jam dia akan letak status dia. Huh, boleh tahan jugak budak ni main facebook. Kebanyakan statusnya berunsur bosan. Yelah, baru beberapa hari dia bekerja kat sana. Belum sampai tahap sibuk lagi.
Tiba-tiba aku tertarik dengan satu status yang berbunyi;  “Untuk seseorang yang akan baca status ini.”
Status itu berserta dengan video youtube. Aku terus tekan link itu. Keluar satu laman web youtube. Sebuah lagu Inggeris. Aku terus mendengarnya sambil tersenyum. Romantik jugak Haikal ni. Tapi, persoalan yang timbul sekarang, siapa perempuan yang buat Haikal crush tu?



I got a crush on you, and you don't even know
Do you even notice me when I walk through the door?
Don't even know your name, or if we're compatible
Gotta build me up some courage baby and just let you know
I gotta letcha know, I gotta letcha know
That your pretty lil smile is incredible
I gotta letcha know, I gotta letcha know
'Cause until the day I do, I'm just invisible


I got a crush, on youuuu
I got a crush, on youuuu
I got a crush, on youuuu
I got a crush, on youuuu





4 comments:

  1. Alahaii simpati kt haikal.. Pnya suka harumm tp tn pya bdn xtau

    ReplyDelete
  2. debar2 tggu ank dato' omar..adakah dia llki ke tiga yg jatuh ht pd harum??

    ReplyDelete
  3. Nakal juga ye Haikal ni. Tp cian plak terpaksa pendam cinta dia kat harum. Uzair tu mmg betul jth cinta kat Harum or sengaja nak main-mainkan sj. Jgn plak ada lelaki ke-3 plak yg jatuh cinta kt harum, mahu sewel minah tu nnt...

    ReplyDelete