“Teh strawberi?” tanya aku
kepada Uzair apabila dia menyarankan aku supaya merasai teh berperisa strawberi
pada pagi itu. “Apa rasanya?” soal aku lagi yang rasa waswas ingin merasainya.
Lagipun aku bukanlah penggemar minuman teh. Bagi aku teh tu semuanya sama saja
rasanya. Bila dengar teh itu dicampur dengan strawberi lagilah aku rasa pelik
dan tak puas hati.
Kenapa? Sebab aku tak suka
benda yang dicampur-campur ini. Walaupun satu kombinasi yang bagus tapi aku
tetap suka yang original!
“Rasalah. Kalau datang sini
memang patut cuba rasa teh perisa strawberi,” katanya sebelum menghirup air teh
perisa strawberi yang masih panas itu. Aku masih memandangnya. “Awak tengok
saya macam ragu-ragu dengan teh yang saya buat tu saja. Jangan risau, saya tak
letak racun.”
“Bukan macam tulah,” aku
membalas sambil menarik muncung. Kemudian aku tengok air teh yang Uzair buat
itu. Bukan senang aku nak rasa hasil tangan lelaki bernama teman lelaki tapi
bukan itu yang aku hendak sekarang.
“Habis tu?”
Patut ke tak aku beritahu dia?
“Kenapa?” Uzair tengok aku
semacam. Dia macam sudah boleh agak ada sesuatu yang aku simpan.
“Tak delah. Awak tahukan, ini
kali pertama saya jejak kaki ke Cameron,” aku mula berbicara. Aku lihat dia
mengangguk dan kemudian cuba menyembunyikan senyuman dia. Bila tengok senyuman
mengusiknya dia, aku rasa macam nak pijak lipas saja!
“So?” soalnya lagi.
Ini yang buat aku rasa macam
nak bertukar jadi heroin yang gedik terlampau ni!
“Awak, saya datang sini
bukannya nak rasa teh strawberi. Saya datang sebab nak rasa buah strawberi yang
real punya! Jomlah. Jom kita pergi kebun strawberi dan petik buah strawberi
banyak-banyak! Jomlah!”
Sambil bercakap sambil itulah
aku hentak kaki. Memang gedik habis dan berharap Uzair terpesona dengan gedik
aku. Aku nampak bibirnya tersenyum lebar. Yeah, aku dah berjaya!
“Tak semudah tu, Cik Harum,”
katanya sambil menghirup teh strawberinya semula.
Terus aku menarik muncung. Aku
tak faham betul dengan Uzair ni. Dia bawa aku ke Cameron Highland tapi dia
sorok aku kat rumah tumpangan ini. Kalau aku tahu, sudah lama aku menyelinap
masuk ke dalam kereta Haikal yang pergi dating dengan Mimi Fazila tadi.
Sekurang-kurangnya dapat juga aku tengok sekitar Cameron Highland.
Haikal dan Mimi Fazila. Mesti
dia orang berdua sedang bergembira dekat ladang teh atau ladang strawberi
sekarang. Aku pula, terpaksa duduk di rumah tumpangan menghadap muka Uzair. Ah,
bosannya!
“Cameron ni bukannya ada apa
pun,” kata Uzair tiba-tiba.
“Memanglah tak ada apa-apa
sebabnya awak lahir kat sini. Jomlah. Awak tak kesian ke dengan saya?” aku
masih mencuba. Sekurang-kurangnya aku mahukan alasan yang kukuh kenapa dia tak
mahu membawa aku jalan-jalan.
“Nantilah saya fikirkan,”
katanya sambil berlalu dari situ.
Aku mengeluh lemah. Air teh
yang Uzair buat langsung aku tak usik. Aku tak ada mood langsung hendak
merasainya. Kalau aku rasa sekarang pasti pahit gila.
~~~
Aku tak fikir Uzair akan
fikirkannya. Sejak dari pagi hinggalah ke petang, aku masih lagi di rumah
tumpangan ini. Bosannya tak payah kata. Aku dah banyak kali mengeluh bosan.
Tapi keluhan aku langsung tak diendahkan oleh Uzair. Aku tak tahu apa yang
melanda Uzair hari ini. Selalunya dia tak begitu. Hari ini rasanya dia macam
dah jadi orang lain. Bila aku tanya, dia kata tak ada apa-apa. Kalau tak ada
apa-apa kenapa dia macam nak tak nak saja layan aku. Aku ada buat salah ke?
“Awak tak buat salah. Saya
saja. Mood saya kurang baik hari ni,” jawab Uzair selamba ketika kami menikmati
makan malam.
