Isnin!
Aku teramat tak suka hari Isnin. Hari Isnin memang banyak kerja yang
perlu aku buat. Aku memang suka kerja yang banyak. Bila banyak kerja, aku akan
kerja, kerja, dan kerja sampai tak ingat dunia. Tambahan lagi kerja boleh buat
aku lupa apa yang dah berlaku. Aku lupa pasal Uzair. Aku lupa pasal Cameron
Highland. Aku lupa pasal strawberi dan yang penting aku lupa pasal... oh
memalukan!
“Bos
ada nak apa-apa lagi ke?” Aku bertanya kepada Shahir yang dari awal pagi tadi
dia asyik berkurung dalam pejabat menatap laptopnya. Aku sudah siasat. Dia
bukan main facebook. Dia tengah pening kepala hendak buat kertas kerja untuk
mesyuarat esok.
Shahir
menggeleng tapi langsung tak pandang aku. Sibuk sangatlah tu.
“Kopi?”
soalku lagi. Biasalah time macam ni dia mesti suruh aku buat air kopi.
Dia
geleng. Geleng je?
“Err...
jajan ke? Saya ada banyak strawberi....”
Shahir
pandang aku. Pandangannya macam hendak terkam aku pun ada. Takut sebentar. Aku
senyap. Tak lama kemudian dia menatap laptopnya kembali.
“Hah,
almari bos bersepah. Saya tolong kemaskan,” tanpa berlengah aku terus melulu ke
arah almari hitam yang penuh dengan fail-fail yang tidak disusun sempurna.
“Tak
payah. Nanti aku susun,” balas Shahir.
“Tak
pe bos. Saya tengah tak ada kerja dah ni. Semua kerja yang bos suruh buat dah
settle tinggal nak tunggu feedback aje lagi.”
“Tak
payah!” tegas Shahir. “Kau ni kenapa terlebih rajin sangat hari ni?”
“Err...,”
terus aku hilang kata-kata.
Dia
pandang aku semacam. Kemudian tersenyum.
“Jangan-jangan
kau dengan Uzair...,” kata-katanya mati disitu.
“Apa?”
Soal aku cuma berlagak selamba.
Kemudian
dia membuat isyarat. Aku kurang faham isyaratnya. Dia berusaha lagi buat
isyarat yang sama. Aku cuba tafsirkan lagi. Lenggok isyarat dia macam....
“Mengarut!”
Pantas aku bersuara apabila memahami isyaratnya itu. “Bos nak saya kena
panggang hidup-hidup dengan ayah saya ke? Lagipun saya bukan sebebas itu!”
Geram!
Ada ke dia ingat aku dah ehem dengan Uzair masa bercuti di Cameron Highlands.
Cantik sungguh dia punya imaginasi! Aku sula karang, baru tahu!
“Mana
tahukan. Orang sekarang ni memang cukup berani...,” tambahnya dengan nada
sinis.
Aku
sendiri tertanya-tanya. Ini ke lelaki yang aku tangkap cintan zaman sekolah
dulu? Sungguh aku tak percaya yang dia ni otak kuning rupanya! Sama spesies
dengan Uzair!
“Itu
orang lain. Bukan saya!” Aku masih pertahankan diri aku. Ini maruah aku sudah
tentu-tentulah aku perlu pertahankan. Tapi bila cakap pasal maruah... arghhh!
“Habis
tu?” soalnya.
“Apa?”
soal aku kembali.
“Kenapa
rajin semacam hari ni?” dia menyoal lagi.
“Saya
memang rajin macam ni selalu. Takkan bos tak perasan?” balas aku selamba.
“Ye
ke?” Dia pandang aku lagi. “Betul tak ada apa-apa berlaku?”
“Tak
ada,” tegas aku.
“Kalau
tak ada kenapa pipi kau merah semacam?”
“Hah?”
Aku lantas berlari menghampiri cermin sedarhana besar yang tergantung di
dinding pejabat bos aku dan melihat pipi aku melalui cermin itu. Normal. “Tak
ada pun.” Aku pandang Shahir. Aku nampak Shahir tersenyum sinis seolah-olah
sedang mengejek aku. Barulah aku tahu dia sengaja berkata sedemikian.
“Tak
ada apa-apalah!”
Aku
dah mula menggelabah. Lebih baik aku cabut dulu sebelum ditanya macam-macam
lagi.
~~~
“Pelik,”
kata Tiara tiba-tiba.
“Apa
yang pelik?” soal aku seraya menyuap nasi ke dalam mulut.
