“Apa
ni? Ini bukan kes buli atau kes tak puas hati tapi dah kes dera kau tahu tak?”
kata Tiara yang terkejut dengan kerja-kerja yang perlu aku siapkan. “Ini semua
bukan kerja kau, kau tahu tak? Kerja kau cuma berkhidmat dengan pengurus saja.”
“Aku
tahu tapi masalahnya bakal bos aku pun tak nampak batang hidung lagi, takkanlah
aku nak goyang kaki kat sini?” Aku pula membalas sambil jari jemari aku lancar
menaip sesuatu di komputer.
“Tapi,
ini semua kerja pembantu tadbir. Kerja si janda berhias tu!” kata Tiara. Dia
pula tidak puas hati.
“Hisy,
suara tu perlahan sikit,” aku memberi amaran.
Nasib
baiklah sekarang ni waktu rehat dan Kak Nana sudah keluar rehat. Kalau didengar
oleh Kak Nana mesti perang mulut mereka berdua ni. Siapa yang tak tahu, Tiara
dengan Kak Nana memang sudah lama berperang. Aku pun sudah lupa sebab apa
mereka berdua berperang. Banyak sangat sebabnya. Jumpa sikit mesti ada perang
mulut.
“Biar
dia dengar. Kau pun satu, biarkan saja diri kena dera. Sekarang, kau tengok,
aku tak ada kawan nak teman aku rehat!” rungut Tiara menarik muka masam.
“Alalala...
takkan itu pun kau nak tarik muka dengan aku. Anggap sajalah aku tengah diet.
Tengok badan aku dah naik dua kali ganda. Semua ni sebab Uzair asyik ajak aku
keluar makan malam. Sekarang ni dia tengah bercuti, masa nilah aku nak dapatkan
bentuk badan aku yang lama,” kata aku separuh bergurau.
“Yelah
tu. Aku tengok badan kau macam biasa saja. Mana ada naiknya. Sengaja nak
tunjukkan dia bahagia dengan Uzair sekarang,” kata Tiara masih lagi membuat
muncung tajam.
“Bercakap
pasal bos aku, aku tak percaya dengan apa yang dah berlaku sekarang. Dia dah
jauh berubah. Tak macam dulu. Kalau tak, hari-hari aku terpaksa menipu
teman-teman wanita dia. Setiap minggu ada saja perempuan baru telefon tapi
sekarang ni, telefon aku aman tiba-tiba. Dunia aku juga aman dan aku tak perlu
cipta alasan baru tiap kali angkat telefon. Honestly, aku tak tahu apa kau dah
buat dekat bos aku, tapi aku percaya, dia bukan bermain-main dengan kau. Dia
serius Harum.”
Aku
sekadar tersenyum. Bukan sahaja Tiara kata begitu. Aku juga berfikiran begitu.
Bila aku bersama Uzair, aku langsung tak nampak perangai lamanya. Kalau dulu,
bila terserempak perempuan seksi jalan di sebelah, terus matanya galak
memandang mereka tapi kini bila perempuan seksi atau cantik lalu, dia langsung
tak pedulikan mereka. Dia betul-betul dah berubah. Walaupun aku bukanlah kenal
Uzair yang lama tapi Uzair sekarang betul-betul macam hero dalam novel yang aku
impikan. Aku harap, keputusan aku tepat kali ini.
“Tapi...,”
aku bersuara. “Entah tiba-tiba aku rasa macam semua ni terlampau senang.”
“Maksud
kau?”
“Aku
dengan Uzair... macam terlampau cepat.”
“Mungkin
Uzair seorang yang straight forward,” komen Tiara.
“Mungkin
juga.” Aku setuju.