Makan malam itu pun aku terpaksa
ketuk pintu biliknya sebab aku sudah lapar sangat. Kalau aku tak ketuk pintu
bilik Uzair, aku rasa gerenti aku perut aku dah memberontak sekarang ni. Perut
aku kalau dah memberontak susah nak pujuk balik. Mahu sehari dua sakitnya.
“Awak ada masalah ke?” Aku
menyoalnya lagi. “Kalau awak ada masalah yang nak dikongsikan....”
“Jangan risau. Tak ada
apa-apa,” kata Uzair memotong kata-kata aku. “Awak makanlah. Saya dah kenyang.
Saya masuk tidur dulu. Esok pagi kita dah nak balik KL,” tambahnya lagi dan
terus meninggalkan aku seorang diri. Aku keseorangan lagi.
Kini, baru aku perasan. Aku
mula rasai kapal yang aku dan Uzair naiki sedang terumbang-ambing dipukul ombak
yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa yang boleh aku lakukan sekarang
adalah berdoa supaya hubungan kami tak berakhir di tengah jalan.
Tidak lama kemudian, aku lihat
kelibat kereta yang dipandu oleh Haikal berhenti di pekarangan rumah tumpangan.
Wah, lama betul mereka berjalan. Dari awal pagi sampai malam nak dekat pukul
10.00 baru balik. Ini yang buat aku cemburu sangat-sangat ni. Sedangkan aku...
ah, lupakan. Kalau aku fikir perkara ni memang buat aku sakit hati saja.
“Kak Harum!” panggil Mimi
Fazila dengan gembiranya. Aku menyambutnya dengan senyuman. “Wah, sedapnya!”
tegur Mimi apabila melihat makanan malam yang terhidang di atas meja.
“Nak makan ke?”
“Tak apalah. Perut Mimi dah
penuh dah. Kami baru makan tadi,” balas Mimi.
Aku mengangguk perlahan. Sudah
tentulah dia orang dah makan.
“Mimi beli apa tu?” soal aku
walaupun aku sudah nampak buah strawberi dalam plastik yang dipegangnya.
“Ini... buah strawberi. Untuk
abang. Dia memang hantu strawberi,” jawab Mimi.
Buah strawberi... Aku rasa
macam hendak menangis saja bila aku tengok buah strawberi. Kenapa dunia ini tak
adil dengan aku? Apa salahnya kalau bagi aku petik buah strawberi. Satu pun tak
mengapalah.
“Hari ni Kak Harum pergi
mana?” tanya Mimi seakan berbisik dengan aku.
Apa yang harus aku jawab?
“Hari ni akak tak de moodlah
nak keluar. Nak tenangkan fikiran,” jawab aku cuba cover line. Harap-harap Mimi
tak tanya dengan lebih lanjut lagi. Buat masa sekarang aku tak nak orang tahu
yang hubungan aku dengan Uzair ada masalah sikit. Sudahlah masalahnya pun aku tak tahu, nanti jenuh aku hendak
menjawabnya.
“Hah? Apa ni? Rugi tau tak
jalan-jalan kat sini. Dapat pergi ladang teh. Dapat petik buah strawberi. Akak
pernah petik buah strawberi?”
Tolonglah. Janganlah buat aku
rasa macam hendak pergi rampas kunci kereta Uzair dan pandu kereta malam-malam
buta ni pergi ladang strawberi. Tolonglah, jangan cemburukan aku dengan buah
strawberi lagi. Sungguh terseksa!
“Mana Uzair?” tegur Haikal
pula.
“Err... baru saja lepas makan.
Dia dah masuk bilik,” jawab aku yang kurang senang bila nama Uzair disebut.
Lantas aku cuba menukar topik. “Kau orang ke mana tadi? Seharian berjalan.”
“Macam-macam tempat kami
pergi. Yelah. Esok dah nak balik KL. Lebih baik kita borong semua barang. Esok
takut tak sempat,” jawab Mimi Fazila. “Apalah akak ni, akak patut ajak Abang
Uzair berjalan hari ni. Kalau tak rugi saja.”
Aku hanya mengangguk.
“Akak bukannya jenis suka
berjalan,” kataku menipu lagi.
“Ruginya!”
Aku tersenyum lagi.
“Mimi masuk bilik dululah ya.
Nak mandi. Dah melekit-lekit dah badan ni,” kata Mimi terus berlalu
meninggalkan aku dengan Haikal berduaan.