Tiada
jawapan daripada Tiara dan aku pun terus menikmati makanan tengah hari. Hari
ini aku makan banyak sikit disebabkan aku perlu membakar tenaga yang banyak
hari ini. Aku mula perasan Tiara masih tidak menjamah lagi nasinya. Aku pandang
dia. Dia tenung aku. Apa pun aku memang tidak suka cara dia tenung aku.
“Ada
sesuatu yang berlaku masa di Cameron Highlands ke selain hal kau dengan Uzair?”
Tiara menyoal.
Gulp!
Kenapa Tiara ni macam ahli nujum?
Tiara
memang sudah sedia maklum tentang apa yang terjadi antara aku dengan Uzair di
Cameron Highlands. Aku ceritakan dari A-Z kepada Tiara semasa berperap dalam
bilik di sana. Memang aku tak boleh berahsia dengan Tiara sebab aku perlukan
seorang kawan untuk meluahkan segala yang terbuku di hati aku dan Tiaralah
orang yang sesuai.
“Tak
ada apa,” jawab aku tenang.
“Betul
tak ada apa-apa?” tanya Tiara lagi.
Aku
tak menjawab sebalik mengeluh lemah.
“Tiara,
aku dah buat sesuatu yang tak bermaruah,” kataku akhirnya.
Senyuman
Tiara terukir cantik.
“Apa
dah berlaku? Kau buat apa dekat Haikal yang cute tu?”
“Aku...
Ah, ni semua salah Haikal. Kalaulah dia tak menyanyi dalam kereta....”
~~~
Imbas
kembali malam tadi...
Engkaulah
yang satu
Pujaan
hatiku
Sucinya
cintaku padamu
Sayangku
Hanya kau
yang satu
Kasih dan
rinduku...
Milikmu...
“Haikal!
Tolonglah berhenti menyanyi. Tak sanggup aku dengar lagi dah!”
Telinga
aku sudah tidak mampu menampung suara Haikal yang sumbang itu. Kalau dulu dia
selalu melalak lagu kanak-kanak tapi hari ini dia bantai lagu rock kapak. Dari
satu lagu ke satu lagu buat aku rasa macam hendak plaster saja mulut dia.
Mujurlah dia sedang memandu sekarang, kalau tidak memang aku sumbat mulut dia
dengan buah-buah strawberi yang aku beli tadi.
“Tadi
kau mengadu aku asyik nyanyi lagu kanak-kanak, sekarang aku nyanyi lagu cinta
kau suruh aku berhenti pulak,” balas Haikal yang sedang memandu itu.
“Kalau
suara kau sedap tak apalah. Kau nyanyilah sebanyak mana yang kau suka, aku tak
kisah tapi masalahnya suara kau tu macam katak tak cukup suara!”
“Adui,
kau tahu tak, bila kau kata macam tu, kau buat hati aku lagi sakit. Tapi tak
pe, aku dah siap hafal satu lagu untuk kau, terimalah lagu seterusnya ‘Lukamu
Lukaku jua’!”
Tali yang
cumalah sejengkal
Tak dapat
kuhulurkan kepadamu
Cukuplah
sekadar ku bertanya
Salahkah aku
memikirkannya
Di kala kau
dilanda duka
Aku datang
bersama keikhlasan
Bukan
terselit niat serong padamu
Balasannya
juga ku terima
Dosa pun
akan berlipat ganda
Jika ku
tersalah pembawakan
Banyak sudah
yang aku perhatikan
Ada yang
tersembunyi di sebalik janji
Dan di mana
adanya kemanisan
Di situlah ramai
yang bertandang
Lukamu
lukaku jua
Terhiris tak
nampak mata
Sedihmu
sedihku jua
Menusuk
dalam jiwa
Lukamu
lukaku jua
Tak sanggup
ku melihatnya
Pedihmu
pedihku jua
Biarlah ku
bersama
Ya
Allah. Lagu New Boyz pula dia hancurkan. Nampaknya aku memang dilahirkan untuk
dengar Haikal melalak. Nasib baiklah aku reject dia awal-awal jadi suami aku.
Kalau tidak mahu pecah gegendang telinga aku dengar dia menyanyi.
“Baiklah
Haikal. Nyanyilah kau sepuas-puasnya. Yang penting sekarang, aku dah penat. Nak
tidur!” kataku yang sudah tidak terdaya hendak bertekak dengan Haikal.
“Baiklah
tuan puteri. Jangan lupa mimpikan patik ya!” balas Haikal.
Jangan
harap. Kau sama sekali dilarang masuk dalam mimpi aku!