Sepanjang
aku bersama Uzair, dia lebih suka berterus-terang. Katanya, cinta pertamanya
gagal kerana berlaku ketidakkejujuran antara kedua pihak. Jadi, disebabkan hal
itu dia lebih bersuka berterus-terang. Kalau dia suka, dia akan kata suka dan
begitu sebaliknya. Mungkin sebab itu, hubungan aku dengan Uzair berkembang
tanpa ada sebarang masalah.
Cuma
hati aku tidak tenteram. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang akan berlaku antara
kami berdua. Sesuatu yang menyebabkan aku akan kehilangan Uzair.
~~~
Aku
menghempas tubuh ke atas katil. Enak memang tak terkata. Aku menggeliat malas,
merenggangkan otot-otot yang kepenatan. Aku menghela nafas lemah sambil mata
aku galak merenung siling bilik. Sudah dua minggu bekerja di tempat baru.
Penatnya tidak terkata. Tambah lagi dengan tension dengan rakan kerja baru yang
stok membuli orang saja. Kadangkala aku sendiri tak faham dengan
manusia-manusia di sekeliling aku ini.
Lagi
aku buat baik, lagi mereka pijak kepala aku. Kalau diikutkan hati memang sudah
lama aku berperang tapi aku fikir juga, kalau aku berperang dengan mereka,
siapa yang akan jadi tentera-tentera aku? Aku seorang diri. Mereka yang buli
aku ramai. Sudah pastinya aku kalah. Aku hanya boleh berdoa, agar berlaku satu
keajaiban.
Berhenti
bermimpi Harum! Kau kena bangun dan hadapi realiti!
Suara
hati aku berkata-kata. Ya. Aku perlu berhenti bermimpi dan hadapi realiti. Tapi
sebelum tu, aku nak tidur sekejap. Aku menutup mata, cuba merehatkan minda
sekali. Tapi baru sahaja aku rasa lapang, tiba-tiba handset aku berbunyi.
Kacau
betul!
Dengan
malas aku bangun mengambil handset dalam beg tangan. Selepas tengok nama
pemanggil terus hati aku tumbuh bunga-bunga. Panggilan daripada Uzair. Terus
aku menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum,”
ucap suara Uzair. Macam ustaz pula cara dia bagi salam.
“Waalaikumsalam
ustaz,” jawabku tersenyum.
“Alhamdulillah.
Tak sangka pula saya ada pangkat baru,” kata Uzair. “Tapi itu lebih elok daripada
panggilan playboy jadian,” tambah Uzair.
“Kalau
teringin nak kembali kepada playboy jadian, silakan. Saya tak kisah,” aku
menambah.
“Harum,
awak tahu kan saya dah taubat,” katanya.
“Emm...
kalau saya belah dada awak, belum tahu saya tahu isi hati awak.”
“Macam
tu pulak? Nak saya jumpa ayah awak sekarang bawak tok kadi sekali? Kita nikah
malam ni.”
“Itu
dah macam kena kes tangkap basah.”
“Habis
tu awak nak saya buat apa?”
“Seorang
kawan lelaki saya cakap, kalau wanita yang dia cintai sedang hadapi masalah,
dia akan sokong temani wanita itu. Walaupun dia berada jauh beratus-ratus batu tapi
dia tetap akan datang menyokong. Saya fikir bila saya ada masalah dengan
kawan-kawan pejabat, awak akan beri sokongan tapi awak pula seronok pergi bercuti.
Selama seminggu pula tu,” aku sengaja meluahkan perasaan walaupun sebenarnya aku
hanya bergurau. Nak tahu apa reaksi dia.
“Kawan
lelaki? Siapa tu?”
Aku
tersenyum. Reaksi yang cepat.
“Adalah
orangnya.” Aku sengaja nak buat nak cemburu.
“Then,
cakap dekat kawan lelaki awak tu, saya Uzair, sangat tercabar tapi itu tak
bermakna saya mengaku kalah. Kalau dia bersama dengan awak sepanjang seminggu
ni, itu tak menggugat kedudukan saya sebab saya tahu saya pasti dapat memenangi
hati awak, Harum,” kata Uzair dengan penuh yakin.