“Kau tak apa-apa?” tanya
Haikal tiba-tiba.
“Kenapa? Aku mesti
diapa-apakan ke?” Aku menyoalnya kembali. “Jangan risau. Uzair jaga aku dengan
baik,” tambah aku cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi antara aku
dan Uzair.
“Baguslah,” jawab Haikal. “Ini
untuk kau,” katanya sambil meletakkan satu pek yang penuh dengan buah
strawberi. Aku betul-betul tergamam. Macam mimpi saja bila tengok buah strawberi
di depan aku.
“Terima kasih,” jawab aku
seperti orang tak ada perasaan. Padahal aku rasa macam hendak melompat bintang
saja waktu itu.
“Aku masuk dulu,” kata Haikal
sebelum berlalu dari situ. Kini tinggal aku seorang diri. Aku memandang kiri
dan kanan, depan dan belakang. Line clear!
“Buah strawberi...” aku bersorak
riang dengan nada perlahan supaya tak mengejutkan mereka yang lain. Tanpa
berlengah lagi aku teruk buka pek plastik itu dan mengambil sebiji buah
strawberi yang masih segar. Baru saja aku hendak makan, aku dengar satu suara di
belakang.
“Kalau kemaruk sangat dengan
buah strawberi pun, basuhlah dulu buah tu. Mana tahukan ada lagi racun ke, tahi
serangga ke, bakteria ke dekat buah tu. Tak ke jadi satu masalah nanti.”
“Tahulah! Aku saja nak tengok
buah ni,” jawabku sambil menjeling tajam. Habis, kantoi! Tapi peduli apa aku.
Yang penting sekarang, buah strawberi ini milik aku seorang hahaha!
~~~
“Ah, cepatnya masa berlalu.
Tak puaslah bercuti kat sini,” kata Mimi Fazila sambil mengemas beg pakaiannya.
Aku mengiyakan saja. Berbanding dengan Mimi Fazila, aku lagi teruk. Terpaksa duduk
terperap di rumah tumpangan sepanjang dua hari dan langsung tak dapat
menghayati keindahan Cameron Highland.
Mimi Fazila yang boleh
dikatakan tiap-tiap tahun bercuti di Cameron (sebab dah kampungnya) pun rasa
tidak puas tinggal di situ, apatah lagi aku yang baru pertama kali jejak kaki
ke sini. Ah, sudah nasib badan. Nanti kalau aku sudah berkahwin dengan Uzair,
aku tuntut apa yang dia curi dari aku hari ini. Percutian berbulan madu mesti
di Cameron Highland!
Aku tak kira! Kalau dia tak
setuju, aku batalkan perkahwinan terus!
Harum oh Harum. Daya imaginasi
kau memang mengagumkan. Macamlah senang kau nak buat keputusan gila macam itu.
Sudah sah-sah kena ceramah dengan ayah seumur hidup!
Lupakan tentang percutian yang
sia-sia ini. Aku patut gembira sebab walaupun tak dapat berjalan-jalan tengok
keindahan Cameron Highlands tapi setidak-tidaknya aku dapat merasai buah
strawberi yang segar-segar! Terima kasih kepada Haikal yang prihatin.
“Tersenyum panjang nampak
bakal pengantin kita ni,” tegur Mimi Fazila buat aku kembali ke dunia nyata.
Alamak, kantoi!
“Ada apa-apa ke?” soal Mimi
Fazila tersengih-sengih.
“Mana ada,” aku cuba cover
line.
Parah kalau dia dapat tahu
yang aku tengah fikirkan pasal teman lelaki dia. Jadi satu masalah pula nanti
kalau orang macam Mimi Fazila salah faham. Tengok gaya memang dia baik dengan
aku tapi siapa tahu hatinya.
Selesai mengemas aku dan Mimi
Fazila berlalu ke halaman rumah tumpangan. Uzair dan Haikal sudah berada di
sana menanti kehadiran kami berdua.
“Awak, awak balik dengan
Haikal. Saya dengan Mimi akan ke Kuantan sekejap,” kata Uzair.
“Kenapa tiba-tiba?” Aku
menyoal. Aku pandang Mimi. Mimi pandang aku kembali. Nampak benar Mimi tak tahu
apa-apa.
“Kami nak lawat kawan kat sana
jap,” jelas Uzair lantas mengambil beg Mimi memasukkannya ke dalam bonet
keretanya.
“Kenapa dengan kawan?” Aku
terus menyoal.