Apabila
aku memejam mata, Haikal masih lagi meneruskan nyanyiannya. Aku cuba lelapkan
mata. Walaupun aku agak mengantuk tapi aku tak boleh tidur disebabkan nyanyian
sumbang Haikal. Namun, aku tak mampu hendak berbuat apa-apa. Aku cuba berada di
duniaku sendiri. Lama kelamaan suara Haikal semakin tenggelam timbul.
Aku
tahu, akhirnya aku berjaya lelapkan mata.
Tiada
lagi suara Haikal kedengaran. Perlahan-lahan aku buka mata. Aku nampak sesuatu
yang merah. Aku gosok mataku dan betulkan fokusku. Lama aku tenung sesuatu
benda merah di hadapanku dan akhirnya barulah mata aku kembali fokus.
“Strawberi!”
Aku menjerit keseronokkan apabila melihat buah strawberi yang banyak di hadapan
aku. Tetapi seminit kemudian baru aku sedar yang aku berada di sebuah bilik
yang penuh dengan strawberi.
Sekali
lagi aku bersorak keseronokkan. Aku makan dan makan buah yang dapat aku sambar
kiri dan kanan aku. Ah, sedapnya! Rasanya dua kali ganda sedap dari buah
strawberi yang aku makan tadi. Manisnya tak terkata. Tetapi aneh, walaupun aku
makan dengan banyak tapi aku masih lagi tidak kenyang-kenyang. Tak pernah aku
rasa begini.
Sedang
aku makan, tiba-tiba aku terpandang sesuatu yang besar.
Buah
strawberi yang besar!!!
Sukar
aku percayai. Kini, di hadapan aku terdapat satu buah strawberi yang sangat
besar.
“Wah,
ni makan sekali gerenti kenyang seribu tahun!”
Tanpa
berlengah lagi aku terus berlari ke arah buah strawberi gergasi itu. Sampai
sahaja di hadapan buah strawberi gergasi itu aku mendongak dengan mulut
ternganga. Aku bagaikan orang kerdil sekarang. Lantas aku peluk buah strawberi
itu tetapi tangan aku tak cukup panjang untuk peluknya. Aku mencium buah itu.
Sangat
wangi!
“Makan
dulu!”
Baru
sahaja aku menganga mulut hendak makan, tiba-tiba tangan aku ditarik seseorang.
“Harum,”
suara ayah kedengaran.
Aku
berpaling. Memang ayah tapi macam mana ayah ada dekat sini?
“Dah,
jom masuk,” arah ayah sambil tarik tangan aku.
“Strawberi...”
“Hah,
strawberi ada kat ibu ni,” suara ibu pula kedengaran. Aku lihat ibu muncul dan
pegang sebiji buah strawberi.
“Tak
nak. Nak strawberi besar,” kata aku kembali menghadap strawberi gergasi yang
masih lagi ada di hadapan aku.
“Harum...!”
suara ayah agak tegas kali ini.
“Tak
nak. Nak strawberi besar!” Aku protes. Aku rasa tangan aku ditarik kuat.
Tak
bloleh! Aku tak boleh biarkan mereka pisahkan aku dengan strawberi besar. Aku
berusaha melepaskan diri daripada pegangan ayah aku. Sebaik aku berjaya
melepaskan diri aku terus berlari memeluk strawberi besar lalu menggigitnya!
Yeah!
Aku berjaya!
Tapi...
kenapa strawberi ni keras semacam saja?
“Ya
Allah. Harum! Apa kamu buat tu? Kenapa gigit Haikal?” Suara ibu kedengaran
lagi.
Haikal?
Aku gigit Haikal?
Aku
terus tersentak dan mula timbul dari lautan mimpi. Aku terus buka mata. Aku
baru menyedari aku masih menggigit sesuatu. Bukan strawberi tapi tangan Haikal!
Suasana agak sunyi. Perlahan-lahan aku melepaskan gigitan aku.
Aku
blur. Aku tak tahu hendak buat apa. Malu memang teramat malu sampai aku tak
tahu hendak beri reaksi apa. Hendak minta maaf? Tapi mulut aku tak mahu
bersuara. Jadi, perlahan-lahan aku keluar dari kereta Haikal dan cabut masuk ke
dalam rumah!
~~~
Sekarang...
Tiara
ketawa besar. Rasanya sepanjang aku berkawan dengan dia, inilah kali pertama
aku tengok dia ketawa sampai tak cukup nafas biarpun aku sudah habis bercerita
10 minit yang lalu. Aku tak tahu di mana lucunya. Setahu aku apa yang aku
ceritakan tadi bukannya perkara yang lucu tapi memalukan.