“Hoi,
sudahlah tu. Geli aku dengar,” aku mendengar satu suara di hujung talian. Suara
lelaki tapi aku tak dapat agak siapa orangnya. Tambahan pula aku memang tak
kenal sangat dengan kawan-kawan Uzair. Bukan Uzair tak ada kawan tapi Uzair
sengaja tak mahu kenalkan aku pada kawan-kawannya kerana menurut katanya,
kebanyakan mereka adalah species buaya.
“Siapa
tu?” soal aku.
“Bakal
bos awak, Cik Harum.”
“Hah?!”
aku terkejut. Otak aku terus blur. “Tipu!”
“Awak
ingat saya sengaja ke ambil cuti selama seminggu dan tinggalkan awak
keseorangan kat sana? Saya terpaksa korbankan cuti saya semata-mata nak jejak
bakal bos awak yang buat hal tak nak masuk kerja.”
“Tipu!”
aku tak percaya lagi.
“Wei,
aku bukan tak nak masuk kerja tapi nak teman adik aku putus cinta!” suara itu
kedengaran lagi.
“Hah,
dengar tu Cik Harum. Bakal bos awak memang seorang yang penyayang. Sekarang,
saya dah dapat tangkap dia dan dia akan masuk kerja minggu depan. Lepas tu, Cik
Harum tak payah susah payah jadi kuli mereka lagi.”
Aku
terkedu. Tak percaya. Jadi, Uzair yang dikatakan pergi bercuti selama seminggu
sebab hendak cari bakal bos aku? Dia tahu aku kena buli dan dia sanggup
korbankan cutinya semata-mata nak paksa bakal bos aku masuk kerja? Uzair kenal
bakal bos baru aku? Huh, kusut otak aku!
“Awak
kenal bakal bos saya ke?” aku mula bertanya.
“Dah
tentulah kenal. Sayakan rapat dengan Dato’ Omar malah dah banyak kali saya
lepak dengan dia sebelum ni,” kata Uzair. “Awak terharu?”
Aku
terharu? Aku tengah blur sekarang! Bila difikir balik semuanya macam novel.
Penuh dengan kebetulan. Aku tak sangka Uzair akan bertindak begitu sekali. Paksa
bakal bos aku masuk kerja disebabkan aku kena buli dengan rakan sekerja aku?
Ini bukan setakat terharu tapi rasa macam nak sorok muka saja. Entah apa bakal
bos aku yang dikatakan panas baran tu kata nanti.
Ah,
sudah!
“Harum?”
panggil Uzair lagi.
“Awak
ni dah gila ke?”
“Kenapa?”
“Uzair,
dia tu bakal bos saya. Nanti apa pula dia kata? Saya perempuan gedik yang tak
boleh berdiri dengan kaki sendiri dan mengharapkan bantuan lelaki? Arghhh! Mana
saya nak letak muka?” Kini aku semakin tension.
“Ini
cara saya.”
“Hah?”
“Awak
selalu kata nak tengok macam mana saya pikat awak, ini cara saya. Bila saya dah
jatuh cinta dengan seseorang, saya akan sentiasa lindunginya. Saya takkan
benarkan sesiapa melukan hati awak lagi, Harum. Walaupun selama ni saya buat
tak kisah dengan apa yang awak lalui di ofis tapi sebenarnya saya amat mengambil
berat terhadap apa yang berlaku. Dan mulai hari ini, saya nak awak tahu, saya
akan sentiasa lindungi awak walaupun terpaksa guna kuasa saya.”
Kata-kata
Uzair membuat aku tergamam. Dan mulai saat itu, aku tahu, Uzair betul-betul
serius dengan aku. Dia bukan lagi playboy jadian yang aku kenal dulu. Kini, dia
sudah jadi seperti watak seorang hero dalam novel yang aku selalu baca.