“Hal peribadi,” jawab pendek. “Jom,”
arah Uzair kepada Mimi Fazila yang masih lagi terkedu dan tergesa-gesa masuk ke
dalam kereta Uzair. Tanpa mengucapkan selamat tinggal Uzair pandu keretanya
meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya.
Kini, dia betul-betul
tinggalkan aku!
~~~
“Siapa kata aku perlukan tisu?
Aku tak nak tisu! Hal kecil saja takkan itu pun nak suruh aku menangis!” Aku
kembali mencampak kotak tisu ke belakang. Haikal di sebelah kembali senyap.
Bagus juga dia senyap daripada dia memekak kononnya hendak memujuk aku.
Aku tahu niat Haikal baik. Dia
hendak meyakinkan aku bahawa tiada apa-apa terjadi antara Uzair dengan Mimi
Fazila. Dia juga beritahu Uzair terpaksa pergi ke Kuantan sebab seorang rakan
dan juga kawan lama mereka ditimpa musibah. Tapi jawapan itu langsung tidak
dapat memuaskan hati aku. Kalau betul, kenapa perlu rahsiakan daripada aku?
Kenapa bawa Mimi Fazila? Kenapa tidak bawa aku? Bukan ke aku teman wanita dia?
Atau aku ini hanya boneka!
Sedang aku layan perasaan,
kereta yang dipandu oleh Haikal berhenti tiba-tiba.
“Kenapa berhenti?” Soal aku
dengan kasar.
Haikal beri isyarat. Aku melemparkan
pandangan ke arah kiri aku. Baru aku perasan dia berhentikan keretanya di tepi
bahu jalan dan di sebelahnya... ladang strawberi! Hilang terus rasa tidak puas
hati aku terhadap Uzair. Automatik tangan aku ingin membuka pintu kereta tetapi
masih dikunci oleh Haikal. Aku pandang Haikal dengan muncung itik.
“Haikal...”
“Ingat comel sangatlah tu
dengan muncung itik dia. Kereta aku ni hanya akan dibuka kalau tayang senyuman.
Cuba senyum sikit.”
Cis! Haikal memang suka ambil
kesempatan.
“Emm... kalau tak, kita balik
sajalah,” kata Haikal mula menyentuh gear.
“Eh nanti!” Lantas aku menghalangnya.
Aku mengukir senyuman.
“Hah, macam tulah. Baru manis
sikit. Ini tak, asyik nak mengamuk macam raksasa saja,” sempat lagi Haikal
membebel tapi aku hanya mampu tadah telinga. Senyuman masih aku kekalkan. Takut
kalau-kalau Haikal masuk gear dan tinggalkan ladang strawberi ini. Meraung aku
nanti.
Sebaik Haikal membuka kunci
pintu kereta, aku terus membuka pintu kereta.
“Strawberi! Aku datang!!!”
Harum, tinggalkan aja si Uzair tu... Belum kawin, dah buat perangai dan tak reti berbincang... Dah kawin nanti, lagi teruk, sure bosan giler end up dgn org mcm tu... Geram tul kat si Uzair tu....
ReplyDeleteHem.. Apesal ttibe uzair tu?? Haishh.. Ai ttp nak harum ngn haikal
ReplyDeletehaikal~~
ReplyDeletehaikal~~~
nak dia je...
xnak uzair...
huhu
Uzair tu apa masalah dia sebenarnya ???
ReplyDeleteKesian dekat Harum datang berjalan tapi terperap kat tempat dia menginap pula...:(
Kenapa dia tak bawa Harum melawat kawan dia yang kemalangan tu???
Siapa yang kemalangan sebenarnya???
Kawan ke bekas kekasih???
Suspen-suspen...#^_^
Haikal yang best. Hihu
ReplyDeleteAkhirnya, lama tggu n3 baru nih.
ReplyDeleteSo sweet, Haikal yang perihatin dan Haikal yang mmg sentiasa ada utk Harum.
Lepas ini Haikal patut luahkan perasaan sebenar dia kat Harum baru gempak kan!
go haikal! Penyokong tegar haikal..
ReplyDeleteUzair ni angin satu badan lah...
ReplyDeleteatau pun Uzair dah tahu pasal harum dengan abang Mimi.... jengjengjeng....
kalau nak hidup bersama, sebarang masalah kena kongsi dan sebarang kemuskilan hendaklah bertanya, bukan buat andaian sendiri wahai Uzair...
Haikal cuba berterus terang tentang siapa wanita yang ada dalam hati U selama ni pada harum ok.... terbaikkkkk.... bukan ambil kesempatan tapi meluahkan rasa hati ja.... hehehe