“Perlu
ke kau gelakkan aku sampai macam tu sekali?” Aku menarik muka masam.
“Sorry,”
ucap Tiara sepatah. Kali ini dia cuba tahan gelak. “Ini pertama kali aku dengar
kau buat sesuatu yang mengejutkan. Uzair tahu pasal hal ni?”
“Tak.
Jangan beritahu dia atau sesiapa pun. Ini rahsia kita berdua. Kalau aku dapat
tahu hal ni bocor, aku cari kau sampai ke lubang cacing!” Aku siap bagi amaran.
“Okey,
you can trust me,” kata Tiara masih lagi tersengih-sengih.
“Jangan
beritahu Uzair!” Aku memberikan amaran lagi.
“Ya.
Aku tahu. Takkanlah aku nak khianati kawan aku sendiri. Jadi, lepas tu kau buat
apa?”
“Buat
apa lagi. Aku terus cabut lari masuk dalam rumahlah.”
“Haikal
kata apa?” soal Tiara lagi.
Aku
mengangkat bahu.
“Mak
dan ayah aku suruh minta maaf pada Haikal tapi aku tak tahu macam mana nak
berhadapan dengan dia. Nak tekan nombor telefon dia pun mengigil jari aku.
Kesudahnya, aku biarkan saja.”
“Macam
tu saja?”
“Habis
tu? Lagipun bukan salah aku. Siapa suruh dia menyanyi sampai aku tertidur!”
rungut aku. Aku tahu, rungutan aku itu teramatlah tak logik tapi itu sahaja yang
dapat aku fikirkan sekarang. “Kenapa kau pandang aku macam tu?” soal aku
apabila menyedari Tiara hanya senyap dan memandang aku dengan pandangan yang
mencurigakan.
“Kau
tak rasa ke... selepas apa yang terjadi... macam kau dengan Haikal memang ada
jodoh?” kata Tiara.
“Hah,
jangan nak mulakan.”
“Came
on Harum, kau selalu baca novel cinta takkan kau tak dapat nak agak yang kau
dengan Haikal memang ada jodoh.”
“Itu
novel cinta. Ini realiti hidup aku. Sejak lahir lagi, perjalanan hidup aku
bukan berlandaskan novel cinta dan Haikal cuma watak sampingan dalam hidup aku.”
“Kadangkala
watak sampingan boleh jadi hero,” balas Tiara. “Aku masih tak faham. Dari apa
yang kau cerita tentang Haikal, aku dapat rasa yang dia tu boleh tahan jugak
tapi kenapa kau tolak pinangan Haikal?”
“Sebab
dia lagi muda dari aku,” jawab aku pantas.
“Itu
saja?”
“Aku
tak suka lelaki yang lebih muda dari aku. Kalau dia tua dari aku... mungkin aku
akan terima tapi... aku tetap akan pilih Uzair.”
“Kenapa?”
“Sebab
dia tetap budak tak cukup umur bagi aku. Tak matang. Suka buat sesuatu yang
menyakitkan hati orang. Orang suruh berhenti menyanyi lagi dia melalak. Huh,
memang patut pun aku gigit dia malam tadi,” kata aku sambil berfikir sesuatu. “Ya,
memang patut pun dia kena gigit. Jadi, aku tak perlu minta maaf dengan Haikal
lagi. Itulah balasannya bila tak dengar cakap orang yang lebih tua. Padam muka!”
“Sekarang,
aku tertanya-tanya, siapa sebenarnya yang tak matang ni,” sindiran Tiara aku
balas dengan jelingan tajam.
Hahahaha... so funny and so sweet....
ReplyDeleteSure si Haikal dah tangkap cintan dgn Harum sbb dah kena "gigitan-cintan-maut" drp Harum....
Next entry pls.... Hahahaha....
Memang betul2 kelakar...#^_^
ReplyDeleteLOL. keras perut dgn. Harum. Apasal pi gigit ank teruna org tu. Cepat kahwin dgn Haikal. Kira pampasan sbb gigit Haikal :D
ReplyDeleteawesome... best sgt cerita ni.. part harum mimpi n gigit strawberi tu mmg sgt kelakar... gelak x hengat dh sy kat cni... tahniah garnet nice story n i just love it...:)
ReplyDeletehahhhaaa. lawak arr masa dia gigit tu. hadoii...
ReplyDeleteLamanyaaaa....bila nk sambung ni...huhuuu
ReplyDelete