Tapi,
perlukah aku percayakan dia?
~~~
“Haiya
Cik Harum, kau telefon aku malam-malam buta sebab nak tanya pasal tu ke?” Aku
mendengar keluhan Haikal. Aku memang pelik. Tak, aku memang bodoh! Aku sendiri
tak tahu kenapa aku boleh terdail nombor telefon Haikal dan tanya pendapat dia.
Dan bila dia beri komen yang menyakitkan hati ini, barulah aku perasan, aku
patut delete nombor telefon dia dari handset aku!
“Anggap
sajalah aku tak pernah tanya. Dahlah, pergilah sambung tidur kau tu. Kau kacau
aku tiap-tiap hari tak apa tapi bila aku kacau kau mulalah bagi komen yang
menyakitkan hati!” balas aku terus menekan butang merah.
Handset
aku campak ke tepi. Geram! Tak lama kemudian handset aku berbunyi. Nama Haikal
tertera tapi aku tak menjawab panggilan Haikal. Merajuk! Biar dia tahu langit
tu tinggi atau rendah. Berani betul dia buat aku sakit hati. Hah, itulah akibatnya.
Lepas ni, aku takkan layan sebarang panggilan kau.
Selama
tiga kali aku terima panggilan daripada Haikal tetapi aku tak jawab. Lepas itu,
Haikal berhenti menghubungi aku. Aku juga tak menerima sebarang mesej pujuk
rayu daripada Haikal. Jadi, aku anggap dia mesti dah sambung tidur.
“Kenapalah aku bodoh sangat telefon dia?
Kenapalah aku tak terus telefon Tiara? Ee... tak faham betullah!” aku mengeluh
berat.
Sungguh!
Aku tak faham. Entah kenapa aku rasa sejak akhir ini, tindakan aku tak mengikut
arahan otak aku. Semuanya berlaku dalam aku separuh sedar. Sedar-sedar saja aku
dah dengar suara Haikal yang menyakitkan hati.
Takkan
Haikal bagi aku ubat guna-guna? Hisy, tak logik. Lagipun apa motif dia nak
sihir aku? Bukankah dia ada orang yang dia suka? Aku menarik nafas panjang
sebelum menghembuskannya semula. Berusaha melapangkan fikiran aku. Ya. Aku
tahu. Semua ini kerana aku terlampau stress dengan kerja.
Aku
bangun dari katil dan berlalu ke bilik air mengambil air sembahyang untuk
bersembahyang istikharah yang telah lama aku tak lakukan. Mudah-mudahan aku
diberi petunjuk.
~~~
“Ibu
rasa Uzair tu okey tak?” aku bertanya ketika menolong ibu sediakan sarapan
pagi. Selalunya pagi-pagi sabtu begini, ayah lebih suka makan sarapan yang
dibuat oleh ibu sendiri.
“Kenapa
tanya ibu pulak?” tanya ibu.
“Tak
delah. Nak minta pendapat ibu saja. Mana tahukan ibu tak minat....”
“Bukan
ke ibu dah kata, ibu tak kisah asalkan Harum suka. Lagipun Harum juga yang nak
tentukan kebahagiaan sendiri. Dah lupa?”
Aku
tersenyum. Ya. Mana boleh aku lupa. Tapi, aku sendiri pun tak tahu. Aku patut
gembira dengan perkembangan aku dengan Uzair tapi kenapa susah sangat aku
hendak terima Uzair? Anehnya, bila dia bersama aku, aku rasa bahagia tapi dalam
masa yang sama aku dapat rasakan yang Uzair bukan untuk aku.
“Ibu,
malam tadi Harum buat sembahyang istikharah... nak minta petunjuk tapi...,” aku
mengeluh.
“Itu
je?” soal ibu. “Ibu ingat apalah tadi. Bukannya bermakna Harum sembahyang terus
dapat petunjuk. Jangan putus asa. Berdoa banyak-banyak pada Allah,” nasihat ibu
pendek. Aku mengangguk.
Selepas
bersarapan aku mengambil keputusan untuk menghirup udara segar di taman tidak
jauh dari rumah aku. Setibanya aku di taman, aku lihat beberapa orang sedang
berjoging. Memang beginilah suasana pagi di kawasan perumahan aku sejak dahulu
lagi. Tiap-tiap pagi terutama sekali hari bercuti, taman yang hanya sebesar
padang bola penuh dengan penduduk sekitar melakukan aktiviti riadah bersama
keluarga.
Dari
bangku kayu di bawah pokok angsana ini aku hanya sekadar memerhati orang ramai
bersenam di tengah-tengah padang. Beberapa kanak-kanak turut kelihatan berlari
berkejaran dengan riang. Tiba-tiba aku terfikir, kalaulah aku diberi peluang,
aku rela jadi kanak-kanak seumur hidup. Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.
Kalau aku inginkan sesuatu, aku hanya perlu minta atau pun menangis. Gerenti
permintaan aku akan dipenuhi.
Aku
menghela nafas lemah. Aku hampir tak sedar yang aku sudah habiskan masa selama
satu jam di taman. Itu pun aku hanya terperasan apabila matahari semakin
meninggi dan sebahagian daripada pengunjung taman tadi sudah pun beransur
pulang. Aku juga begitu.
Lantas
aku bangun. Namun, baru sahaja aku hendak melangkah, kaki aku seakan digam
apabila memandang seseorang tidak jauh dari tempat aku berdiri. Aku memandang
lelaki yang memang aku kenal tapi mustahil.
“Haikal?”
Lelaki
itu tersenyum. Itu memang Haikal! Tapi, apa dia buat dekat sini? Bukankah dia
sepatutnya berada di Pulau Pinang?
“Apa
kau buat kat sini?”
“Kau
tak jawab panggilan aku. Aku terfikir nak bagi mesej tapi aku gerenti kau
takkan baca mesej aku. Jadi, cara terakhir untuk pujuk kau adalah tempah tiket
bas ke Kuala Lumpur.”
Aku
tergamam. Tiada perkataan yang mampu aku ucapkan. Aku hanya memandang Haikal.
Lama. Aku masih tak percaya, lelaki itu berada di hadapan aku sekarang.
“Hey,
ini memang aku. Haikal. Kau bukan nampak hantu, jadi, jangan buat muka
speechless macam tu. Bangun dan let’s talk.”
“Aku
tak sangka sanggup datang ke sini dari Pulau Pinang.”
Haikal
tersenyum.
“Kalau
Uzair hero novel kau, aku pula angel yang comel yang selalu berada kat sisi kau,”
balasnya spontan. Sekali lagi aku hilang kata-kata.
Haikal terbaek!!
ReplyDeleteSuka harum ngn haikal.. Cuma kesian skket ngn uzair... Da brubah cinta x menjadi plak yer
Hahaha. Cayalah Haikal. Sila cairkan lagi hati Cik Harum sehabis mungkin. I sokong u Haikal;)
ReplyDeleteoh..tacing dgn haikal ... :)) uzair pun same ...hurmm ..
ReplyDeletegarnet putih..u r a genius for putting haikal in harum's mind all the time. :)
ReplyDeleteAlamak, apa sudah jadi. Antara Uzair dan Haikal which one are the most. Susah nak cakap, Harum pun tengah pening kot.
ReplyDeleteMcm Haikal cakap, “Kalau Uzair hero novel kau, aku pula angel yang comel yang selalu berada kat sisi kau"
Mak ai, boleh mereng kejap otak Harum nk cernakan apa yg Haikal ckpkan ni. Sy kat cni pun dh panas punggung, x tahu yg mana patut Harum pilih..Thanks GW,n3 kali ini mmg sweet sgt..